Sunday, December 9, 2012

Korean Traditional Style, Gokseong

7 Nov 2012
Gwangyang Village & Gokseong resort


Dalam banyak-banyak kali Izzo makan di Korea, rasanya makan di sini adalah yang terbaik dan yang paling sedap. Itulah selera kampung di Korea dan hasil air tangan wanita luar bandar di sini. Walaupun menunya hampir sama dengan mana-mana restoren, tapi rasanya bebeza terutama kimchi, jeruk, seaweed dan juga ikan bakar yang dibakar dengan minyak bijan katanya.


Selesai makan, Izzo diberi penerangan berkenaan program luar bandar di sini terutama aktiviti masyarakat dan juga perniagaan yang dijalankan secara IT. Walaupun berpenghuni hanya dalam 300 penduduk dan kurang dari 100 rumah, tetapi aktiviti pertaniannya berskla sederhana besar dan mendapat permintaan tinggi dari wilayah ini. Mereka hanya taman pisang kaki untuk dipasaran luar.

Bayangkan, penduduk kampung ini mempunyai laman web dan juga mereka pasarkan hasil perniagaan dengan internet sahaja. Itu sudah cukup untuk menyara keluarga mereka dan dapat hidup yang selesa.

Ok, sebagai cenderamata, Izzo diberi kipas kosong dan diarahkan melukis pemandangan. Kemudian diwarna oleh artis tempatan. Itulah cenderamata unik dari sini.



Cenderamata bikin sendiri

Penginapan malam ini, dirumah tradisional Korea, Gokseong. Rumah papan dan beratap jerami serta berlantaikan kayu yang turut dilengkapi rasa panas. Memang cantk tempat ni.

curi-curi snap





Malam hari, kami adakan aktiviti BBQ dengan daging halal yang dibeli dari Itaewon, Seoul.
Syok rasanya dapat BBQ dalam suasana sejuk pada suhu 3 celcius.

No comments: