Saturday, September 22, 2012

Pulau Pinang

Si kecik ni menjelajah pulau saja nampaknya. Nak jejak asal-usul mamak dan mami kot. Memang menjadi kebiasaan, Izzo lebih selesa menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi selat yang agak tenang itu.



 4 hari kami di sini dan terus ke tempat penginapan di Tanjung Bunga. Pantainya sekadar biasa saja.


 pandang kiri pandang kanan
 taknak mandi dalam bath tub, tapi nak mandi di sinki pasal depan cermin 


 melawat toys museum di depan hotel

 ready for dinner

Penang Hill berwajah baru, tiada lagi keretapi Bukit Bendera yang bewarna merah yang terkenal tu. Tiada lagi stesen pertengahan. Sebaliknya keretapi bukit yang bari ini begitu laju umpama LRT di KL. Pendakian keretapi dari stesen bawah tanpa henti dan terus tiba di stesen puncak melainkan mengambil penumpang di beberapa rumah sekitarnya. Mungkin ini bertujuan untuk mempercepatkan mobiliti pengunjung ke Bukit Bendera cuma orang-orang lama kehilangan nostalgia mereka.

 Penang Hill


Peminat nasi kandar iaitu ayahanda dan bonda Arissa ni tak terkecuali menikmati 2 nasi kandar terkenal di Penang ni. Malam sebelum tu lagi kami singgah di Nasi Kandar Beratur di sebelah Masjid Kapitan Kling, dan hari terakhir singgah makan tengah hari di Penang Road untuk Nasi Kandar Line Clear
 Penang Road
Bye bye Penang

Thursday, September 20, 2012

Pusing seluruh LaNgkAWi

Pertama kali menaiki pesawat, aku bawa si kecik ni ke bumi mahsuri. Memang geraklakunya teruja dan tak senang duduk dalam pesawat Malaysia Airlines. Arghhh si kecik ni menangis ketika pesawat turun dan mungkin pertama kali dia rasa tidak selesa dengan telinganya sedikit berdengung ketika itu.

Trip ke Langkawi ini rata-ratanya santai sahaja memandangkan kami sekeluarga menginap di Kuah yang terkenal dengan aktiviti membeli-belah. Apa lagi, keghairahan membeli pinggan mangkuk yang berjenama menjadi sasaran dan memang itu antara hajat utamanya. Di tambah dengan semangat untuk menduduki rumah baru di Taman Sutera.


Seronok dengan pelampung yang dibeli si kecik ini dapat mandi di bath tub saja pasal selalunya hujan. Tak dapat nak berenang di swimming pool Bayview Hotel. Tapi di Juta Mines, si kecik ni boleh mandi di swimming pool yang luas tu bila-bila masa.

Kami betul-betul pusing satu Langkawi. Sepanjang 4 hari, hujan memanjang dan sepanjang 4 hari tu juga cable car di Oriental Village menuju ke Gunung Matcinchang di tutup kepada orang ramai. Apakan daya, mungkin 3 atau 4 tahun lagi kena datang lagi untuk naik cable car besama si kecik ni.

Pantai Chenang dah berapa kali pusing, Pekan Kuah apatah lagi hingga dah boleh bandingkan harga Noritake, Corelle, Vision dan jenama apa ntah lagi diantara Haji Ismail Group, Zeno, Idaman Suri dan Chandek Kura.

Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam, Pebble Beach, Teluk Datai, Pantai Kok, Oriental Village semuanya dah jejaki. Sayangnya hujan dan tak banyak aktiviti. Tak kesampaian untuk ke Dayang Bunting.

Makam mahsuri dah jauh berubah. Dah jadi kompleks pun dan lengkap segalanya. Dahulu, pusaranya hanya bewarna putih kecik aja, tapi kini dah bulat besar.

Itu antara trip awal kami pusing pulau ini dan nampak suasana mendung ketika tu.



 Perjalanan ke Teluk Datai
 Pebble beach mengadap Laut Andaman


Hujan sepanjang hari. Dalam kereta sewa pun tak ada payung. Kami tukar fikiran untuk melawat ke indoor sahaja. Ideal untuk melawat Underwaterworld. Izzo sendiri dah 3 kali ke sini. Tapi Arissa masih kecil lagi dan tak dapat sangat nak bejalar tentang haiwan. Tapi bonda dia yang teruja pasal kali pertama ke sini. sebenarnya juga, inilah kali pertama bondanya jejak kaki ke Langkawi.
 Kesian tengok penguin yang dikurungkan
 Arissa dah menguap
Melalui terowong. Ikan jerung dan pari gergasi atas kepala. Abaikan si baju pink.



Tamat pusing, hari tu juga kami balik dengan pesawat jam 750 kot. Kawan Arissa, si Ammara yang patutnya balik jam 3 petang terpaksa menunggu lebih 6 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana pesawatnya lewat dan ditangguhkan lebih 5 jam akibat masalah teknikal. Kami yang tiba jam 6 di Airport dapat menaiki pesawat jam 730 dan simpati pula tengok Ammara bersama mama dan papanya menaiki pesawat selepas kami. Mereka berusaha nak tukar pesawat yang lebih awal tapi tidak dibenarkan. 
 2 bapak yang gelak tapi si kecik buat tak tau
 LO VE di Langkawi bersama si kecik


Wednesday, September 19, 2012

Bali dulu-dulu


Kali pertama ke Bali pada cuti sempena Tahun Baru Cina 2008. Bali masih cantik seperti dahulu cuma semakin sesak dengan pengunjung dan bangunan baru.


Tegallang
Kecak
Batu Bolong
Tanah Lot
Kintamani

Friday, September 14, 2012

Arissa ke Bali

September 2012. Arissa berpeluang melancong ke Pulau Dewata Bali bersama ayahanda dan bondanya.


 Teruja menaiki ERL
 hadapan villa di Seminyak
 seronok melompat di atas katil

 menunggu saat matahari terbenam di pantai Legian
 saat matahari terbenam
 bermain-main sekitar villa
 pak supir, Ketut Wahyu Purnama

 Barong
 padi teres di Tegalalang

 makan tengah hari sambil menatap Gunung Batur di Kintamani

 rumah tradisional Bali
 Arissa dan peminat


 Dalam pelukan ayahanda di Pura Batu Bolong
 bertemu sahabat dari Denmark
 Tanah Lot

 Pura di Bedugul
Tarian Kecak