Sunday, August 30, 2009

1 Malaysia



1 Malaysia

Dunia kian berubah

Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti


Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa,
Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Kita satu bangsa,
Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Sunday, August 23, 2009

Jodhpur "Kota Biru"

Berita Minggu : 23 Ogos 2009

Oleh: Mohd Zulkifli Hashim
Hampir keseluruhan bangunannya berwarna biru, memberi kesan mendamaikan


JODHPUR, sebuah kota di tengah-tengah negeri Rajasthan terkenal kerana kekuatan empayarnya sekitar abad ke-15.

Ketika itu, kota yang terletak di lokasi strategik di tengah laluan dagang utama di antara Gujerat dan Delhi, dilengkapi sistem pertahanan terkuat yang menyokong sistem pemerintahan berstruktur kemas.

Kelebihan itu menjadikan Jodhpur lokasi paling sesuai sebagai ibu negeri Marwar, iaitu nama lama Rajasthan sebelum pusat pemerintahan dipindahkan ke Jaipur.

Jodhpur dikenali Kota Biru kerana hampir seluruh bangunannya berwarna biru yang serba mendamaikan.
Ia menjadi pintu masuk ke Gurun Thar di utara India, mudah dihubungi melalui kereta api yang merangkaikannya dengan Delhi, Jaipur, Mumbai, Ahmedabad, Jaisalmer dan Ajmer.

Lebuh raya serta pengangkutan udara ke kota ini juga berkembang dengan pesat. Penulis tiba di Jodhpur dengan menaiki kereta api malam dari Jaisalmer, tetapi penginapan di kota biru berkenaan awal-awal lagi sudah ditempah, kebetulan pula pemilik penginapan di Jaisalmer dan Jodhpur saling mengenali.

Sebaik menjejak kaki di kota Jodhpur jam 5.30 pagi itu, suasana di stesen kereta api dipenuhi orang ramai yang tidur bergelimpangan di ruang tengah bangunan utama.

Tanpa melengahkan masa, penulis terus mendapatkan pengangkutan 'auto rickshaw' yang cukup popular di India menuju tempat penginapan untuk berehat kerana tidur agak terganggu ketika dalam perjalanan dari Jaisalmer.

Tidak sabar rasanya untuk berbaring atas tilam yang empuk, namun hampa kerana semua bilik masih berpenghuni dan tetamu hanya dibenarkan mendaftar masuk jam 7 pagi. Lalu sofa menjadi sasaran selepas dibenarkan pemilik rumah penginapan.

Kelihatan beberapa pengembara lain turut tiba dan kami sama-sama berehat di ruang menunggu sambil dari semasa ke semasa melihat jarum jam bergerak sehinggalah 8 pagi, namun bilik yang dijanjikan belum tersedia.

Pada wajah pemilik penginapan, kelihatan riak serba salah, mungkin resah kerana ramai pelanggan terpaksa menunggu agak lama. Perut mula 'berkeroncong' minta diisi, namun restoran di tingkat paling atas bangunan itu belum menunjukkan tanda untuk memulakan operasinya, lalu bekalan roti dan serunding daging dari Malaysia dikeluarkan dari beg sandang.

Ketika bersiap untuk menjamah hidangan, satu lagi masalah timbul apabila penulis tidak dibenar menggunakan pinggan mangkuk di rumah penginapan itu kerana pemiliknya seorang 'vegetarian' atau hanya makan sayur-sayuran. Selesai bersarapan, barulah pemilik memaklumkan bilik sudah tersedia, tetapi ia bukan di bangunan utama itu, sebaliknya milik adik angkatnya yang terletak selang beberapa bangunan dari situ.

Ketika mahu ke bangunan yang dimaksudkan, berasa diri seperti tidak begitu dilayan, lebih-lebih lagi apabila pemilik rumah penginapan memberikan layanan berlainan kepada pelanggan yang tiba selepas penulis. Terasa seperti 'dihalau secara terhormat' oleh pemilik berkenaan, mungkin kerana penulis sebelum itu memilih mengisi perut dengan serunding daging di premisnya.

Bagi penulis, kejadian itu mengajar supaya kita peka dan berhati-hati dengan sensitiviti agama, budaya serta persekitaran masyarakat, bukan saja di negara sendiri tetapi juga ketika di perantauan. Kembara ke Jodhpur diisi dengan kunjungan ke Kubu Mehrangarh yang menjadi mercu tanda utama kota ini dan kubu terbesar di Rajasthan yang tidak pernah ditakluki mana-mana pihak.

Terletak atas bukit kira-kira 150 meter bersebelahan kota lama atau Kota Biru Jodhpur, Kubu Mehrangarh bukan saja berfungsi sebagai benteng pertahanan, tetapi juga sebagai puncak pemantauan yang dapat melihat keseluruhan kota lama. Dibuka pada 1458, kubu ini kini dijadikan kompleks muzium yang mempamerkan pelbagai antikuiti peperangan dan koleksi tandu, termasuk yang digunakan di atas gajah selain kelengkapan diraja Rao Jodha.

