Friday, November 30, 2012

Masjid Seoul, Itaewon

Jumaat, 2 Nov 2012

Alhamdulullah, Izzo sempat menunaikan Solat Jumaat di Pusat Islam Korea yang menempatkan Masjid Tersebar di Korea iaitu di Itaewon, Seoul. Seperti mana biasa di bandar-bandar lain, masjid merupakan tempat pertemuan rakan-rakan senegara yang beragama Islam. Termasuk Malaysia, ramai penuntut kita mengadakan pertemuan sebaik selesai solat. Di sini juga ukhwah sesama Islam ditemukan dari segenap bangsa.

Khutbah disampaikan dalam 3 bahasa iaitu Arab, Inggeris dan Korea. Pembangunan masjid ini dibiayai oleh dana seluruh negara Islam termasuk Malaysia yang banyak membantu. Saiz masjid yang agak besar dapat menampung hampir 1,000 jemaah. Kini Islam semakin berkembang di Korea termasuk di bandar-bandar utama yang lain.



Tuesday, November 27, 2012

Pendakian Gunung Cheonggye

Isnin, 5 November 2012
Cheonggye Mt., Seoul
583 Meter

Gunung ini tak tinggi mana, tidak juga sesukar mana, tetapi mendaki gunung dengan kumpulan seramai 20 peserta dan ada di kalangan peserta tidak pernah mendaki gunung, jadi masa yang lama di ambil. Itu tidak menjadi masalah kerana masa bukan ukuran kerana kami berpeluang untuk menikmati permandangan musim luruh dalam hutan ketika mendaki Cheonggye ini.

Semua peserta dibekalkan dengan kasut mendaki jenama Korea. Tentunya mahal kasut ini kerana hanya perlu di pusingkan butang untuk mengetatkan. Rasanya kasut sebegini ada dijual tapi Izzo belum nampak lagi ia dijual kerana selaku peminat tegar barangan Nike, Izzo tak pernah nampak lagi kasut sebegini.
Kasut ini dicemburui oleh wanita kerana kasut lelaki lebih menarik katanya.

Kumpulan besar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan 5 orang setiap kumpulan. Kami namakan Ganghan, dalam Bahasa Korea yang membawa maksud Power.

Ganghan, Go! Go! Go!

Anggota Ganghan tak ada masalah mendaki kerana semuanya kuat-kuat. Setiap kumpulan juga perlu ada warna temanya dan kami memilih warna oren sebagai warna rasmi. Tetapi memandangkan cuaca masih sejuk ketika awal pendakian, jaket tak dapat dibuka dan nampak warna hitam sahaja.

Memang betul sepanjang pendakian kami menikmati suasana musim luruh dalam hutan ini. Banyak tanda amaran kepada pengunjung supaya berwaspada kepada ancaman api. Ini mungkin diakibatkan oleh cuaca yang panas melampau dan juga puntung rokok yang dibuang.


Perjalanan bermula sekitar jam 10 pagi selepas senaman dan regangan. Cuaca dingin menyelubungi pada awal pendakian. Lama kelamaan, badan mula terasa panas. Baju berlapis-lapis mula ditanggalkan. Ada yang sudah berpeluh. Tapi tak lama kerana suhu dingin yang menyucuk menyebabkan mereka yang tanggal baju panas mula menyarungkannya semula.

Ketika rehat semasa pendakian, ada juga permainan dan pertandingan antara kumpulan untuk rasa lebih meriah. hahahaha. Pertandingan lompat getah dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi cubaan sebanyak 3 kali. Pastinya kumpulan kami yang menang dan melompat paling banyak.

 
OK, ready untuk melompat.

Marzita yang depan melompat awal sangat.


Selang beberapa lama, tanda-tanda hujan akan turun jelas kelihatan. Maka terpaksa disimpan kamera dalam beg dan mula untuk memakai baju hujan. Khabarnya suhu akan menjadi lebih sejuk.




Pendakian Gunung Chonggye ni tidaklah susah mana kerana Izzo seronok melihat suasana yang berbeza dengan mana-mana gunung di Malaysia, tambahan lagi musim luruh sebegini.
Anak tangga yang ke 1,000


Sebelum tiba di puncak, hujan turun agak dengan agak lebat ditambah dengan angin yang bertiup sejuk. Nah!!! rasakan sejuk. Kami sempat makan nasi yang dibalut dengan rumpai laut umpama sushi versi besar. Lapar dan sedap juga rasanya.

