Utara membawa berita Selatan membawa utusan Timur membawa makmur Barat membawa rahmat
Sunday, November 29, 2009
Biru Tengah Sawah
Wednesday, November 25, 2009
Cabaran X-Trail
Sunday, November 22, 2009
Pendakian Bukit Lalang
Setelah janji oleh seorang sahabat untuk mendaki bukit lalang ini dibatalkan, Izzo hanya mengambil keputusan untuk berada di rumah sahaja sambil menonton dokumentari tentang negarawan ulung, Tun Dr Mahathir di saluran 555 Astro. Selepas habis, adinda Sofian mengajak Izzo untuk mendaki bukit tersebut. Mmmmm, seolah-olah dia tahu pula yang Izzo berhajat ke situ. Walaupun jam telah menunjukkan jam 11 dalam keadaan cuaca redup, kami terus bersiap untuk ke sana yang terletak kira-kira 20 minit sahaja perjalanan dari Mines.
Izzo sengaja menamakannya Bukit Lalang kerana lebih sesuai untuk nama berikut daripada dipanggil dengan nama sebutannya. Perjalanan yang bermula dari kawasan ladang kelapa sawit dan terus memasuki kawasan belukar serta terus ke kawasan puncak di bukit lalang ini. X-Trail Izzo diuji di kawasan kelapa sawit tersebut dan melaluinya tanpa sebarang masalah mendaki bukit.
lalang di Bukit LalangSofian yang tercungap-cungap
Tiba di puncak, angin bertiup kencang dengan dikelilingi lalang serta permandangan 360 yang berbeza di setiap sudut. Ada kawasan perumahan, ladang kelapa sawit, hutan simpan, serta kawasan hutan yang telah ditebang untuk pembangunan.
Izzo @ Bukit Lalang
Kelihatan beberapa jurugambar amatur yang mendaki sama ada dalam kumpulan kecil, kumpulan berkeluarga mahupun warga emas yang mendaki bukit tersebut. Pengalaman yang seronok pada hujung minggu untuk diisi dengan aktiviti sebegini.
Friday, November 13, 2009
Pulau Impian
Sunday, November 8, 2009
Lautan Merah
Sunday, November 1, 2009
Futsal @ Pancarona
Hujan renyai-renyai sepanjang permainan tidak langsung membantutkan permainan yang bermula dari 8.30 hingga 5pm yang disertai 28 pasukan. Pasukan kami yang mampu mendapat tempat ke-3 di peringkat kumpulan tak layak untuk memasuki pusingan seterusnya.
1-9













