Friday, February 27, 2009

Kata-kata Romantis

Merangkai kata-kata romantis dari nama-nama negara.

HOLLAND = Hope Our Love Lasts And Never Dies
ITALY = I Trust And Love You
LIBYA = Love Is Beautiful, You Also
FRANCE = Friendships Remain And Never Can End
CHINA = Come Here.... I Need Affection
BURMA = Between Us, Remember Me Always
NEPAL = Never Ever Part As Lovers
INDIA = I Nearly Died In Adoration
KENYA = Keep Everything Nice, Yet Arousing
CANADA = Cute And Naughty Action that Developed into Attraction
KOREA = Keep Optimistic Regardless of Every Adversity
EGYPT = Everything's Great You Pretty Thing!

Wednesday, February 25, 2009

Yer la tu..

Entah betul atau tidak?
Foto ini dirakam oleh seorang rakan/ jiran baru-baru ini. Nampak macam betul merokok tapi macam tipu pun ada jugak. Mungkin hanya sekadar bergaya pegang rokok berkenaan dengan kepulan asap.
Yang pasti Izzo bukan seorang perokok. Dah tau merokok tu membahayakan kesihatan, buat apa nak merokok. Isyyy

Sunday, February 22, 2009

Pulau Ketam

Jika minat kepada makanan laut, elok juga untuk melawat Pulau Ketam yang tak jauh dari Pelabuhan Klang. Izzo yang alah dengan makanan laut termasuk bau bahan mentah berkenaan pergi ke sana dengan seorang rakan ingin melihat kehidupan kampung nelayan di sini termasuk tempat penternakan ikan secara tradisional. Cuaca panas terik ditambah dengan bau bahan mentah hasil tangkapan laut yang meloyakan membuatkan pening kepala ketika berada di Pulau Ketam.
Apabila bab makan, sewaktu seorang rakan sedang asyik meratah ketam goreng belacan masak merah, Izzo hanya memerhatikan keseronokkannya sahaja menikmati makanan itu yang cukup segar dan manis katanya. Tak cukup dari itu, rakan berkenaan sanggup membungkus 4 ekor ketam yang agak besar saiznya dan dibawa balik ke rumah meskipun menaiki komuter. Itulah peminat ketam yang sanggup untuk melawat Pulau Ketam.
Rumah-rumah di Pulau Ketam di bina diatas air atau kelihatan seakan-akan terapung apabila air pasang. Mungkin juga kedai perkakasan rumah disini hanya menjual satu warna cat sahaja iaitu hijau kerana kebanyakan rumah di cat dengan warna yang sama. Mungkin untuk membentuk kg. hijau yang menjadi daya penarik kepada ketam.
Sewaktu asyik melihat suasana kampung nelayan yang di dominasi kaum Cina di Pulau Ketam, ada juga rupanya Balai Islam di sini yang menjadi penganut minoriti di sini di kalangan penduduk Pulau Ketam sendiri. Tapi yang paling seronok apabila Izzo terserempak dengan seorang kanak-kanak lelaki yang baru balik dari sekolah sedang berpayung dirinya walhal membiarkan sahaja teman wanita/kawan/kakak/adik perempuannya menarik 2 beg. Berapa kanak-kanak lelaki tu membayar upah untuk menarik beg agaknya?

Friday, February 20, 2009

Tiada jiwa di Kota Medan

Tengah hari Sabtu, Izzo menaiki bot pulang dan tiba di Parapat pada 12.15 tengah hari dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Medan dengan menaiki kenderaan yang telah di sewa khas pada jam 1.30 tengah hari. Secara kebetulan terdapat pasar harian di pekan tersebut. Perkara tidak di ingini sekali lagi berlaku diakibatkan kes penipuan kedua. Perjalanan terpaksa ditunda pada jam 2.30 petang sedangkan bilangan penumpang telah mengcukupi pada jam 1.30. Penumpang yang sepatutnya bertolak pada jam 1.30 telahpun bertolak. Alasan yang diberikan oleh pengusaha tersebut iaitu CV Raja Taksa Trans sangat tidak munasabah dan ternyata menipu kami. Tetapi, kami yakin kami tetap akan sampai juga ke Medan pada petang tersebut. Fikiran positif di otak kanan berfikir, itu hanya kelewatan walaupun disengajakan.