Kalungan pingat sebagai tamat pendakian

Sunday, November 25, 2012

Teh hijau dan kepingan emas

Sebelum keluarga angkat Izzo membuka segala koleksi seramik yang beliau kumpul, Mr. Lee sempat memberikan Izzo merasa air teh hijau bersama kepingan emas. Serbuk teh hijau bersama kepingan emas ini yang seberat 50gram berharga lebih USD 300. Jadi rasanya inilah minuman yang paling mahal Izzo pernah rasa sepanjang hayat.


Untuk menikmati rasa air teh hijau yang lebih sempurna, serbuk halus diperlukan dan sekali lagi serbuk berkenaan ditapis dengan penapis khusus. Dari situ terdapat kepingan emas yang dilarutkan bersama apabila kacau kelak.
Beberapa kepingan emas dan Bahulu dari Malaysia

Serbuk teh dan emas dikacau dengan air panas.

Tangan perlu kacau dengan pantas teh berkenaan untuk memastikan ia larut secara keseluruhan kerana jika tangan bergerak perlahan, mungkin ada teh yang tidak sebati dan tidak larut dalam air panas. Kacau sehingga terbit buih yang memenuhi seramik berkenaan
Masa untuk menikmati minuman paling mahal.

Cara bersosial masyarakat lama Korea, hanya semangkuk teh ini dan diminum beramai-ramai secara bergilir-gilir. Pastikan mangkuk seramik itu tidak  bergerak kedudukannya dan kita tahu di mana posisi mulut masing-masing. Mangkuk yang Izzo hirup ini dikongsi 3 bersama Mr. Lee dan Sang Won, anak sulung lelakinya.

3 kali Izzo menikmati teh hijau emas ini dan khabarnya ia akan membantu proses penghadaman dan meneutralkan perut.

Susah nak rasa pengalaman sebegini

Friday, November 23, 2012

Keluarga angkat di Seoul

Sabtu & Ahad, 3 dan 4 November 2012

Alhamdulillah, Izzo dapat juga keluarga angkat di Seoul, Korea Selatan ini. Selesai aktiviti berbasikal di tebing Sungai Han, Izzo ditemukan dengan keluarga angkat di Seoul. Mr Lee Bong Woo dari daerah Gangnam. Daerah untuk orang-orang kaya di Seoul dan pastinya satu dunia tahu Gangnam akibat fenomena lagu Gangnam Style. Memang di Gangnam tempat orang kaya-kaya yang obses terhadap fesyen dan barang berjenama.

Walaupun Izzo tinggal hanya 1 malam bersama keluarga ini, Mr Lee sempat bawa dan berjalan-jalan di sekitar Gangnam termasuk COEX Mall. Beliau tahu apa yang halal dan haram dan apa yang boleh dan tidak boleh di makan oleh penganut Islam. Kami makan di restoren yang hanya menghidangkan makanan laut dan sayur-sayuran. Bibimbap juga yang Izzo pilih. Sepanjang di Korea, Izzo tidak hadapai masalah dengan makanan di sini walhal lebih suka kerana rata-ratanya berkhasiat dan banyak sayur.

Mr. Lee ni punyalah baik hati orangnya. Bapa kepada 2 orang anak lelaki ini sangat minat membaca dan juga mengumpul seramik dari merata dunia. Bukan sekadar seramik yang beliau kumpul, kerana beliau mengenali siapa yang membentuk seramik tersebut. Semua seramik koleksinya terdapat tandatangan pembuatnya. Tak hairan kerana ada di antara seramik tersebut berharga lebih dari USD1,000.00. Yang paling mengharukan, beliau turut menghadiahkan sebentuk seramik koleksi kesayangannya kepada Izzo. Berat hati juga nak terima tapi apakan daya, orang memberi kita terima.


Mr Lee bersama seramik kesayangan

Sejak setahun yang lalu, keluarga ini menyimpan hasrat untuk melawat Malaysia.Khabarnya Malaysia cantik umpama syurga terutama pantai-pantai dan pulau yang cantik di sini. Berkemungkinan tahun hadapan beliau sekeluarga akan melawat Malaysia.


Anak bujang sulung, Lee Sang Won diajar pakai kain sarong

Keluarga Mr. Lee

Menu sarapan pagi yang berkhasiat


Pagi esoknya, Izzo dibawa berjalan-jalan keliling Seoul dan melawat perkampungan  tradisional Korea dicelah-celah kemodenan bangunan pencakar langit. 





Insya'Allah jika Izzo ke Seoul lagi, Izzo akan mengunjungi beliau lagi. Terima kasih Mr. Lee.

