Wednesday, November 25, 2009

Cabaran X-Trail

Lebih setahun X-Trail ini dipandu, hanya beberapa ketika sahaja dipandu uji dengan cabaran yang sebenar. Dengan erti kata lain "off-road". Kesempatan memasuki kawasan ladang kelapa sawit, menaiki bukit dengan jalan selepas hujan agak mencabar juga untuk di uji X-Trail ini. Dengan menetapkan mode "Lock" kepada aturan bacaan 4WD, X-Trail ini langsung tidak menghadapi sebarang masalah berdepan dengan permukaan jalan yang tidak seimbang, berlopak, lecah, licin serta mendaki bukit. Sempat juga dirakam detik-detik itu walaupun ketika cabaran sebenar, co-pilot berada dalam X-Trail.



2 comments:

zamz said...

kebun kepala sawit kat kaki broga kan??

IZZO said...

yer, aku siap parking sampai ke atas. Saja mau uji jentera ni.