Thursday, November 15, 2012

KUA KUL ICN

KUA KUL
Sabtu 27 Oktober 2012
MH 1281/ Seat 7D
B737-800
Load Factor 90%
ETD 1735/ ATD 1730
ETA 2005/ ATA 2010

Perjalanan ke Korea ini bermula pada Hari Raya Haji Kedua, maksudnya masih dalam hari Tasyrik pada kala umat Islam sedang menjalani ibadah korban. Check-in di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Padang Geroda, Kuantan tiada masalah kerana Izzo terus check-in luggage di KUA dan terus ke ICN.

Penerbangan lancar dan pesawat agak penuh dengan ramai pelancong asing dan juga warga kota yang pulang semula ke Lembah Klang.

Good Bye Kuantan

Pesawat mendarat di KUL 5 minit sebelum waktunya cuma kami terpaksa menunggu dalam pesawat lebih 10 minit kerana Main Terminal Building di KUL pintu A dan B penuh dengan pesawat lain. Itu tiada halangan kerana Izzo banyak masa di KUL untuk besenang lenang.


KUL ICN

Sabtu 27 Oktober 2012
MH 066/ Seat 6D
A330-300
Load Factor 100%
ETD 2330/ ATD 2345
ETA 0610/ ATA 0605

Terbang ke Korea sebagai penumpang di kelas perniagaan, rasanya seperti tetamu kehormat dan dilayan bak VVIP oleh anak-anak kapal terbaik di dunia. Penerbangan ini yang dikatakan red eye flight ini memang tak dapat nak enjoy sepenuhnya kerana mata mengantuk tetapi susah nak tidur meskipun kerusi dapat di selantingkan hingga 81darjah.

Sebelum itu, Izzo dah menikmati makanan di Golden Lounge MH di Bangunan Satelit KLIA. Jadi tak perlu nak makan beria-ia dalam pesawat.

Pesawat yang dinaiki merupakan siri baru A330-300. Reka bentuk dalamannya yang hebat, skrin yang lebih besar dan ruang kaki yang luas. Tapi tak banyak gambar di ambil kerana Izzo mengantuk tetapi susah mau tidur. Keseluruhannya akan diceritakan dalam penerbangan balik nanti.

Tiba di Incheon (ICN) dan inilah Lapangan Terbang Terbaik Dunia. Memang hebat dan mudah untuk ke tempat. Papan tanda yang jelas memudahkan untuk semua pelancong. Meskipun pintu MH di kawasan concourse (seumpama bangunan satelit KLIA), kami mudah ke bangunan utamanya dengan manaiki aerotrain.

 Incheon International Airport


Saturday, November 10, 2012

Merapi

Dapat dilihat dari Candi Borobudur, tapi kali ni terus pergi ke Gunung Merapi. Maaf Izzo tak dapat kebenaran untuk mendaki gunung ini atas sebab keselamatan ketika itu. Jelas kelihatan bau sulfur yang keluar dari puncak gunung tu. Kesan letusan gunung ini telah mengorbankan penjaga kunci pintunya di Kaliurang, Embah Marijan.

Kesan gunung berapi di rumah yang ditinggalkan

Tanah yang subur untuk dibangunkan

Wednesday, November 7, 2012

Borobudur

Berlatarbelakangkan Gunung Merapi di sebelah Timur, permandangan saat matahari terbit dari candi borobudur ini lebih indah. Pembiasan cahaya sang suria dan bayangan candi ini menceritakan bagaimana perubahan suasana gelap menjadi terang dan terus menerangi bumi Yogjakarta.

Tempat Izzo menginap hanya sepelaung dari candi ini dan memang sengaja Izzo memilih ke sini pada awal pagi untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan candi ini.

Tak perlu nak ceritakan pasal candi ni pasal semuanya ada di internet. Tengoklah saat-saat ini


Stupa-stupa bertingkat

Ini bukan patung


Friday, November 2, 2012

Keraton Yogjakarta

Keraton jarang ditemui di Indonesia tetapi di Yogjakarta Keraton begitu terkenal dan masih menjadi tempat tinggal rasmi sultan namun kini menjadi muzium untuk dilawati. Sejarah epik jawa yang terkenal banyak terdapat disini.
Batik Indonesia


Dalam Keraton ini juga terdapat Taman Sari yang merupakan tempat rekreasi atau kolam bagi Puteri Sultan ketika itu. Pandangan Izzo pemeliharaan kawasan yang dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini penting kerana nilai-nilai estetika sebegini cukup bermakna tambahan Jawa bukan lagi ditadbir oleh Monarki. Sadis melihat sebahagian kawasan ini terkena tempias akibat gempa bumi yang melanda Yogjakarta.

Pintu ke Taman Sari
Pintu ke Taman Sari
Ruang rehat Keraton


Jalan-jalan di Keraton, terdapat juga karya lukisan penduduk setempat. Izzo berkenan dengan lukisan RamaShinta. Termasuk juga lukisan karya Ciptoneng yang berlatar belakang warna biru. Lukisan RamaShinta ini khabarnya dilukis oleh beliau di sedangkan Izzo perhatikan terdapat pelukis lain di galeri berkenaan melukis karya yang sama tapi saiz yang berbeza. Entah tipu atau tidak tapi rasanya tipu agaknya. Izzo beli juga hasil seni berkenaan dan kini masih lagi di Juta Mines. Maka, Iran yang menyewa unit di Juta Mines berkenaan dapat menatap lukisan RamaShinta berkenaan dan juga individu yang mendakwa karya beliau.

Lukisannya

Tuesday, October 30, 2012

Kronologi matahari terbit

Kini Izzo berada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pantai yang lebih cantik dan luas memang terkenal. Suasana sebegini, Izzo rakamkan ketika bercuti di Cherating.