Monday, April 27, 2009

BIRU

BIRU itu romantis
BIRU itu menawan
BIRU itu tenang
BIRU itu sejuk
BIRU itu cinta


Thursday, April 23, 2009

MERAH

MERAH itu berani
MERAH itu cinta
MERAH itu kuat
MERAH itu kuasa
MERAH itu "ong"


Tuesday, April 21, 2009

2000 Izzo ditawar dengan RM2000

Dahulu, no plat ini hanya diberi pilihan akibat kegagalan Izzo membida plat kegemaran iaitu 2212. Setelah lama memilikinya, 2000 ini mula sinonim dengan pemiliknya walaupun hati kecil berkehendakan yang lain.

Setelah 8 bulan berlalu, banyak pihak mula berminat dengan 2000 ini sehingga mengesaki 2000 tersebut dibida dengan RM2000. Sangkaat itu meleset sama sekali kerana 2000 berkenaan hanya diberi pilihan kepada Izzo.

Sedang mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak Petronas di sekitar Lembah Klang, Izzo disapa oleh seorang lelaki berbangsa Tionghua yang berasal dari utara semenanjung berdasarkan pelatnya yang bertanyakan 2000 milik Izzo.

Cerita punya cerita, beliau berminat dengan 2000 dan menceritakan beliau turut memiliki 3 buah 2000 yang lain dan dibida dengan RM2000. Sesudahnya, jika Izzo bersetuju, beliau sanggup untuk memiliki 2000 Izzo dengan tawaran RM2000 darinya.

Dengan hanya memilik no. telefon lelaki berkenaan, Izzo tidak berminat untuk menukar mahupun menerima tawaran sebanyak RM2000 tetapi jika ditambah satu lagi digit dibelakangnya mungkin difikirkan semula.

Sunday, April 19, 2009

Kisah Benar II

Masa demi masa dan hari silih berganti. Perkara yang telah berlalu, kadang-kala manis untuk di kenang dan kadang-kala pahit untuk diterima. Apa yang kita ingat dari kenangan sejak dahulu?.. Nama tempat? Nama sahabat? Atau kejadian lain yang merupakan perkara-perkara yang lambat laun kita lupa tetapi tidak dengan perasaan yang terpendam.

Rasa gembira, rasa senang, rasa sedih, rasa hampa yang akan terus kita bawa dan tanpa mudah tercicir sepanjang pengalaman yang ditempuhi dan juga yang bakal kita alami. Begitu juga dengan kisah benar di antara Mr. I dan Ms. A (nama sebenar) sejak 13 tahun yang lalu dipertemukan kembali di dunia yang nyata.

Sejak di bangku persekolahan, mereka saling berkenalan antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai bercita-cita besar walaupun itu merupakan cinta pertama yang menganggap "we always believe our first love is our last, and our last love is our first". Tak terungkap dengan kata-kata, mereka dikatakan bahagia walaupun seusia 17 tahun. Pertemuan indah, hanya sekerat jalan atas tuntutan cita-cita masing-masing yang berbeza.

Setelah lama Mr.I mencari dimanakah Ms.A, mereka dipertemukan juga dengan bantuan Izzo baru-baru ini dan masing-masing mengenali Izzo sebagai teman mereka sejak zaman persekolahan dan kedua-duanya sebaya dengan Izzo.

Benar, kata pepatah tersebut, Mr.I masih menaruh harapan kepada Ms.A walaupun mereka mustahil untuk disatukan memandangkan Ms.A telah mendirikan rumahtangga. Izzo agak terharu dan menghormati perasaan apa yang diluahkan Mr.I terhadap cinta pertamanya. Beliau tidak bertepuk sebelah tangan kerana Ms.A masih mencari Mr.I ketika masing-masing berlumba-lumba untuk mengejar cita-cita.

Prinsip Mr.I, beliau tidak akan mengganggu dan menghormati hak orang lain menyebabkan beliau terus tidak mempedulikan Ms.A yang masih mencari beliau meskipun telah dimiliki oleh orang lain. Dan akhirnya, kira-kira beberapa bulan yang lalu Mr.I dapat berhubung dengan Ms.A serta mendapat tahu beliau kembali membujang serta memiliki seorang cahaya mata.

Apa yang menarik, masing-masing menghubungi Izzo kembali dan meluahkan isi terpendam yang terbuku di hati. Status Ms.A yang kembali membujang menyebabkan beliau kerap menerima tohmahan dari rakan sekerja dan perkara tersebut dianggap gangguan dalam hidupnya. Alah bisa tegal biasa, perkara tersebut tidak lagi dilihat sebagai masalah dalam hidupnya. Manakala Mr.I telahpun mempunyai teman istimewa. Tiba-tiba hatinya bercelaru apabila kasih kepada Ms.A masih lagi tercalit dalam hatinya.