Tiba di Medan betul-betul di tempat penginapan yang dituju iaitu sekitar Mesjid Raya. Selepas mengharungi 4 jam setengah di dalam van dan menghantar kesemua penumpang lain ke tujuan masing-masing, keadaan memang memenatkan dan hari sudah pun gelap. Malam minggu di Medan di habiskan dengan melihat gelagat wargakota di sekitar Mesjid Raya.

Mesjid Raya, Medan


Tiada tujuan lain berada di Kota ini selain mendapatkan saguhati untuk dibawa pulang. Memandangkan hari berkenaan adalah hari minggu, tak banyak toko di buka. Seawal pagi kami ke Pasar Pusat untuk melihat gelagat peniaga di situ, namun tak banyak yang gelagat menarik yang ditemui. Kemudian berpindah ke Istana Maimoon, tempat bersejarah di kota ini yang menyaksikan ramai pariwisata Malaysia mengunjungi bangunan ini. Penipuan berlaku lagi ketika tiba di Istana berkenaan akibat pemandu beca meminta wang yang berlebihan dari apa yang patut kami bayar sewaktu rundingan harga sebelumnya. Tak pasal-pasal, pemandu berkenaan dimarahi oleh seseorang dan ditinggalkan begitu sahaja.

Selepas menikmati sarapan tengah hari pada jam 1030 pagi, kemudiannya berangkat ke Pasar Ikan Lama untuk membeli-belah. Walaupun namanya Pasar Ikan, tetapi tiada seekor pun ikan yang dijual sebaliknya syurga kepada wanita untuk membeli pakaian serta kelengkapan rumah. Hampir 85% pengunjung adalah dari Malaysia di Pasar Ikan Lama ini. Sesudahnya, kami hanya berjalan kaki ke Sun Plaza. Menghabiskan masa selama hampir 2 jam di kafe J.Co di gedung membeli-belah itu, kami seterusnya ke Merdeka Walk pula dengan harapan mencari kraftangan dari Medan namun jawapannya tetap hampa. (Kraftangan dikenali sebagai "Kerajinan Tangan" dalam Bahasa Indonesia). Akibatnya sekali lagi, Izzo dan rakan-rakan menghabiskan masa di Pizza Hut hampir 2 jam. Entah mengapa, masa berlalu teramat perlahan ketika berada di sini.

Destinasi kemudiannya sekali lagi ke Pasar Pusat untuk aktiviti membeli belah terakhir di Kota Medan. Walaupun jam menunjukkan 3.30 petang kami menaiki teksi dan balik ke penginapan semata-mata untuk mengambil beg. Tiba di Bandara Polonia, Medan jam 4 petang walaupun penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 8.10 malam. Leka di Bandara hingga terlelap dan menyaksikan ketibaan penumpang lain yang datang secara bergerombolan menaiki bas untuk tujuan yang sama seperti kami.

Walaupun penerbangan lewat pada jam 9.30 malam, akhirnya semua senyum kerana dapat juga membeli barang yang diingini di kedai bebas cukai walaupun harganya agak mahal.

Hari minggu yang cukup panjang di Medan untuk dihabiskan. Jiwa kota ini bukan untuk Izzo untuk membeli-belah tekstil ataupun kelengkapan rumah. Tetapi pengembaraan kali ini di Sumatera Utara seronok juga dengan gelagat 2 pemandu yang dimarahi, hospitaliti yang baik terutamanys di Berastagi, permandangan mengasyikkan di Tanah Tinggi Karo, Tongging, Air Terjun Sipiso-piso dan semestinya Danau Toba.

