6 Nov 2012
850am, Ontime
Perjalanan dan pengalaman menjelajah seluruh Korea Selatan ini menarik dengan menaiki perkhidmatan keretapi laju yang dikenali KTX, lebih lebih lagi menghubungkan Seoul dengan Busan, iaitu bandar kedua tersebesar di Korea Selatan dan bandar pelabuhan ke-2 tersibuk di dunia selepas Shanghai. Singapore dan Hong Kong bukan lagi dalam ranking 1,2.
Dari Seoul, kita boleh ke Busan dengan pengangkutan awam sama ada menaiki pesawat, bas ataupun perkhidmatan utama iaitu keretapi. Terdapat jua perkhidmatan keretapi biasa ke Busan tetapi mengambil masa hampir 5 jam dengan banyak perhentian dan keretapi ekspress KTX hanya mengambil masa 2 jam 50 minit dengan jarak lebih 500km. Stesen keretapi Seoul agak sibuk terutamanya waktu pagi. Alah bisa tegal biasa, penduduknya sentiasa bergerak pantas dengan berjalan laju. Tidak perlu khuatir ketepatan masa keretapi kerana semuanya menepati jadual.
Izzo di hadapan Seoul Central Station
Beberapa trek keretapi yang sedang menunggu masa untuk berlepas
orang curi-curi snap
Ini merupakan pengalaman menaiki tren laju di negara ke-4 bagi Izzo selepas Shinkansen di Jepun, TGV di Perancis, dan ICE di Jerman yang semuanya bergerak lebih dari 200km/jam. Keretapi di China, masih belum sempat rasa bagaimana lajunya.
Saiznya sederhana besar dan berbanding Shinkashen yang mampu memuatkan 5 penumpang dalam satu baris, tetapi KTX ini hanya 4 penumpang. Kerusinya tidak boleh dipusingkan mengikut arah perjalanan, maka Izzo terpaksa mengadap ke belakang sepanjang perjalanan.
Seperti mana biasa, bagi mereka yang pertama kali menaikinya, tentu banyak gambar untuk diambil. Itu hanyalah pada awal perjalanan, tetapi lama-kelamaan tiada lagi kedengaran bunyi kamera dipetik.
Tren berkelajuan maksimum 300km/jam berlepas dari Seoul dan tiba di Busan tepat pada waktunya.
Busan Station
Selesai makan tengah hari, Izzo sempat melawat ke tempat membina kapal Daewoo yang tidak begitu jauh dari Busan. Daewoo merupakan syarikat ketiga terbesar di dunia dalam pembinaan kapal.
Wilayah di selatan semenanjung Korea ini terdapat begitu banyak pulau-pulau kecil sama ada berpenghuni dan sebaliknya. Untuk menghubungkan diantara pulau ke-pulau, begitu banyak jambatan dibina dan juga terowong bawah laut untuk merentasinya. Tentunya ini memakan kos yang berganda, tetapi semua teknologi mekanikalnya adalah dari Korea, maka kos itu dapat dikurangkan. Ini yang patut kita pelajari supaya menguasai teknologi kejuruteraan dan apabila semua mesin dapat dihasilkan sendiri tanpa perlu import, ia sekaligus meminimumkan kos.