Monday, September 28, 2009

Gurindam SMS Aidilfitri

Tanganku hulur tak kesampaian, Senyumku ukir tak kelihatan, SMSku kirim tanda ingatan, Di Aidilfitri kita bermaafan.

Bicara kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan. Hidup ini indah jika ada ada rasa kemaafan.

Bila Syawal hadir menjelma, Tenggelamnya fajar Ramadhan, Kesenduan amat terasa, Takbir yang bergema mengundang sebak di dada, Salam dihulur kemaafan diminta.

Sawaddekap!Pom mai put alai na kap mai ko ping pon pai samprok khun dah tirak alai noi kap, mai put chan rat

Jika kesilapan semalan belum terampun maafkanlah, Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati lupakanlah, Jika kesilapan esok mendatang janganlah dibawa ke akhirat, Ingin saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.

Mendayu gema takbir Aidilfitri tanda menjelang sudah Syawal, Ampun dan maaf zahir batin dari tuan sekeluarga atas segala kesalahan. Moga Syawal menjanjikan rahamat dan redha Allah buat semua. Moga berbahagia dunia akhirat.

Laungan takbir bergema di pagi hari, Memecah sunyi keriangan berseri, SMS pengganti kad raya dan diri, Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi di hujung jari.

Antara gurau ada yang terguris, Antara tawa ada yang terluka, Antara pandang ada yang terjeling, Antara doa ada yang terlupa.

Namun antara sedar kita pasti melakukan kesilapan. Dari jauh dipohonkan ampun dan maaf. Tawa riang indahnya rasa senyum di sambut tanda persahabatan. Kalau ada salah silapnya dimohon maaf.

Biar renggang di fana dunia, Biar hina di mata manusia, Biar semangat semakin tua, Biar harta semakin tiada, Biar akal semakin berusia, Biar jauh kedudukan kita, Biar jurang pangkat kita. Jangan tergadai silaturahim antara kita

Masak lemang sambil berdiri, nak dimakan di Aidilfitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS saja dapat ku beri.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segalanya.

ISNIN dari SELASA nak tanya nampak tak RABU agar ingatkan KHAMIS, supaya JUMAAT bagitau SABTU yang Raya pada hari AHAD. Yahooo.

Walau langkah tak bertemu, Tangan tak berjabat, Ucap tak terdengar, Mata tak bertentang. Mohon maaf segala kekhilafan, kerana ada tikanya mata silap memandang & telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata & hari tersalah menduga.

Roti bulat disapu kaya, Masak sardin dalam tin, Diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Dalam gurau ada terkata, Dalam bicara terkasar bahasa, Dalam tindakan terguris rasa, Dalam hidup tak lepas dosa. Maaf dipinta semoga terhapus dosa.

Andai jemari tak sempat berjabat, Andai raga tak kuasa bertatap, Namun ingatan masih bertaut.

Esok lusa Hari Raya, Pergi masjid sembahyang raya, Jangan jadi hantu raya, Apa kelas hantar kad raya, Hantar SMS barulah bergaya,Selamat Hari Raya.

Moga Allah muliakan kita dengan rasa cinta dan takutkannya. Berukhwah dan berkasih sayang. Diberi pimpinan hingga rasa nikmat dalam berjuang.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah datangkan hujan, petir dan kilat.. Kita bersedih mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi.

Allah berikan kita puasa, hadiahnya pahala dan Hari Raya. Alunan takbir memuji Tuhan, Meriahnya suasana tanda kemenangan, Segala dosa dan kesilapan harap dimaafkan, Yang termakan terminum turut dihalalkan.

Malam raya pasang pelita, Pelita dipasang menghias gelap, Jari disusun maaf dipinta, Atas segala salah dan silap.

Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Ramadhan kerana keinsafan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan.

Saturday, September 26, 2009

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Masa untuk bersama,
Menghulur kemesraan,
Gelak tawa bahagia,
Damainya rasa.