Thursday, February 19, 2009

Danau Toba & Pulau Samosir

Danau Tona merupakan tasik gunung berapi di kawasan tanak tinggi. Tasik ini juga merupakan tasik paling dalam di dunia. Sejarahnya dipercayai terbentuk akibat kesan dari ledakan gunung berapi yang kemudiannya membentuk seakan-akan kawah. Selepas itu terisi oleh air dan menjadi seperti sekarang dikenali sebagai Danau Toba.
Izzo menaiki bot dari pekan Parapat selama 45 minit menuju ke Tuk Tuk, daerah tumpuan pariwisata yang mengunjungi Pulau Samosir. Kecantikan objek wisata alam di Indonesia tidak dapat disangkal dan perlu dipelihara dengan mapan oleh pihak pemerintahnya. Pembangunan lestari di kawasan ini menyebabkan ramai pariwisata tempatan dan asing, ahli cendiakawan dan pengkaji bumi tak putus untuk mengunjungi.Ketika berada di sana, suasana redup dan amat baik di samping layanan yang cukup enak dari Samosir Cottage tempat di mana kami menginap pada malam tersebut. Bab, makanan halal tidak menjadi masalah di sini kerana terdapat 2 cafe yang menyediakan makanan halal.
Kebiasaannya pengembara asing menghabiskan masa sekurang-kurangnya 3 hari di Pulau Samosir/ Danau Toba dan ada di antara mereka menghabiskan masa berminggu-minggu lamanya untuk menikmati panorama yang indah, iklim yang tenang serta suasana yang mendamaikan di sini. Tetapi kami hanya satu malam sahaja. Agak rugi juga sebenarnya masa yang agak singkat tersebut tapi masih berpuas hati sebab dapat juga terjun dan mandi di Danau Toba itu sendiri. Ayat , "Anda tidak di boleh mengatakan anda sudah sampai ke Danau Toba, jika tidak mandi di tasik berkenaan" boleh digunapakai. Ayat perkena siapa yer?

Untuk mandi di Danau Toba seeloknya waktu pagi kerana air yang kurang berkocak walaupun lebih sejuk berbanding waktu petang yang mempunyai ombak yang tinggi serta angin yang kuat. Walaupun Izzo boleh berenang tapi memang kurang berani nak berenang sampai ke tengah sebab khuatir juga dengan apa yang ada di dalam tasik berkenaan serta teringat mitos-mitos lain berkaitan tasik.
Pulau Samosir yang lebih besar dari sebuah negara di selatan tanahair merupakan pulau yang cukup besar dan tak mampu untuk dijelajahi dalam sehari. Kami hanya menyewa basikal dan mengayuh ke pekan kecil Tomok kira-kira 10km dari semenanjung Tuk Tuk. Sepanjang perjalanan juga dapat melihat sendiri kehidupan warga tempatan suku Batak Toba.
Masa 2 hari 1 malam dihabiskan dengan bersantai di kawasan Tuk Tuk yang mempunyai penduduk yang ramah serta mereka sendiri dapat mengetahui kami pelancong dari Malaysia.

Tuesday, February 17, 2009

Kg. Dokan, Air Terjun Sipiso-piso, Tongging & Istana Raja Simalungun

Selesai sarapan pagi di Wisma Sibayak Guest House, Izzo dan rakan-rakan menaiki van yang di sewa khas untuk ke Parapat iaitu jeti ke Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba. Selepas melupakan insiden memarahi pemandu teksi durjana hari sebelumnya, kami berangkat dari Berastagi dengan hati yang cukup gembira kerana layanan baik oleh Wisma Sibayak Guest House. Tak cukup dari itu, pemilik Guest House berkenaan turut mencadangkan agar kami singgah di tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan di antara Berastagi ke Parapat yang mengambil masa selama 3 jam.

Singgah di Kg. Dokan selama 10 minit, kampung tersebut merupakan desa yang memiliki hanya 8 rumah tradisional yang dibangunkan pada tahun 1933. Di sini juga dapat dilihat rumah tradisional suku Batak Karo. Maaf, tak dapat nak masuk ke rumah di sebabkan faktor tertentu (Izzo malas nak masuk sebenarnya). Sekali lagi, seni bina rumah-rumah di Indonesia cukup menarik terutamanya di bahagian bumbung/ atap. Adalah dinasihatkan kepada pariwisata untuk membayar saguhati kepada pemilik rumah jika berhajat untuk masuk ke dalam rumah. Jangan risau, mereka semua peramah.

Hari terakhir beg kamera bersama tuannya


Perjalanan diteruskan dan singgah di Taman Wisata Alam Tongging. Agak pelik namanya tapi tempatnya membuatkan mulut tersenyum sampai kaki pun penat memanjat 300 anak tangga. Dari puncak Tongging, terdapat permandangan Utara Danau Toba yang memang menyedapkan mata dan juga Air Terjun Sipiso-piso setinggi 120meter. Seronok melihat air terjun berkenaan dari Tongging tetapi lebih menarik jika dilihat dengan lebih dekat dan turun ke bawah.

