Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup Final

Malaysia 3 Indonesia 0
Kisahnya terarah kepada Sang Garuda umpama patah sayap dan mengharungi mimpi ngeri kerana dek dibaham amukan Harimau. Malaysia BOLEH
the "Harimau"warm up session

Indonesian warm up

the Ultra Malaya fan

Malaysia 1 - Indonesia 0

suddenly

after 3rd goal

Malaysia 3 - Indonesia 0

for Malaysian fan


Wednesday, December 22, 2010

Tuesday, December 21, 2010

AFF Suzuki 2010

Malaysia 2, Vietnam 0

Saturday, December 4, 2010

Futsal de Tonga

5 gol dalam 3 perlawanan.
Permainan yang sangat menarik cuma nasib tidak menyebelahi pasukan kami ke pusingan berikutnya. Kami menguasai perlawanan namun penyudah yang kurang berkesan serta tidak berpeluang untuk menjaringkan gol dengan lebih banyak.

Friday, November 12, 2010

Air Terjun Jerangkang

Berkhemah dalam hujan tapi seronok.

Monday, November 8, 2010

JERAT : JERai Advanture Trail

1. Kumunculan Skuad Tipu Tertipu
2. Tragedi Kancil Merah vs Kancil Hijau
3. Cinta terJERAT di Jerai

Kisah Mei 1999 kira-kira 11 tahun yang lalu tapi masih segar dalam ingatan. Kumpulan kami seramai 20 peserta bertolak dari Sintok ke Alor Setar menaiki bas HBR dan kemudian menaiki bas MARA ke Yan Kechil di kaki Gunung Jerai. Ini bukan program yang dibiayai nama-mana pihak sama ada pihak universiti mahupun persatuan yang dinaungi. Aktiviti sebaik sahaja cuti semester yang panjang, kami sepakat untuk mendaki Gunung Jerai. Secara kebetulan peserta adalah seramai 10 lelaki dan 10 perempuan.
2 rakan pendaki masing-masing berasal dari Yan dan Guar Chempedak menjadi pemandu arah sepanjang pendakian ini. Kami mula mendaki dengan berjalan kaki dari Pekan Yan Kechil menuju ke Tangga Kenari Seribu Tahun. Gagah ler juga untuk mendaki 1,000 anak tangga itu walaupun secara bertingkat. Ruih rendah kegembiraan sebelum pendakian bertukar muram akibat kepenatan. Keringat dan peluh mula membasahi. Namun masing-masing memaksa diri sendiri untuk senyum walaupun kelat kerana sepanjang pendakian diselang seli dengan kisah semut hitam, kesilapan Ghaffar Baba, selingan iklan 7 beradik dan macam-macam lagi.

Di sini juga bibit-bibit persaingan merah-hijau timbul kerana di UUM, persaingan musuh tradisi Pernas vs Petronas wujud ketika itu. Hanya 2 kolej ini yang tampak lebih ketara. Begitu juga dengan anggota pendaki JERAT kali ini kerana sebahagian besar dari kolej Pernas dan Petronas. Izzo turut mendiami kolej Pernas yang bertemakan merah.
Entah berapa kali rehat sepanjang pendakian. Ada yang berhenti minum, berhenti buang air disamping bercerita dan mendengar kisah-kisah lucu untuk semua senyum. Lebih menggamatkan apabila Kak Lin atau lebih dikenali sebagai "Orang" pitam seketika. Jadi, peranan masing-masing sebagai tukang kipas, tukang picit, jururawat segera membuatkan Kak Lin sedar kembali kurang dari 5 minit. Itulah kekuatan kami kerana semangat berpasukan.
Kami sudah sedar yang kami menghampiri puncak apabila pohon-pohon renek sudah mula kelihatan dan udara semakin sejuk meskipun matahari mulai tenggelam di Selat Melaka. Hujan pula turun, maka pacat mula menyedari kehadiran kumpulan kami. Hanya sekadar nasib, ada yang terkena pacat dan ada pula tidak.

Tiba di tapak perkhemahan hampir jam 8 malam, kelihatan pasukan lain iaitu kakitangan bomba turut berada disitu. Mereka menggunakan jalan raya dari Guar Chempedak dan menaiki kenderaan ke tapak perkhemahan berkenaan. Rezeki mencurah apabila pasukan bomba tersebut memberikan kumpulan kami dengan makanan. Memang kami ada membawa bekalan makanan untuk dimasak tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk di masak. Namun makan yang diberi oleh pasukan bomba tersebut dijamah dengan lebih awal. Rezeki jangan ditolak.