Kepada Mr.I.. fikirkan masak-masak, fikirkan berkali-kali kerana anda kian hampir untuk memiliki. Namun, ia tidak dapat menolak cinta pertamanya walaupun tidak mustahil mereka dapat disatukan kembali walaupun Ms.A telah mempunyai seorang cahaya mata dan juga penerimaaan oleh keluarga Mr.I itu sendiri terhadap Ms.A.

Kepada Mr.A.. tiada apa yang dapat dinasihatkan dan semoga anda memperolehi jodoh semula yang lebih sesuai dan tidak dapat menyangkal kesesuaian Mr.I untuk anda. Gagal kali pertama dapat membuatkan anda lebih berwaspada dan matang serta dapat mengenalpasti keinginan dalam hidup terutamanya bila berpasangan kembali kelak.

Masing-masing semakin dewasa dan semakin menyedari bahawa di antara kenangan dahulu ada satu rasa diantara mereka yang paling besar iaitu "cinta", kerana setiap ketika semuanya akan menjadi kenangan dan bergerak seiring harapan. Semoga masing-masing memperolehi cintanya sendiri.

Sunday, April 5, 2009

F1 @ Sepang

Sejak beberapa tahun, Izzo menyokong pasukan BMW sebabnya masih berangan-angan untuk memiliki salah satu daripada jentera berkenaan satu hari nanti yang tak tahu bila agaknya. Tapi dalam F1, pasukan BWM Sauber menjadi pasukan elit setiap tahun penglibatan mereka.
Tahun ini, Izzo berkesempatan menonton lagi perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang. Berbeza dari tahun sebelumnya kerana bermula tahun ini permulaan F1 di Sepang bermula agak lewat iaitu jam 5 petang yang bertujuan untuk menyesuaikan dengan perbezaan masa bagi peminat F1 di benua Eropah kerana purata beza waktu GMT di antara Malaysia dan Eropah adalah 6 jam. Perlumbaan lewat ini sekaligus mengurangkan tahap kepanasan keseluruhan litar berbanding jika dimulakan pada pukul 2 petang yang amat terik.Merah masih di mana-mana dan kebanyakannya menyokong pasukan Ferrari. Namun zaman kegemilangan pasukan itu hampir lenyap setelah Michael Schumacher bersara dari arena F1 walaupun 2 musim lepas pasukan itu menjuarai dari Kimi Raikkonen. Tetapi tak ramai peminat fanatik Brawn GP yang merupakan nama pasukan baru tetapi jentera yang lama serta pemandu yang hebat.
Musim ini, perlumbaan di Sepang tidak berkesudahan sepertimana biasa akibat hujan lebat ketika perlumbaan dan berhenti separuh perlumbaan akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan di samping keadaan yang kian gelap. Kemenangan berpihak kepada Brawn GP dengan pemandu sensasinya Jenson Button dan Nick Hiedfeld dari BMW Sauber bernasib baik menduduki tempat kedua manakala Jarno Trulli dari pasukan Toyota di tempat ketiga.

Wednesday, April 1, 2009

Cabaran Pendekar II (CAP II)

Zaman pengajian dulu-dulu semasa di Universiti Utara Malaysia cukup aktif dan Izzo sentiasa mengisi masa kekosongan yang ada. Hampir setiap cuti semester atau pertengahan semester ada sahaja aktiviti luar yang dilibatkan sejak semester pertama hingga tamat pengajian. Sejak memasuki Pusat Matrikulasi UUM di kampus Sintok, Izzo telah menyertai kegiatan ko-kurikulum meskipun pelajar Matrikulasi tidak dibenarkan berbuat sedemikan.

Apabila memasuki tahun pertama, pelajar adalah digalakkan untuk menganggotai setiap persatuan/ kelab. Alhamdulillah, walaupun Izzo menyertai persatuan yang berasaskan seni beladiri, namun aktiviti luar persatuan berkenaan boleh menandingi mana-mana persatuan kembara sehingga di cemburui mungkin kerana komitmen oleh ahli serta pengurusan yang baik. Namun, kelas latihan dan pengajian seni beladiri adalah didahului sehinggakan hampir setiap masa terdapat jemputan untuk mengadakan demonstrasi mempertahankan diri.
Cabaran Pendekar II telah diadakan pada tahun 1999 kira-kira 10 tahun yang lalu di adakan di 2 negeri iaitu Gunung Stong di Kelantan dan Pulau Perhentian diTerengganu. Projek ini diteruskan kerana hampir semua peserta berjaya menamatkan Cabaran Pendekar 98 yang pertama kali diadakan oleh persatuan di Jajaran Wang Kelian, Perlis. Cabaran ini bukannya untuk menguji ketahanan fizikal ahli persatuan semata-mata malahan mewujudkan rangkaian persahabatan dalam kepelbagaian aktiviti rekreasi yang dialami.