Dengan bayaran Rs250 atau kira-kira RM18.50, termasuk caj yang dikenakan bagi kamera, kompleks muzium setinggi empat tingkat ini terserlah mesra pengunjung kerana langsung tidak menggunakan khidmat jurupandu.

Sebaliknya, lawatan pengunjung dibimbing secara audio atau melalui sistem 'audio tour' bagi menceritakan kisah di sebalik setiap objek yang dipamerkan dan lebih menarik lagi, turut dilengkapi kesan khas bunyi-bunyian zaman peperangan. Dari tebing kubu, pengunjung dapat menyaksikan maksud sebenar Kota Biru atau kota lama bekas pusat pemerintahan di Jodhpur seluas lima kilometer persegi yang menempatkan lebih sejuta penduduk itu.



Dinamakan sebegitu kerana hampir keseluruhan bangunan di situ diwarnakan biru, manakala di celah-celah bangunan pula menempatkan ruang niaga menjual pelbagai barangan. Setiap lorong dikhaskan menjual satu produk, umpamanya satu lorong menjual rempah ratus, manakala yang lain menjual tekstil, pakaian, makanan tradisional, produk besi, rotan, ubatubatan atau kelengkapan dalaman rumah yang dihasilkan secara tradisional.




PENULIS bergambar di atas Kubu Mehrangarh.



Untuk berasakan sendiri suasana hiruk-pikuk di Kota Biru, penulis memilih berjalan kaki untuk menyaksikan gelagat tawar menawar di antara peniaga dan pemborong dengan pelanggan. Kini semakin banyak rumah penginapan dibina di Kota Biru dan masing-masing menyediakan restoran di aras bumbung bagi memudahkan tetamu menyaksikan pemandangan Kubu Mehrangarh dan sekitar kota. Jika anda berpeluang ke India, tidak rugi singgah di Jodhpur yang pastinya menjanjikan pengalaman amat menarik.

INFO: Jodhpur
Diasaskan oleh Rao Jodha, ketua Rajput daripada keturunan Rathore
Bandar kedua terbesar di Rajasthan
Menempatkan banyak istana, kubu dan kuil lama
Juga dikenali sebagai Kota Matahari.

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 17, 2009

Main Salji

Bukan senang nak meyakinkan Izzo untuk berhibur sebegini. Secara kebetulan, kami semua ada program di Sri Layang di kalangan rakan-rakan senegara serta Adi dari Brunei dan Bachtiar dari Indonesia turut meluangkan masa bermain salji buatan. Dengan suhu -2 celcius, cukup untuk membuatkan telinga rasa kebas.

Tuesday, August 11, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Yang pasti, sesiapa yang telah menonton filem Ayat-ayat Cinta pastinya akan menonton filem ini juga kerana dihasilkan oleh sutradara yang sama iaitu Habiburrahman El Shirazy. Masih menceritakan kisah seorang mahasiswa Indonesia iaitu Azzam yang menuntut ilmu di Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir.

Kisah cinta Azzam bermula dengan Eliana bermula selepas bapanya meninggal dunia dan memaksa beliau untuk berniaga di Kaherah bagi menyambung pengajiannya. Dari situ beliau bertemu dengan anak Duta Besar Indonesia di Mesir.

Cinta Azzam yang berliku tidak hanya memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahsia Ilahi akan makna cinta. Kemunculan Anna, yang memikat hati Azzam menjadi misteri kepada cinta dari pandangan yang berbeza. Filem ini akan bersambung dengan kisahnya yang lain.

Izzo tidak pasti bila filem ini akan memasuki pasaran di Malaysia. Tidak cukup untuk baca novelnya sahaja dan pasti akan menonton berkali-kali bukan sahaja di internet malahan di panggung juga.

Tuesday, August 4, 2009

Aksi karaoke

Maebel & Mona


Tetiba Izzo nak berkaraoke di Cherating. Yang penting sewaktu Izzo menyanyi, ramai kawan-kawan yang turut menyanyi bersama-sama. Macam suara mereka lebih kuat dari pembesar suara. Semuanya sewaktu malam BBQ yang dianjurkan oleh pejabat tempat Izzo bekerja.


Malam BBQ yang bertemakan "Aloha" memaksa semua orang memakai bunga termasuk big boss yang sama nama dengan Izzo turut dikalungkan bunga untuknya. Sekalung tahniah untuk urus setia kerana bertungkus lumus untuk malam tersebut dilengkapkan pengacara yang sangat comel molek dan jelita.


Aksi menyanyi dengan kalungan bunga