Kali pertama jejak kaki di Tasik Chini pada 1997. Maksudnya 14 tahun yang lalu. Tasik Chini banyak berubah. Teratai yang dahulunya tumbuh meliar di Tasik Chini makin sukar ditemui kerana diancam oleh tumbuhan ekor kucing di tasik berkenaan.
Lagenda Naga Tasik Chini hanya sebagai kisah masyarakat setempat yang dahulunya wujud perkampungan purba di dasar tasik berkenaan. Naga gumum tersebut turut mendiami kawasan perkampungan itu dan kadang kalanya muncul menjengah kepalanya. Hingga hari ini, tiada fakta sahih tentang kisah tersebut cuma pengkaji bahasa yang berminat untuk menyelidikinya kerana Izzo difahamkan kisahnya mempunyai kaitan dengan masyarakat Khmer.
Tasik Chini turut mempunyai hubung kaitnya dengan Sungai Pahang kerana, ketika hujan lebat, Tasik ini menjadi takungan kepada limpahan dari Sungai Pahang untuk mengelakkan banjir besar kepada Bandar Pekan di hilirnya. Ketika musim kemarau, air di Sungai Pahang akan diempang untuk mengekalkan kedalaman Tasik Chini.
Banyak program boleh di atur di Tasik Chini sama ada untuk pelancongan, pendidikan mahupun perkhemahan. Kali ini, Izzo ke Tasik Chini mengikuti program konservasi Tasik Chini, Manusia dan Biosfera dengan kerjasama Prof. Dato' Dr. Mushrifah Idris dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 
No comments:
Post a Comment