Utara membawa berita Selatan membawa utusan Timur membawa makmur Barat membawa rahmat
Friday, July 31, 2009
Minuman paling sedap di muka bumi !!
Monday, July 27, 2009
Kami sudah sampai ke "Belum"
Aktiviti berakit mengelilingi Pulau Perhilitan
Izzo berehat seketika
Kami, seterusnya di bawa ke Pulau Tekam dan Pulau Tujuh untuk bermesra dengan masyarakat pribumi orang asli suku Temiar. Kami turut menyampaikan beberapa sumbangan yang dibawa oleh semua peserta dari Sintok. Tok Batin yang cukup pandai bercerita dengan kisahnya yang lucu dan mencuit hati membuatkan kami berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Entah, bagaimana kehidupan mereka agaknya ketika ini. Yang pasti ada anak-anak mereka telah mendapat pelajaran di Gerik dan ada juga bekerja di Taiping, Butterworth dan Ipoh.
Bersama Tok Batin di Pulau Tujuh
Hari terakhir, kami pulang dengan menaiki bot di Empangan Temenggor kerana bas akan menjemput kami di empangan berkenaan. Tiba di pintu masuk empangan pada jam 6 petang, tetapi bas yang dijanjikan masih belum muncul. Di sekitar kawasan terbabit hanya terdapat sebuah gerai makanan yang sudah tutup operasinya sekelompok najis-najis gajah yang menjadi petanda bahawa kawasan tersebut sentiasa menjadi tempat gajah berehat untuk memanaskan pada pada waktu malam.
Sementara menunggu bas datang pada keesokan harinya, kami menghabiskan masa dengan aktiviti kebajikan tanpa dirancang di kampung berkenaan sebagai balasan keprihatinan terhadap rombongan kami. Aktiviti gotong-royong membersihkan masjid dan balai raya menjadi program pada hari tersebut dan juga sempat beramah mesra dengan kanak-kanak di Tadika kampung berkenaan. Dah masuk belasan tahun pun kanak-kanak ni sekarang.
Bas yang dinanti-nanti
Apabila bas tiba, kami terus dibawa balik ke kampus Sintok sambil mengingati kenangan manis di Belum, Temenggor dan Kg. Bandariang. Pengalaman ini membuatkan banyak pengajaran yang didapati terutamanya pembuatan keputusan dalam keadaan terdesak.
Sunday, July 12, 2009
Bye Bye
Setelah memilikinya pada awal tahun ini, telefon model C905 Sony Ericsson yang dikatakan canggih ini mungkin indah khabar dari rupa. Mempunyai kamera 8.1megapixel yang merupakan yang paling hebat berbanding telefon yang lain. Kelengkapan GPS, WiFi, Internet, semuanya lengkap serta turut dilengkapkan dengan perisian MP3 dan video yang sangat baik.
Hampir setiap bulan ada sahaja masalah yang dihadapi sehinggakan kerosakan yang terkumpul hingga awal Julai lebih daripada 6 perkara dan membawa kos lebih dari RM800 untuk baikpulih. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada telefon ini dan kini difahami menghadapi banyak masalah kepada penggunanya. Perkara ini diakui oleh penjual telefon sendiri yang kurang menggalakkan untuk memilikinya berbanding telefon model lain.