Wednesday, November 21, 2012

Berbasikal di 4 sungai di Korea

Sabtu, 3 November 2012
Lokasi = Sungai Han, Korea
Jarak = 10km
Suhu = 1 darjah
Masa = 30 minit

Dengan suhu 1 darjah sewaktu musim luruh dan ditambah tiupan angin, membuatkan tangan mula membeku. Tetapi dengan aktiviti berbasikal ia mampu untuk memanaskan badan dan sekaligus mengurangkan rasa dingin.

4 batang sungai yang ternama di Korea kini semakin mudah untuk dilawati dengan hanya berbasikal. Aktiviti ini mula giat dipromosikan untuk menarik minat penggemar sukan berkenaan dan pencinta alam sekitar bagi mengenali Korea dari pandangan yang berbeza.

Asalnya adalah laluan keretapi tetapi setelah laluan itu ditutup dan tidak lagi beroperasi, Korea menukarkannya kepada aktiviti yang lebih bermanfaat iaitu laluan berbasikal dan sekaligus menjadikan aktiviti basikal seiring dengan sungai.

rel keretapi yang masih kelihatan

Jika di tanah air, laluan keretapi sebegini boleh didapati di Sungai Padas, Sabah diantara Tenom dan Beaufort. Kita boleh bayangkan laluan keretapi, sungai dan juga bukit-bukau.

 Laluan basikal, Izzo, Sungai Han dan Bukit bukau





Walaupun jarak diambil hanya 10km tetapi dengan anggota kumpulan yang ramai dan banyak kali berhenti, ini menjadikan masa yang diambil hampir 30 minit. Itu tidak mendatangkan masalah kerana Izzo enjoy dengan aktiviti ini dan dapat menikmati permandangan indah sepanjang laluan.



 ahli kumpulan

 singgah di pusat pemuliharaan sungai

Sunday, November 18, 2012

Musim luruh di Korea

Autumn in my heart !!

Tidak dapat dinafikan musim luruh antara musim yang cantik dan paling sesuai untuk berjalan. Meskipun suhu dingin tapi masih sesuai untuk bergerak. Korea yang giat mempromosikan pelancongan 4 musim terutamanya di negara Asia Tenggara memang berkesan kerana permandangan musim luruh di Korea memang cantik.

Izzo tiba di Korea ketika daun sedang berwarna kuning, emas, merah, purple dan juga kehijauan. Daun-daun yang sedang menunggu masa untuk gugur. Tiba saat pulang ke tanah air, sebahagian daun telah gugur dan menunggu musim sejuk dan dijangkakan salji mulai turun awal Disember di Korea.

Sememangnya kawasan taman dan kawasan luar bandar di Korea lebih cantik mencari gambar terbaik ketika musim luruh ini. Tak perlu gambar bangunan dan kenderaan yang mencacatkan permancangan indah ini.

 Berjalan ketika musim luruh



Musim buah pisang kaki ketika ini. 


 pancaran matahari di sebalik daun kemerahan





Saturday, November 17, 2012

Hari Pertama di Seoul

28 Oktober 2012

Tiba di Hotel sekitar jam 8 pagi waktu Korea, Izzo diarahkan berjalan mengelilingi Seoul sehingga jam 3 petang. Yeouido Hangang Park, National Assembly Library dan hirup sup di sebuah restoren Korea yang agak tersembunyi. Semuanya menggunakan subway di Seoul. Yeee Haaa, Izzo tak ada masalah menggunakan subway kerana Seoul cukup mudah untuk bergerak terutama menggunakan subway. Dengan pengalaman menggunakan subway di beberapa bandar utama dunia yang lain, subway di Seoul seperti yang lain dan cukup efisyen untuk digunakan.

Pagi Ahad, penduduk Seoul aktif dengan aktiviti riadah. Mana-mana tempat lapang dan taman-taman hampir dipenuhi oleh rakyatnya yang berjumlah 10 juta jiwa ini.