Bahagian Utara Danau Toba dati puncak Tongging

Pelangi muncul di Air Terjun Sipiso-piso

Persinggahan ketiga dalam perjalanan ini merupakan objek wisata budaya iaitu Istana lama Raja Simalungun. Tempat ini merupakan tapak pemerintahan raja berkenaan serta kaum kerabatnya yang kini hampir keseluruhan keturunannya telah berada di dalam kubur yang terletak bersebelahan.

Istana yang kini dijadikan objek wisata budaya

Rumah penyimpanan mayat sebelum dikebumikan

Bahagian dalam rumah

Tiada lagi persinggahan selepas itu dan pemandu van yang bernama Eric membawa kami meneruskan perjalanan ke Parapat dengan melalui kawasan banjaran Karo dan hutan pine bahagian timur Danau Toba. Permandangan sepanjang laluan yang berliku ini juga membuatkan penumpang van yang lain terhoyong-hayang kepalanya akibat tidur.

Monday, February 16, 2009

KLIA (LCCT)-Polonia-Berastagi

Masuk kali ini, 4 kali berturut-turut Izzo mengunjungi negara jiran, Indonesia. Biasanya, 3 tahun kebelakangan ini lawatan ke Indonesia pada cuti Tahun Baru Cina, tetapi pada tahun 2009 Izzo melawat negara berkenaan seminggu selepas cuti berkenaan.

Hampir setiap bahagian di Indonesia telah pun dilawati sebelum ini iaitu Nunukan, Tarakan, Balikpapan dan Samarinda di Kalimantan. Jakarta, Bogor, Bandung, Yogjakarta dan Solo di Pulau Jawa serta pulau terkenal di Indonesia iaitu Bali. Pada tahun ini pula, Izzo berkesempatan untuk melawat Sumatera Utara dengan Medan, Berastagi dan Danau Toba menjadi destinasi.

Sekali lagi, Izzo bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket percuma dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah terkenal di rantau Asia iaitu Air Asia. Kali ini, Izzo menaiki Indonesia Air Asia dengan pesawat QZ 8055 dengan tempat duduk 28A. Ya, kali pertama menaiki Air Asia dengan mengamalkan tempat duduk yang telah ditetapkan dan ini hanya untuk penerbangan QZ sahaja. Waktu berlepas dari Terminal Tambang Murah, Kuala Lumpur adalah pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandar Udara (Bandara) Polonia, Medan pada jam 12.55 tengah hari. Oleh kerana Waktu Indonesia Barat (WIB) lewat satu jam dari waktu di tanah air, dan pesawat berkenaan hanya mengambil masa 55 minit, pesawat yang Izzo naiki mendarat sebelum waktu berlepas.

Penempatan Sumatera Utara dan pandangan udara

Indonesia yang Izzo dapat ambil pengajaran dari lawatan-lawatan sebelum ini, terlalu ramai penipu yang suka mengambil kesempatan terhadap pariwisata antarabangsa tidak terkecuali dari Malaysia meskipun dapat bertutur dalam rumpun bahasa yang sama. Tak sampai satu jam menjejakkan kaki di Sumatera Utara telah ada penipu iaitu pemandu teksi dimana pemandu teksi berkenaan meminta tambang sebanyak RM20 seorang memandangkan Izzo menaiki bersama 2 rakan yang lain walaupun perjalanan menaiki teksi berkenaan hanya 3-4km sahaja. Tanpa mempedulikan pemandu penipu berkenaan, kami bertiga hanya membayar Rp 50,000 atau bersamaan, RM 16 sahaja untuk semua dan terus meninggalkan pemandu penipu berkenaan. Secara logik akal, tiada tambang teksi dalam jarak berkenaan dengan harga RM60 di Malaysia.

Terus menaiki bas ke Berastagi yang jaraknya 70 km dari Medan dan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam. Tambang seorang adalah Rp8,000 sahaja. Jalan berliku-liku memang menyeronokkan dan dapat melihat sendiri masyarakat tempatan yang majoritinya suku Batak berniaga di sepanjang jalan. 2 rakan yang lain, sedap diulik perasaan sambil memejamkan mata dan tidur bagai nak rak sepanjang perjalanan. Hebat sekali melihat aksi oleh konduktor bas berkenaan yang begitu berani dan boleh memanjat bas berkenaan ketika bas sedang bergerak ketika di selekoh.

