Tuesday, September 1, 2009

Kisah Tandas OKU

Antara beberapa perkara yang Izzo kerap lakukan adalah sentiasa memilih Tandas Orang Kurang Upaya (OKU) sama ada di lapangan terbang, pusat beli-belah, bangunan pejabat, tempat rehat & rawat atau di mana-mana tempat yang lain. Antara sebabnya;
1- tandas lebih bersih.
2- ruang yang lebih luas
3- tidak ramai pengguna
4- lebih selesa berbanding tandas-tandas lain.

Namun Izzo akur dengan keutamaan tetap diberikan kepada golongan OKU atau golongan lain yang lebih memerlukan penggunaannya.

Baru-baru ini Izzo menghadiri satu persidangan yang dihadiri lebih dari peserta di salah sebuah dewan serbaguna di Putrajaya. Menjadi kebiasaan juga sepanjang Ramadhan, cuaca lebih sejuk berbanding sebelumnya sama ada di luar atau di dalam bangunan. Maka, menyebabkan ramai peserta kerap ke bilik air. Dengan kuantiti bilik air yang terhad, Izzo seperti biasa memilih untuk menggunakan tandas OKU. Lokasi tandas tersebut juga agak terpencil berbanding lokasi tandas yang lain.

Selesai proses perkumuhan, Izzo dapati pintu tandas OKU tidak dapat dibuka kerana penyelaknya tersangkut di bahagian dalam. OoooOoooOOOooo cuba dan cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Lebih dari 10 minit mencuba, perasaan cemas mula datang. Cuba dan cuba lagi hingga terpaksa mengetuk beberapa kali pintu tersebut. Namun tetap tidak berjaya. Izzo menelefon rakan sekerja yang dari bangunan yang berbeza untuk meminta bantuan dan beliau tiba kira-kira 10 minit berkenaan memandangkan Izzo telah terperangkap di dalam tandas OKU lebih daripada 20 minit.

Sebaik rakan tersebut tiba, beliau cuba untuk membuka pintu tersebut dari luar namun tidak berjaya. Kemudian mendapatkan bantuan dari pekerja am untuk mendapatkan kunci. Namun kata pekerja am berkenaan, tandas OKU tidak mempunyai kunci dari luar sebaliknya hanya kunci selak dari bahagian dalam sahaja. Izzo hanya banyangkan pintu tersebut perlu dipecahkan sahaja untuk keluar dari tandas OKU tersebut. Cuba dan cuba lagi untuk membuka pintu dari dalam namun tidak berjaya.

Keadaan di luar semakin ramai orang yang cuba untuk membuka pintu tandas berkenaan termasuk beberapa ahli persidangan yang cuba memerhati apa yang terjadi di tandas berkenaan. Hampir 10 minit juruteknik bangunan tiba untuk membantu. Dengan membawa sebilah spanar dan mengcungkil bahagian tombol pintu dari arah luar, Izzo berjaya keluar dari perangkap tersebut dengan perasaan yang amat lega. Banyangkan terperangkap dalam tandas lebih dari 30 minit!!

Kata juruteknik, ini merupakan kes kedua yang berlaku di tandas berkenaan dan Izzo cuma bayangkan jika berlaku kepada warga OKU yang sebenar. Mungkin lebih parah lagi dan masa yang diambil pastinya lebih lama dari itu.

Sedangkan persidangan separuh hari yang dianjurkan masih berlansung, Izzo terus pulang ke tempat kerja tanpa menghabiskan sesi persidangan berkenaan. Oh !!! Kisah di Tandas OKU ini menyebabkan Izzo lebih berhati-hati kepada kunci tetapi tidak menghalang untuk Izzo menggunakan tandas berkenaan lagi di mana-mana tempat.

5 comments:

Yaya said...

nasib bejaya kuar dr tandas tu eh huhuu

selamat berposa izzo
baju raye dah siap ke he he

IZZO said...

Selamat berpuasa juga.
Baju beli saja saiz M.

Harisz Hashim said...

Apa tindakan anda jika wartawan dan jurugambar sedia menunggu sebaik pintu tandas dibuka?

Heheheh.....selamat berpuasa!

laily said...

Hmm terperangkap dalam tandas OKU, kesian juga kalau yg terperangkap tu OKU kan.Eh bukan ke tandas OKU utk OKU sahaja kenapa pulak Izzo boleh terperangkap di situ, kalau ada OKU yg terdesak nak menggunakan tandas tu macamana ?persoalan yang timbul mungkin agak sukar nak di jawab. Maaf kalau agak kasar bunyinye. Selamat berpuasa, malam ini malam ke 21 tinggal lagi 9 malam yang terakhir semoga kita dapat memanafaatkannya.Insyaallah

IZZO said...

Haris,
Wartawan dengan jurugambar ada depan pintu, tunjuk tanda "peace"

Kak Laily,
Guna tandas OKU tak lama pun. Saya akan minta maaf jika ada pengguna OKU yang menunggu. Kemudahan Tandas OKU tandas saja yang saya guna. Parkir atau kemudahan lain saya tak guna sebab bapa saya sendiri pun guna kerusi roda.