Lemparkan senyuman,
Hulurkan salaman
Kini dan selamanya
Ucapan Selamat Hari Raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 1, 2009

Kisah Tandas OKU

Antara beberapa perkara yang Izzo kerap lakukan adalah sentiasa memilih Tandas Orang Kurang Upaya (OKU) sama ada di lapangan terbang, pusat beli-belah, bangunan pejabat, tempat rehat & rawat atau di mana-mana tempat yang lain. Antara sebabnya;
1- tandas lebih bersih.
2- ruang yang lebih luas
3- tidak ramai pengguna
4- lebih selesa berbanding tandas-tandas lain.

Namun Izzo akur dengan keutamaan tetap diberikan kepada golongan OKU atau golongan lain yang lebih memerlukan penggunaannya.

Baru-baru ini Izzo menghadiri satu persidangan yang dihadiri lebih dari peserta di salah sebuah dewan serbaguna di Putrajaya. Menjadi kebiasaan juga sepanjang Ramadhan, cuaca lebih sejuk berbanding sebelumnya sama ada di luar atau di dalam bangunan. Maka, menyebabkan ramai peserta kerap ke bilik air. Dengan kuantiti bilik air yang terhad, Izzo seperti biasa memilih untuk menggunakan tandas OKU. Lokasi tandas tersebut juga agak terpencil berbanding lokasi tandas yang lain.

Selesai proses perkumuhan, Izzo dapati pintu tandas OKU tidak dapat dibuka kerana penyelaknya tersangkut di bahagian dalam. OoooOoooOOOooo cuba dan cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Lebih dari 10 minit mencuba, perasaan cemas mula datang. Cuba dan cuba lagi hingga terpaksa mengetuk beberapa kali pintu tersebut. Namun tetap tidak berjaya. Izzo menelefon rakan sekerja yang dari bangunan yang berbeza untuk meminta bantuan dan beliau tiba kira-kira 10 minit berkenaan memandangkan Izzo telah terperangkap di dalam tandas OKU lebih daripada 20 minit.

Sebaik rakan tersebut tiba, beliau cuba untuk membuka pintu tersebut dari luar namun tidak berjaya. Kemudian mendapatkan bantuan dari pekerja am untuk mendapatkan kunci. Namun kata pekerja am berkenaan, tandas OKU tidak mempunyai kunci dari luar sebaliknya hanya kunci selak dari bahagian dalam sahaja. Izzo hanya banyangkan pintu tersebut perlu dipecahkan sahaja untuk keluar dari tandas OKU tersebut. Cuba dan cuba lagi untuk membuka pintu dari dalam namun tidak berjaya.

Keadaan di luar semakin ramai orang yang cuba untuk membuka pintu tandas berkenaan termasuk beberapa ahli persidangan yang cuba memerhati apa yang terjadi di tandas berkenaan. Hampir 10 minit juruteknik bangunan tiba untuk membantu. Dengan membawa sebilah spanar dan mengcungkil bahagian tombol pintu dari arah luar, Izzo berjaya keluar dari perangkap tersebut dengan perasaan yang amat lega. Banyangkan terperangkap dalam tandas lebih dari 30 minit!!

Kata juruteknik, ini merupakan kes kedua yang berlaku di tandas berkenaan dan Izzo cuma bayangkan jika berlaku kepada warga OKU yang sebenar. Mungkin lebih parah lagi dan masa yang diambil pastinya lebih lama dari itu.

Sedangkan persidangan separuh hari yang dianjurkan masih berlansung, Izzo terus pulang ke tempat kerja tanpa menghabiskan sesi persidangan berkenaan. Oh !!! Kisah di Tandas OKU ini menyebabkan Izzo lebih berhati-hati kepada kunci tetapi tidak menghalang untuk Izzo menggunakan tandas berkenaan lagi di mana-mana tempat.