Malam yang penat akibat keletihan dan sebahagian sahaja yang tidur di dalam khemah. Selebihnya tidur di surau termasuk Izzo. Sungguh mengelat trip JERAT kali ini kerana tidur di surau. Namun pada ketika itu, ada yang terjerat. Bibit-bibit cinta turut timbul namun dirahsiakan. Akhirnya, kami juga mengetahui siapa yang terjerat.

Pagi yang indah kami menyaksikan permandangan hijau sawah padi di negeri Jelapang Padi. Indah nian!!. Tak terlepas mandi di air terjun berhampiran Gunung Jerai yang cukup sejuk terutama pada waktu pagi.
Kami turun menyusuri jalan raya menuju ke perhentian bas yang terletak di hadapan pintu masuk ke Gunung Jerai dari pekan Gurun. Memandangkan jalan berliku-liku beberapa anggota mengambil jalan pintas. Namun, akibat terlebih jalan pintas, Izzo dan 3 yang lain telah tersalah jalan dan terlencong sehingga ke pekan Gurun yang terletak 5km dari sasaran kami. Hahahaha, rasakan!! Terpaksa berpatah semula berjalan kaki ke kawasan yang dituju. Tiba di tempat yang dituju, kami digelar skuad Tipu-tertipah kerana untuk menipu orang lain, kami akhirnya yang tertipu.

Menunggu bas pulang ke Alor Setar dan seterusnya bas ke Sintok, perlawanan Pernas vs Petronas tak berkesudahan. Membilang bilangan kenderaan berwarna merah dan hijau. Akhirnya warga merah berbangga kerana kancil yang berwarna merah memotong kancil hijau betul-betul di hadapan kami secara kebetulan. Peristiwa itu membuatkan warga Petronas terdiam dan zip mulut.

Namun, itu semua sudah menjadi sejarah dan diabadikan dalam pengalaman hidup masing-masing. Pengalaman JERAT cukup menarik walaupun aktiviti yang singkat, stamina kami masih kuat memandangkan usia pada ketika itu sekitar 18-21 tahun. Kami rapat dan aktif dalam persatuan bagaikan adik beradik.

Sunday, October 24, 2010

Bola @ MSN Bukit Jalil

Akibat lama tak main bola dan bersenam, kami terus sertai pesta bola ini. Namun, kami puas dan happy!!

Wednesday, September 22, 2010

Ba ra an

Asal dari perkataan Jawa yang membawa maksud berjalan atau ziarah beramai-ramai secara kumpulan. Masyarakat Jawa telah mempraktikkan Baraan sejak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu dan amalan ini berlanjutan hingga kini.
Aidilfitri kali ini, Izzo mengikuti Baraan pada malam 1 Syawal sejurus takbir raya selepas solat Isya'. Dibahagi kepada 2 kumpulan dan kumpulan yang Izzo sertai melawat 8 buah rumah serta melaksanakan takbir di setiap rumah. Aktiviti kejiranan yang wajar dipraktikkan pada malam Aidilfitri !

Tuesday, September 21, 2010

Cerita Jerang Air

Masukkan air dalam cerek, tekan suis dan tunggu hingga panas. Itu cara yang mudah untuk jerang air dengan cerek elektrik yang biasa di dapati kini. Mudah, ringkas dan cepat serta tak perlu nak berlari semula ke dapur berbanding kaedah biasa dengan meletakkan di atas dapur.

Sudah menjadi kebiasaan kepada sesiapa yang bekerjaya terutamanya menjerang air dengan cerek elektrik kini sama ada di bandar atau pun kampung. Izzo sendiri tak terkecuali jerang air dengan cerek elektrik.

Ada kisah baru-baru ini seorang sahabat yang balik ke kampung rumah keluarganya untuk sambut Hari Raya selama 1 minggu. Pastinya air dijerang berkali-kali dalam sehari bermula sebaik waktu berbuka puasa lagi sehingga sambutan hari raya beberapa hari di kampung. Ramai sahabat handai, sanak saudara yang berkunjung pastinya berkali-kali menjerang air. Keadaan di rumah keluarganya berubah kerana cerek biasa digunakan untuk menjerang air di dapur dengan gas memasak. Jika sehari 5 kali menjerang air, maka dalam seminggu hampir 35 kali melaksanakan tugas tersebut kerana itu sahaja tugasan dapur yang paling mudah.

