Saturday, December 26, 2009

Gunung Nuang 25 Disember


Mastura : Aku bangga siot!! Terima kasih semua yang tolong aku.
Siti Fatimah : Ramai yang tak yakin aku boleh sampai puncak, tapi aku dapat buktikan juga
Sharizad : menjerit huruf “M” (15 saat)
Fahruriza : Slazenger aku tak setanding Nike yang terlalu hebat
Mohd Zulkifli : Siapa nak sandwich?
Muhamad Ezaffri : Tak jauh, kat depan tu saja
.

Penat dan sakit tapi puas. Kumpulan seramai 6 pendaki ini hanya bersuka ria untuk menawan Gunung Nuang hanya dalam sehari pada Hari Natal tahun 2009. Mereka bukanlah pendaki tegar mana-mana gunung, cuma hanya untuk sekadar mencuba mendaki salah satu dari gunung yang terletak di Lembah Kelang ini.

Gunung Nuang setinggi 1,468 meter dari aras laut ini merupakan kemuncak tertinggi di Negeri Selangor Darul Ehsan bersempadan dengan Negeri Pahang Darul Makmur. Kumpulan ini memulakan pendakian seawal 7.30 pagi setelah memaklumkan kepada Balai Polis Batu 18, Hulu Langat dan Pejabat Renjer di Hutan Rekreasi Gunung Nuang.

Kumpulan yang dibarisi 3 lelaki dan 3 perempuan ini adalah diantara yang terawal pada pagi tersebut dan terus memulakan pendakian selepas sesi regangan asas dibuat. Berjalan kaki dengan tongkat yang diperolehi bagi tujuan untuk penyokong untuk pendakian dan penurunan, mereka meredah pelbagai cabaran.

Bermula dengan berjalan kaki menuju ke kaki gunung selama 2 jam melalui jalan gravel dan hutan buluh, meredah 4 kali anak sungai, melalui kawasan licin yang ramai tergelincir, cabaran tali, kawasan pendakian lutut bertemu dagu, serta Kem Lolo dan Kem Pacat. Ini termasuk melalui Puncak Pengasih yang merupakan “adik kembar” kepada Puncak Nuang.

Pagi tersebut, tak banyak pendaki terus ke puncak kerana ramai pendaki yang menaiki Gunung Nuang memilih untuk bermalam di Kem Lolo tetapi tidak kepada 6 pendaki yang baru bertatih ini. Mereka hanya terserempak dengan seorang pendaki solo Mat Salleh yang menyambut Natal di Puncak Nuang serta seorang pendaki solo yang muncul entah dari mana.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran walaupun hanya tinggal semangat, kumpulan ini tiba di Puncak Nuang tepat jam 3 petang dan hanya berada di puncak selama 40 minit. Ada yang tidur-tidur ayam, ada yang mengurut, ada yang tabii semulajadinya mengganggu orang dan ada yang bergambar . Cuaca agak sejuk pada ketinggian melebihi 1400 meter dan awan kelihatan berada di bawah kami. Tak banyak permandangan yang dapat dilihat cuma menikmati kedinginan puncak Gunung Nuang yang diselaputi awan.

Perjalanan pulang, kami turun dengan kelajuan biasa memandangkan ada di antara ahli yang mula kejang, lutut bergetar, sakit jari kaki, kasut terkopak, serta terseliuh. Jangkaan asal kami boleh sampai di pintu masuk sebelum 7petang, namun jangkaan meleset memandangkan kelajuan yang sederhana sahaja. Tiba semula di Kem Lolo dan kami menikmati kedinginan air sungai berkenaan cukup nikmat buat kami. Lantas, satu-satunya lampu suluh yang kami ada turut jatuh ke dalam sungai. Hanya berbekalkan cahaya dari handy Nokia terutamanya serta cahaya 8 Muharram yang menyinari perjalanan.

Waktu itu juga, semua tapak perkhemahan penuh dengan pendaki yang bermalam untuk menyambung ke puncak keesokkan harinya. Kami dapat bayangkan kekesakan di puncak dengan lebih dari 300 pendaki.