Kumpulan seramai 36 peserta ini dipecahkan kepada 6 kumpulan bagi memudahkan kegiatan aktiviti. Bertolak dari Sintok menuju ke Hutan Jelawang di Dabong, Kelantan. Kami berbesar hati kerana dijemput sendiri oleh penjaga gugusan 8 gunung di kawasan iaitu Allahyarham Pok De Baha. Pendakian bermula hingga ke Tapak Perkhemahan Baha. Di sepanjang pendakian, Allahyarham menerangkan pelbagai perkara di dalam hujan yang tidak nampak oleh mata kasar di samping petanda-petanda yang bakal berlaku berdasarkan gerak geri burung-burung di hutan berkenaan. Selepas makan tengah hari, kami di bawa ke Telaga Tujuh dan juga setiap peserta dimandikan oleh Allahyarham sendiri di dalam Kolam Tuan Puteri.
Keesokkannya, kami bangun dengan kedinginan hutan di tambah dengan desiran air terjun ketinggian hampir 900meter. Tapak perkhemahan berkenaan yang juga merupakan bahagian atas Air Terjun Jelawang. Dari situ, dapat dilihat matahari terbit dari posisi yang amat menarik serta dilengkapi dengan awan-awan yang berada di bahagian bawah. Kami sangat-sangat memuji kebesaran Ilahi dengan permandangan yang cukup mengagumkan berkenaan. Yang pastinya, hampir semua yang telah sampai ke sini tidak melepaskan peluang menyaksikan panorama berkenaan.Perjalanan kami diteruskan dengan menuju ke puncak Gunung Stong di ketinggian 1422 meter dari aras laut. Kumpulan peserta yang agak ramai ini agak perlahan jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain dan secara kebetulan kami berselisih dengan kumpulan kembara dari Kolej Pernas, Universiti Utara Malaysia pada ketika itu. Terdapat 8 gunung di gugusan ini iaitu Gunung Stong, Gunung Ayam, Gunung Baha (sempena nama Allahyarham Pok De Baha), Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Beirut, dan Gunung Che Tahir. Cabaran Pendekar II hanya mendaki satu gunung sahaja dari 8 gunung yang ada kerana kami akan melakukan aktiviti yang lain selepas pendakian gunung. Puncak Gunung Stong hanya cukup terhad dan lebih besar dari sebuah bilik tidur. Tamat mendaki, sengaja kami memilih untuk mandi di punca air dari laluan puncak gunung berkenaan hingga tiba semula ke tapak perkhemahan sekitar jam 8 malam.

Allahyarham Pok De Baha kerap kali memuji mana-mana kumpulan dari UUM berbanding institusi pengajian tinggi yang lain kerana mempunyai reputasi dan kesedaran yang amat tinggi terhadap alam sekitar dan sentiasa menjaga kebersihan dan pantang larang di dalam hutan. Mungkin itu adalah hasil dari taklimat pra perkhemahan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebelum mana-mana aktiviti luar kampus dijalankan.

Dari gunung kami ke laut dan apabila tiba di Dabong, pengangkutan telah sedia ada dan merupakan bas SKMK pada ketika itu dan kami di bawa terus ke Jerteh, Terengganu dan seterusnya menaiki bot ke Pulau Perhentian Besar. Tiba di sana, kami siapkan tapak perkhemahan serta makan malam pada malam berkenaan.
Keesokkannya, sebanyak 16 kayak dwi-kemudi berhadapan dengan cabaran seterusnya iaitu mengelilingi Pulau Perhentian Kecil. Bayangkan, kami menghadapi cabaran yang agak besar berhadapan dengan ombak tinggi di Laut China Selatan dengan latihan terhad iaitu hanya berkayuh di Tasik UUM dan kami bukanlah ahli Kelab Kenu. Alhamdulillah, cabaran tersebut berjaya diselesaikan walaupun hampir separuh peserta tidak dapat meneruskan kayuhan hingga penamat akibat mabuk laut.Pulau Perhentian cukup cantik dan mempersonakan dengan pasir halus yang memutih dan air yang jernih. Malamnya, kami mengisi dengan pelajaran kelas latihan mempertahankan diri.
Sesudahnya, bas membawa balik ke Kampus UUM dan memberi pengalaman yang cukup bermakna. Izzo dilantik sebagai bendahari projek pada ketika itu dan kos yang perlu di bayar oleh setiap peserta untuk semua aktiviti, makan-minum, pengangkutan serta bayaran khusus sepanjang seminggu aktiviti hanyalah RM30 seorang. Kos yang amat berpatutan dan sangat murah walaupun dibantu oleh RM500 oleh pihak HEP.