Selepas seminggu, balik semula ke kediamannya dan dia pun menjerang air. Buka kepala cerek, masukkan air dan lantas buka suis dapur untuk menjerang air, tanpa berfikir cerek di rumahnya adalah cerek elektrik. Maka, jadinya begini.....
v
v
v
v
v
v
v

Thursday, September 16, 2010

Tuesday, September 14, 2010

SMS Aidilfitri

Antara SMS Aidilfitri yang Izzo terima;

1. Salam Eid Mubarak

2. Aku bukan Sasterawan yang bisa mengayam buih-buih ayat untuk menjadi bunga-bunga perkataan. Aku hanya bisa mengungkap ucapan ikhlas Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

3. 1001 gurauan belum tentu dapat mengukir 1 senyuman, tetapi dengan hanya satu sindiran sudah cukup untuk melukakan hati seseorang.. DAN dengan 1 sms sudah cukup membuktikan seseorang masih mengingati kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

4.Wishing you & family Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H. Semoga Jalinan yang terbina antara kita persis untaian tasbih, awal tiada penghujung, dibentuk untuk mengingatiNya, dicantum kerna cintaNya, diratib semata-mata kerna redhaNya. Dan moga jalinan ini kekal serta dirahmati Allah jua selamanya.

5. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada yang mengenali. harap diampunkan jika ada salah dan silap selama ini. Maaf Zahir dan Batin.

6. Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali, muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri. SMS dihantar mengganti diri, salah dan silap harap dimaafi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

7. Assalamualaikum, diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kalau ada perkataan yang terkasar selama ini.

8. Raya mai dah! yang mana terle PAS cakap, yang tak de DAP dengaq yang yang tak berlaku ADIL, kita PAKAT2 minta maaf no!

9. Bagi pihak me, myself & I, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin atas segala salah silap juga tutur bahasa.

10. Wishing you and Family Selamat Hari Raya Aidilfitri.

11. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untukmu sekeluarga

12. Takde pantun pun takpa, janji dapat duit raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri

13. Salam, on this auspicious month, i humbly apologise to all, old and young, close one and acquaintances for my ill-doings if any. I hope and pray to correct and better myself and hope the same for u too. And may we all be blessed this Syawal and may we have joyful and safe celebration on this Eid. Maaf Zahir & Batin.

14. Walaupun kaki tak melangkah, tangan tak berjabat, suara tak terdengar, mata tak bertentang tetapi hati ingin memohon Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

15. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaaf Zahir dan Batin kiranya ada tersalah silap kata dan perbuatan. Moga Aidilfitri membawa 1001 rahmat dan keberkatan.

16. Kata Al-Ghazali : Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh dan yang indah itu saling memaafkan. Salam Aidilfitri 1 Syawal 1431H dan Maaf Zahir dan Batin.

17. Ya Allah, di pagi Syawal yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang membaca sms ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badanya, permurahkan dan berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah. tahmati keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMu.

18. Andai ada kata mengundang rasa, andai ada tingkah mengundang duka, andai ada khilaf di mana-mana, ampun maaf jua yang saya pinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

19. Wishing you and family, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Take care and enjoy the holidays.

20. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidil Walfaizin dengan tulus ikhlas. Maaf Zahir dan Batin.

21. Selamat Idul Fitri. Maafkan segala kekurangan dan kesalahan. Mohon maaaf Lahir dan Batin.

22. Assalamualaikum. Saya dengan rendah diri meminta supaya dimaafkan dari segala salah dan silap, halalkan makan dan minum, dan dijauhi dari perkara yang buruk. mendoakan supaya hari yang mulia ini dicucuri segala keberkatanNya dan meraikan dengan sederhana. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

23. Dari 7 petala langit turun ke 7 petala bumi. Diukir 6666 kalimah disempurkanan 114 surah, 30 juzuk diselangi 113 kalimah Allah. tersebar di 360 daerah, terhitung di 77 wilayah. 30 hari berpuasa sudah selesai. perjuangan yang sama termeterai indah. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

24. Ya Allah, akhir Ramadhan yang barkah ini, mulakan dan sayangi sahabatku ini. Bahagiankan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkan dari fitnah. Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMu. Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

25. If i ever wronged u unintentionally, i apologies from the bottom of my heart. If i ever wronged u intentionally, then u probably deserved it and i forgive u from the bottom of my heart too. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010.