Berjalan dalam keadaan gelap langsung tidak mematahkan semangat kami untuk terus menuju ke pintu masuk di mana terdapat kenderaan di parkir untuk pulang, walaupun beberapa masalah yang dihadapi. Hanya berbekalkan semangat dan perjuangan dengan diri sendiri untuk menjayakan misi ini.

Selepas pelbagai cabaran yang diharungi, akhirnya tiba di pintu masuk jam 1030 malam dan masing-masing puas tak terhingga kerana itulah yang ditunggu-tunggu sepanjang perjalanan pulang.

Pengalaman yang tak ternilai ditambah dengan keupayaan mendaki Gunung Nuang hanya dalam 1 hari.

Tuesday, December 22, 2009

Hari untuk 2212

Bukan calang-calang nombor



















Sunday, December 20, 2009

ATV Bikes

Bertempat di Kg. Kemensah, Ulu Kelang, ATV menderum di dalam hutan Kemensah menuju ke Air Terjun Kemensah, Air Terjun Sofea Jane dan Empangan Klang Gate. Jika anda boleh memandu motokar pastinya tahu mengendalikan ATV ini walaupun mendaki bukit, menuruni lurah, jalan berlubang atau sebagaimana sekalipun.






Sunday, December 13, 2009

Paintballer In Action


Jarang sekali Izzo berpeluang nak bermain paintball. Peluang yang ada untuk bermain tak dipersia-siakan dan amat berpuas hati. Satu permainan yang betul-betul menunjukkan semangat berpasukan dan juga perancangan.

Tiga kali berada di gelanggang, Izzo masih kempunan untuk mendapat sebarang tembakan di badan kerana peluru hanya terkena topeng muka dan kasut. Jika berpeluang, pasti nak main lagi.

Monday, December 7, 2009

Love Happens

Sometimes when you least expect it.. Love Happens!

Mmmm. Apa yang kita ingat sejak sewaktu zaman kanak-kanak seawal usia 6 tahun. Nama kawan-kawan, nama permainan, nama cikgu tadika dan lambat laun kita lupa tetapi tidak dengan perasaan. Rasa senang, rasa gembira dan rasa sedih akan terus membawa kita dan tanpa kita sedari membawa ke alam remaja dan dewasa serta mudah tercicir sepanjang perjalanan. Dalam menempuh kehidupan seharian pelbagai rasa, situasi dan keadaan yang berlaku. Secara tidak sedar, kita dibawa oleh perasaan suka, sayang, rindu dan cinta.

Filem romantis tahun 2009 telah muncul. Amat berbaloi untuk ditonton tambahan lagi seorang diri. Seronok melayan perasaan hingga senyum sepanjang tayangan. 5 perkara menarik yang Izzo minat dalam filem ini;
1. Konsert Rough Wave
2. Permandangan indah kotaraya Seattle
3. A-Okay
4. Perkataan yang terselindung di sebalik gambar
5. Pastikan anda mengguna bahasa isyarat berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

Thursday, December 3, 2009

Jalang vs Pisau Cukur



Jalang muncul selepas Pisau Cukur. Aturan yang bijak. Jawapan yang cukup klise, "tak semua perempuan sebegitu". Ya, itu memang betul dan sangat tepat sekali. Tetapi berapa ramai di kalangan "Jalang itu Pisau Cukur" dan berapa ramai pula "Pisau Cukur itu Jalang"?

Selepas menonton filem komedi Pisau Cukur, Izzo memang terhibur namun mengenang kembali kepada realiti kehidupan terutama kepada perempuan yang mengejar pasangannya sama ada yang berpangkat, berharta mahupun berusia.

Itu menjadi hak kepada keinginan masing-masing. Ada yang sanggup untuk menjalangkan diri sendiri mengejar semua itu tanpa mengira status atau kedudukan perempuan itu sendiri sama ada belum berkahwin atau sebaliknya, berpendidikan tinggi atau sebaliknya, ahli profesionalisme atau sebaliknya. Tak perlu menafikan atau memperbetulkan, tetapi itulah hakikat yang patut diterima walaupun pahit untuk ditelan.