Berastagi merupakan daerah yang dingin (1330m) dan terletak Tanah Tinggi Karo. Pekan ini terkenal dengan 2 objek wisata alam iaitu Gunung Sibayak (2172m) dan Gunung Sinabung (2417m). Kami hanya menyaksikan permandangan 2 gunung berapi yang terkenal berkenaan dengan hanya berjalan kaki selama 30 minit ke Bukit Gundaling yang hanya bersebelahan di pekan Berastagi.

Bunga-bunga Carnation di Berastagi

Izzo dan Gunung Sinabung di atas Bukit Gundaling

Aksi pelik 2 ekor anjing

Suhu yang dingin pada waktu malam di Pekan Berastagi menyebabkan kami hanya berada di kawasan Wisma Sibayak Guest House sahaja memandangkan kepenatan perjalanan sepanjang hari. Lebih menarik jika mendaki Gunung Sibayak kerana kebanyakkan pariwisata asing mendaki gunung tersebut.

Izzo di Pekan Berastagi dan Gunung Sibayak

p/s : Terima kasih Jue Daniel. Gunung Sinabung dan bukannya Gunung Sibanung

Saturday, February 14, 2009

Cameron Highlands

Semakin lama, semakin kurang dinginnya daerah pelancongan terkenal di Pahang ini. Malah, bagi Izzo yang mempunyai kulit tebal ni, dah boleh pun mandi dengan air biasa tanpa menggunakan air panas.

Seperti biasa, Izzo tak lepaskan peluang menikmati sarapan pagi sambil menikmati permandangan yang menyenangkan di Ladang Teh Sg. Palas. Di sebabkan, kafeteria berkenaan dibuka jam 9.00 pagi sempat juga melihat matahari terbit dan melayan pekerja di ladang teh yang menjalankan tugasnya.

Tuesday, February 10, 2009

"Menangkat" Yee Sang

Malaysia memang bertuah, menikmati kehidupan dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan dianugerahkan negara yang makmur. Semua perayaan di kongsi bersama tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan, warganegara ataupun sebaliknya. Sambutan perayaan di Malaysia boleh dijadikan sebagai bukti perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, suasana aman dan makmur tiba-tiba agak bergolak dengan keadaan semasa politik tanah air yang tak berkesudahan hingga masing-masing merebut kuasa hingga lupa asal-usul dan erti syukur. Dalam ekonomi semasa dunia yang agak kurang stabil, seeloknya pada waktu begini lebih menumpukan kepada usaha untuk memakmurkan bumi Malaysia yang bertuah tanpa mengira fahaman politik tetapi lain pula jadinya yang tak habis-habis memporak-perandakan suasana makmur sehingga menjejaskan ekonomi semasa.

Bagi yang berkhidmat makan gaji mungkin tidak terasa permasalahan ini tetapi yang berkerja di industri pembuatan khususnya kilang-kilang, perbankan dan institusi kewangan menghadapi saat-saat getir yang sukar untuk dilalui ketika ini. Apatah lagi kepada pemegang-pememang saham yang mempunyai risiko amat tinggi dengan kejatuhan nilai pasaran semasa baik dalam negara mahupun pelaburan luar negara.


Melalut jadinya dari tajuk asal dengan apa yang nak diceritakan pada awalnya iaitu berkenaan dengan Yee Sang yang di angkat oleh Izzo dan rakan-rakan sebelum ini. A-Choi, sahabat berbangsa Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina yang lalu sempat mengajak rakan-rakannya yang berbilang bangsa termasuk warga luar yang berbangsa Arab dari Timur Jordan untuk "mengangkat" Yee Sang.



Kali pertama Izzo "mengangkat" Yee Sang beramai-ramai ini dan ketika itu dapat melihat senyuman semua orang yang sentiasa inginkan kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan yang berpanjangan. Yee Sang seumpama Melting Pot dapat dianalogikan sebagai sesuatu perkara yang mempunyai pelbagai unsur dapat membentuk kesepaduan atau dengan kata yang lebih tepat "Bersatu Kita Teguh".


Yee Sang lebih enak dan kelihatan dengan menyerlah jika lebih banyak warna terdapat dalamnya serta rasa yang pelbagai. Ini sendiri diakui Oleh Izzo kerana memakan Yee Sang tersebut yang mempunyai lebih 17 campuran dapat menghasilkan rasa yang cukup enak walaupun pelbagai rasa yang ada. Tiada seorang pun yang mengangkal keenakan Yee Sang dengan hasil campuran yang pelbagai.