Ketika menghampiri sasaran utama di Yeouido Hangang Park yang terletak di selatan Seoul, ternampak acara larian. Ooooo ada Nike Run di Seoul rupanya. Serentak dengan Nike Run di KL. Tapi larian di Seoul bermula pukul 12 tengah hari. Yaaaa, 12 tengah hari kerana cuaca paling sesuai diadakan pada tengah hari. Walaupun musim luruh tetapi suhu maksimumnya 13 celcius pada hari berkenaan.

mereka yang memeriahkan Nike Run

Jalan punya jalan Izzo terserempak dengan makhluk ini yang berlegar-legar di sekitar taman (lupa nama) tempat permulaan Nike Run. Menyedari Izzo orang asing, terus makhluk ini datang bersalaman dan berpelukan. Ada kawan perempuan dalam kumpulan Izzo ini tidak pula disalamnya. Bagus!! Mereka tidak bersalam dengan wanita sebaliknya tunduk hormat sahaja.
Yoda


Akhirnya, tiba di destinasi pertama. Walaupun tengahari, masih ramai yang beriadah di sini. Ada berbasikal, berkelah, main layang-layang, jogging dan bermain bola. Suhu yang dingin tetapi Izzo masih lagi boleh memakai t-shirt.
Yeouido Hangang Park

Berlatar belakangkan Sungai Han yang terkenal di Korea atau bekas Presiden Korea mengatakan, "Korea bangkit kerana keajaiban Sungai Han". Sungai ini membawa makna yang cukup berharga kepada rakyat Korea.

Si kecik sedang bercanda dengan sahabatnya di tepi sungai


Selesai dengan destinasi pertama, kami seterusnya Izzo seterusya menuju ke destinasi berikutnya iaitu sebuah restoren yang agak kurang terkenal di Seoul dan juga National Assembly Library. Ketika itu perut dah mula terasa untuk diisi makanan. Izzo agak kurang berselera untuk sarapan di atas pesawat kerana waktu sarapan sekitar 5 pagi. Alah bisa tegal biasa, ada seorang ajuma (makcik) yang menjual ubi rebus yang sedap lagi manis. Sekejap saja habis ditelan.

Rasanya sepanjang perjalanan di antara Yeouido Hangang Park ke Library dan juga restoren tu, lebih dari 20 orang Izzo bertanyakan penduduk Seoul terutamanya restoren yang dicari. Untuk mencari Library tiada masalah kerana ia terletak di sebelah National Assembly sahaja.
Adegan bertanya penduduk

Nampaknya misi mencari restoren tidak dijumpai. Tapi jalan punya jalan, dah sampai pun ke National Assembly. Terus saja masuk ke situ dan mencari Library yang terletak di sebelahnya. Arahannya, Izzo perlu bergambar di sudut kebudayaan dan petugas library tersebut.

National Assembly

Sudut kebudayaan di aras 2, tapi aras 2 tu luas. Terus sahaja bertanyakan seseorang petugas di mana-mana kaunter. Di library berkenaan semua papan tanda di tulis dalam bahasa Korea, jadi Izzo tak tahu yang mana satu sudut kebudayaan. OK, tetiba di layan dengan baik sekali dan petugas tersebut membantu sambil membuka buku berunur kebudayaan Korea dan juga kami bergambar dengan patung di salah satu sudut library.
bergambar dengan staff yang comel


Memandangkan petugas berkenaan dapat berkomunikasi dengan bahasa Inggeris walaupun tersangkut-sangkut, Izzo meminta bantuan untuk mencari lokasi library berkenaan. Ya, si dia tahu di mana restoren tu tapi katanya memang agak susah nak ketemu kerana sikit tersembunyi. Di carinya di google map dan di print bangunan berkenaan. Hanya bangunan yang boleh dibantu dan bukannya restoren kerana tiada nama restoren tu di google. Mungkin petugas ni pernah ke restoren tu. Cik cantik molek, terima kasih kerana banyak membantu.

Dalam 500 meter agaknya di cari restoren dari Library. banyak lorong-lorong kecil di celah-celah bangunan. Izzo bertanya lagi dimanakah restoren tersebut. Silap masuk restoren tu perkara biasa. Malu bertanya sesat jalan.

Silap masuk restoren

Akhirnya restoren dijumpai di aras 2 sebuah bangunan yang agak terpencil. Kena naik elevator dan bertemu dengan pengurusnya. Tapi memandangkan Hari Ahad, restoren tidak dapat beroperasi. Jadi, misi untuk menghirup sup di restoren tersebut tidak berjaya tetapi Izzo jejakkan kaki juga ke situ.Tamat sudah misi ini dan perut terasa memang lapar. Coffee Bean juga menjadi sasaran tengah hari tu

Malam hari, Izzo ke Myeong Dong yang tak jauh dari tempat penginapan. Setiap malam meriah dengan aktiviti jualan sana-sini. 2 minggu di sini, rasanya tempat ini Izzo ke Myeong Dong dalam 5 kali.