Friday, July 25, 2008

Bunga Untuk Ibu

25 Julai...
Selamat Hari Lahir untuk Siti Baidah bt. Ali
Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah..
Ameen...



Bunga ini disampaikan melalui adinda Mohd Sofian Hashim kepada ibu tercinta.

Thursday, July 24, 2008

Tak dapat apa yang di cita..

Bila tengok keputusan di papan kenyataan JPJ petang Khamis yang lalu agak hampa juga sebenarnya tapi bila difikirkan balik, Izzo ada banyak lagi peluang untuk membida nombor yang dihajatkan. WRR 2212 yang ditunggu-tunggu selama ni, hanya sekadar mimpi indah buat seketika waktu. Tak secantik mana pun nombor tu tapi cukup signifikan kepada Izzo.

Ada hikmah juga disebaliknya untuk Izzo tak dapat untuk memiliki plat WRR. Sebabnya plat berkenaan akan mula keluar pada 5 Ogos 2008 dan pada ketika itu kadar faedah di bank telah meningkat kepada 3.8% berbanding kadar faedah yang telah diluluskan untuk Izzo iaitu hanya 2.4%. Kadar faedah itu hanya sah sehingga penghujung Julai sahaja. Ini berikutan peningkatan kadar inflasi negara yang mencecah kepada 7.7% dan terburuk sejak 27 tahun yang lalu.

Jika Izzo berkeras untuk memiliki nombor plat WRR berkenaan, bezanya setiap bulan, Izzo terpaksa membayar beza sebanyak RM142.80 sebulan kepada bank akibat peningkatan kadar faedah. Angka ini jika dihitung secara keseluruhan membawa kepada sejumlah RM15,422.40 sepanjang pinjaman kepada pihak bank. Wow... RM142 sebulan tu elok juga di simpan dan dijimatkan untuk perkara lain.

Kepada insan yang istimewa yang dapat membida nombor WRR 2212, Jazry bin Zakaria... selamat berbahagia
(Nada yang kecewa tapi tetap kena senyum). Tetapi sekiranya anda berminat untuk menukar dengan nombot plat yang Izzo akan dapat dalam tempoh seminggu nanti, amatlah dialu-alukan.

Tak perlu nak sedih-sedih dan kecewa sebab nombor plat yang Izzo dapat dalam tempoh seminggu ni tidak mengecewakan dan juga menarik minat yang teramat sangat orang lain terutamanya jurujual di Edaran Tan Chong Motor. Banyak lagi pilihan lain pada masa akan datang. Yang wajibnya plat Kuala Lumpur untuk WWW dalam 4 tahun lagi dan juga plat Sandakan SS **** S di jangka dalam tempoh 3 tahun nanti.

Ok, Chow.......

Sunday, July 20, 2008

Merarau Ahad

Table for 3

Apa itu Merarau?
Perkataan ini dipelajari ketika Izzo berada di Sabah 3 tahun yang lalu. Jika kita faham perkataan "kudapan" yang membawa maksud minum pagi atau minum petang, maka Merarau bermaksud Makan Tengah hari. Kosa kata dalam Bahasa Melayu ini masih belum meluas untuk digunapakai dan kita masih selesa menyebut makan tengah hari atau terus menyebut "lunch".
Untuk makan malam, istilah Gabi digunakan untuk menjelaskan maksud berkenaan. Bunyinya agak pelik tapi jika diperkatakan dengan kerap dan menjadi perkataan harian, perkataan berkenaan boleh di terima pakai.
Sesekali seronok juga memasak untuk menjamu teman-teman makan bersama. Menu hari berkenaan menyajikan sayur baby kailan dan ayam, tomyam ayam dan telur dadar.