26. Happy Eid to you and your family with all my best wishes in this accasion.

27. Ramadhan berlalu Syawal menjelma, kemaafan yang lalu harap diterima, ketibaan aidilfitri dirai bersama, eratkan ukhwah kita sesama. Ingatan tulus ikhlas, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

28. Di Aidilfitri mulis, maaf dipinta andainya; Terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, terpukul kat mana-mana, terpekik di telinga, termoody tak semena-mena, terumpat bila-bila, terusik yang sengaja dan macam-macam lagi yang ada. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

29. Selamat Hari Raya. Hope you have a great raya holiday and wish you and family happy healthy and wealthy always.

30. Semoga Ramadhan berlalu menjadikan kita "la'allakum tattaquun" dan semoga Syawal datang membawa kesederhanaan dan keinsafan buat kita.

31. Satu Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta di hari mulia. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

32. Hujung minggu pergi merempit, merempit pulak di lorong sempit, jemputlah datang ke rumah yang sempit, hidangan tersedia kuih samperit. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir Batin. Jika ada terkasar bahasa, terguris hat, harap jangan disimpan dalam hati.

33. Semoga Allah mendajikan subuhmu cahaya, zuhurmu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isyakmu keberkatan dan doamu di terima dan diberkati, rezekimu serta di buka padamu pintu syurga tanpa sempadan.

34. Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Ramadhan kerana keinsafan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan. Salam Aidilfitri.

35. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan, petir dan kilat. Kita bersedih dan tertanya-tanya hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan Pelangi. Allah berikan kita puasa, hadiahnya pahala dan hari raya. Selamat menyambut Hari Raya.

36. Alunan takbir memuji Tuhan, Meriahnya suasana tanda kemenangan, segala dosa dan kesilapan harap dimaafkan, yang termakan terminum turut dihalalkan.

37. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

38. Malam raya pasang pelita, Pelita dipasang menghias gelap, Jari disusun maaf dipinta, atas segala salah dan silap.

39. Masa untuk bersama, menghulur kemesraan, gelak tawa bahagia, damainya rasa. Lemparkan senyuman, hulurkan salaman, kini dan selamanya, ucapan Selamat Hari Raya.

Sunday, September 12, 2010

Friday, June 18, 2010

Phi Phi


Cuaca panas sepanjang hari dan Izzo bersedia sekali lagi untuk membakar kulit-kulit agar lebih kelihatan gelap. Kulit terbakar sebagai bukti untuk Izzo menjejakkan kaki ke mana-mana pulau.
Walaupun dikatakan "low season" tetapi pengunjung asing terutamanya berkulit putih agak ramai ke Pulau Phi Phi yang terletak 1 jam 40 minit menaiki bot persiaran dari Jeti di Phuket.

Ada yang memilih untuk bercuti dalam sehari dan ada juga yang memilih untuk menginap di Phi Phi beberapa malam terutamanya backpacker.

Gugusan pulau batu kapur di sekitar kepulauan tersebut tidak jemu dipandang kerana dengan gambaran yang jelas dan lebih kreatif, kita boleh sendiri untuk melihat gambaran dan bayangan bentuk fizikal seperti helang, buaya mahupun penyu. Namun itu semua bergantung kepada pandangan masing-masing. Paling istimewa, Izzo ke sana bersama isteri tercinta.

Sempat melakukan aktiviti snorkelling walaupun hidupan tidak sebegitu cantik untuk dibandingkan dengan dasar laut Redang, Perhentian, mahupun Sipadan. Selesai snorkelling, kami bersantai di Phi Phi sambil menyaksikan sampan-sampan tradisional berekor panjang yang terkenal mendarat, kesan tsunami yang masih terdapat di sana serta Teluk Maya yang sememangnya cukup mempersonakan. Walaupun cuaca amat panas, sememangnya ramai pengembara berkulit putih bermandikan cahaya matahari untuk menggelapkan kulit masing-masing.
sesi bakar kulit

Pengalaman yang indah serta disajikan keindahan alam semulajadi yang cukup cantik walaupun sehari.