Friday, September 19, 2008

Aidilfitri dulu-dulu


Aidilfitri 1423

Tanpa disedari hampir setiap tahun, selalunya ada sesi fotografi pada pagi Aidilfitri. Penetapan warna baju biasanya ditetapkan oleh kekanda Azizah dari Arau setiap tahun. Tahun demi tahun, tanpa disedari sudah lebih dari 10 pasang Baju Melayu dalam koleksi sejak dahulu yang masih boleh digunakan hingga kini.


Aidilfitri 1425


Memandangkan hanya tinggal 2 orang sahaja anak lelaki bujang dalam keluarga ini, maka kedua-dua anak lelaki itu sahaja yang balik ke Bukit Goh, Kuantan setiap tahun. Keluarga yang mempunyai mertua dah tentu bergilir tiap-tiap tahun.



Aidilfitri 1426


Tema warna merah, biru, hijau, kelabu semuanya pernah digunakan termasuk warna kuning beberapa tahun lepas yang tiada dalam gambar.



Aidilfitri 1428


Menunggu warna baju tahun Aidilfitri 1429 pula lepas ni.

Wednesday, September 17, 2008

Sungkai di Bagan Lalang

Tujuan perjalanan ini antaranya untuk berbuka puasa bersama rakan berbangsa Cina yang turut berpuasa pada hari tersebut dan juga menambah bacaan kilometer Adriana Lima yang baru berusia 2 minggu.

Asroll dan Achoi

Kami memilih Bagan Lalang untuk destinasi yang ideal melalui Putrajaya, KLIA & Sg. Pelek. Pantai Bagan Lalang agak kotor sebenarnya dan kurang sesuai untuk mandi manda. Namun apa yang menarik di Selat Melaka ini adalah permandangan ketika matahari terbenam.

Sunday, September 14, 2008

Kad Raya Aidilfitri

Pastinya setiap tahun, kad raya ini masih lagi manjadi amalan untuk diutuskan kepada semua sanak saudara, sahabat handai dan teman-teman istimewa kita.

"...kadangkala hati berburuk sangka,
Langkah membekas lara,
Kata tidak terjaga,
Tingkah menoreh luka,
Andai jari tak kuasa berjabat,
Setidaknya kata masih dapat terungkap.."

Kepada semua sahabat handai, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali Izzo..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Maaf Zahir Batin