Tuesday, July 15, 2008

I Love You

Afrikaans - Ek Fhet jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibek
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creole - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
English - I love you
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - ich liebe dich
Greek - S'agapau
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Ai shi Teru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaramPig
Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Sunday, July 13, 2008

Pendakian Bukit Tabur

Mungkin ramai warga kota yang tak tahu tempat ni. Tapi lokasinya hanya di pinggir kota Kuala Lumpur dan terletak di antara Plaza Tol Gombak dan Stesen LRT Terminal Putra, Gombak. Namun pintu masuk untuk mendaki Bukit Tabur di Empangan Klang Gate berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Aktiviti mendaki yang hanya mengambil masa separuh hari cukup untuk menguji kekuatan dan ketahanan fizikal terutama kepada sesiapa yang jarang beriadah. Selain itu, aktiviti sebegini bagus juga untuk persediaan kepada mana-mana aktiviti pendakian lain yang lebih mencabar.

Sebenarnya, Izzo menjadualkan untuk mendaki seawal jam 7.30 pagi. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk Empangan Klang Gate, Izzo terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang tertangguh dan terpaksa berpatah balik ke Stesen Minyak Petronas, Taman Melawati. Akibatnya, pendakian bermula jam 8.00 pagi selepas regangan dilakukan. Agak lewat juga kerana matahari dah mula naik.


Tarahan bukit di Taman Melawati


Permandangan dari kawasan permatang di sepanjang Bukit Tabur.., OK dan menarik. Dapat menyaksikan keseluruhan permandangan Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tasik Buatan Empangan Klang Gate, serta tidak terkecuali Genting Highlands.

Kuala Lumpur

Aktiviti mendaki pada kebiasaannya mengambil masa selama 1 jam 30 minit hingga ke perhentian terakhir. Namun masa tersebut bergantung kepada pendaki yang lain yang kadang kala membantutkan aktiviti pendakian anda kerana trek yang sempit dan terhad terutamanya rock climbing yang memerlukan bantuan tali. Kebiasaannya juga, berpatah balik ke pintu masuk sekitar jam 11.30 pagi terpulang kepada berapa lama tempoh rehat di atas puncak.

Wednesday, July 9, 2008

C.I.N.T.A

Kalau ini takdir kita,
Terimalah dengan redha
Aku pergi supaya kau terus di sini

Aku pohon maaf,
Jika selama ini sering hilang dalam hidupmu.
Tetapi percayalah kau tetap di hatiku.

Sering kali kita terlalai mengejar
Apa yang belum pasti,
Hingga kita lupa meraikan satu-satunya perkara
Yang menjanjikan kebahagiaan…

CINTA

Yang lahir demi naluri,
Menuntut kejujuran
Menagih pengorbanan
Bersandar kesetiaan
Akhirnya tersimpul mati

Friday, July 4, 2008

Mercedez Lesen Besar !!

Sekali dilihat dari jauh, tak ada yang salah dan seolah-olah kelihatan sebuah motokar Mercedez yang biasa di jalan raya. Yaa… motokar ini boleh melambangkan status pemiliknya. Izzo sendiri pernah memandu motokar ini dan memang ada bezanya dengan motokar sedan yang lain. Kerana kepuasan terhadap pemanduan Mercedaz lebih teserlah.

Berbalik kepada Mercedez lesen besar ni, cuba kita lihat apa yang dibawanya. Bahaya juga tu… memang bahaya pun. Izzo perasan Mercedez berada di dalam keadaan berbahaya apabila ada sesuatu objek yang terkeluar dan terjatuh. Nasib baik juga tak terkena cermin kereta yang Izzo pandu ni, kalau tak retak dan pecah lagi dibuatnya.

Berkenaan lessen besar pula, pada waktu perjalanan tersebut di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) menuju ke Putrajaya, Mercedez tersebut momotong sebuah kereta peronda Polis dan kereta peronda tersebut tidak pula cuba untuk memberhentikannya. Mustahil kereta peronda polis tidak nampak akan perkara yang berlaku sedangkan keadaan Mercedez tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuhraya terebut. Memang sah ler Mercedez ini berlesen besar.