Wednesday, February 4, 2009

Mutiara Kata

Tengah kelam kabut berjalan-jalan, tiba-tiba Izzo tertarik dengan mutiara kata ini. Memahami kata-kata ini dengan lebih mendalam.

Tuesday, February 3, 2009

Tanjung Piai

Meninggalkan Kota Johor Lama di daerah Kota Tinggi, Izzo terus ke Pontian dan sempat singgah di Bandaraya Johor Bahru. Berlegar-legar di Sungai Segget di sekitar Pusat Bandaraya Johor Bahru tapi tak dapat mencari di manakah sungai berkenaan. kemudian diteruskan ke Danga Bay yang terkenal di sana tetapi tak banyak yang boleh dilihat kerana banyak proses penambahbaikan.

Tiba di Pontian Kechil pada jam 6.00 petang dan terus ke Tanjung Piai yang terletak di dalam Taman Negara Johor. Izzo tiba agak lewat dan menjadi pelawat terakhir pada petang berkenaan. Nasib tidak menyebelahi untuk masuk ke Taman Negara Johor memandangkan persekitaran tidak mengizinkan dan dinasihatkan untuk melawatnya pada keesokkan hari.Kini, usaha yang diambil oleh pihak berwajib sama ada Kerajaan Negeri Johor atau Kerajaan Persekutuan membangunkan bumi bertuah bernama Tanjung Piai sangat dipuji kerana tempat ini merupakan kawasan tarikan pelancong. Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia dan hari ini menjadi tempat tumpuan pengunjung bukan sahaja untuk warga tempatan, Asia malahan dari benua lain.

Sebuah mercu tanda dibina Taman Negara Johor bagi menandakan "Tanah Terselatan Benua Asia" yang dibina pada 2001. Sekali lagi nasib kurang baik bila masuk ke dalam Taman Negara kerana ditutup disebabkan kerja-kerja penampahbaikan. Kepada pelawat yang bercadang untuk melawat mercu tanda ini dalam tempoh sebulan dinasihatkan memikirkannya untuk kali kedua kerana mungkin kawasan mercu tanda ini masih ditutup.

Namun, pada pagi berkenaan Izzo menjadi orang terawal yang masuk ke Taman Negara Johor mungkin untuk membalas dendam akibat menjadi pelawat terakhir hari sebelumnya. Pada waktu itu juga, tiada pelawat lain yang mengunjungi tempat ini. Izzo mengambil risiko untuk di marahi atau mungkin juga di saman oleh pihak pengurusan Taman Negara Johor untuk masuk ke kawasan mercu tanda sekaligus menandakan tanah terselatan di benua Asia. Memang berisiko kerana kawasan berkenaan dipagar untuk menghalang kepada pengunjung masuk ke dalam.

Ya, Izzo berjaya menempatkan diri di tanah paling terselatan di benua Asia meskipun dalam hati yang gelisah. Sekejap sahaja Izzo berada di sini. Dari pelantar ini juga dapat melihat permandangan Pulau Singapura dan juga kesibukan kapal-kapal dagang memasuki Selat Johor yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.


Di Tanjung Piai juga terdapat jeti khas untuk pemancing dan pelantar untuk menikmati tiupan angin di Selat Melaka, Selat Johor dan Laut Tebrau. Jika cuaca baik, dapat melihat Pulau Sumatera di Indonesia. Sumatera... Di situ juga letaknya MEDAN, DANAU TOBA & BERAS TAGI.

Sunday, February 1, 2009

Kota Johor Lama


Bukannya nak buka sejarah tapi cerita Johor Lama ini mempunyai kaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini juga merupakan antara penempatan terawal di Johor yang terletak di kuala Sungai Johor ke Selat Johor. Tujuan pembinaannya adalah sebagai kubu Zaman Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah II yang dibuka pada tahun 1540 dan diwarisi oleh zaman kesultanan Sultan Mahmud Syah yang mangkat julang. Kini hanya tinggal tapaknya sahaja di kota Johor Lama ini.



Terletak di daerah Kota Tinggi dan masih terdapat penempatan masyarakat tempatan yang mendiami kampung tradisi ini. Populasinya agak berkurangan sejak 30 tahun kebelakangan ini kerana pembukaan tanah-tanah rancangan di sekitar daerah Kota Tinggi. Namun, kawasan perkampungan di Johor Lama amat permai dengan keindahan rekabentuk rumah Melayu Johor dan juga keramahan penduduknya.