Bila tengok keputusan di papan kenyataan JPJ petang Khamis yang lalu agak hampa juga sebenarnya tapi bila difikirkan balik, Izzo ada banyak lagi peluang untuk membida nombor yang dihajatkan. WRR 2212 yang ditunggu-tunggu selama ni, hanya sekadar mimpi indah buat seketika waktu. Tak secantik mana pun nombor tu tapi cukup signifikan kepada Izzo.
Ada hikmah juga disebaliknya untuk Izzo tak dapat untuk memiliki plat WRR. Sebabnya plat berkenaan akan mula keluar pada 5 Ogos 2008 dan pada ketika itu kadar faedah di bank telah meningkat kepada 3.8% berbanding kadar faedah yang telah diluluskan untuk Izzo iaitu hanya 2.4%. Kadar faedah itu hanya sah sehingga penghujung Julai sahaja. Ini berikutan peningkatan kadar inflasi negara yang mencecah kepada 7.7% dan terburuk sejak 27 tahun yang lalu.
Jika Izzo berkeras untuk memiliki nombor plat WRR berkenaan, bezanya setiap bulan, Izzo terpaksa membayar beza sebanyak RM142.80 sebulan kepada bank akibat peningkatan kadar faedah. Angka ini jika dihitung secara keseluruhan membawa kepada sejumlah RM15,422.40 sepanjang pinjaman kepada pihak bank. Wow... RM142 sebulan tu elok juga di simpan dan dijimatkan untuk perkara lain.
Kepada insan yang istimewa yang dapat membida nombor WRR 2212, Jazry bin Zakaria... selamat berbahagia (Nada yang kecewa tapi tetap kena senyum). Tetapi sekiranya anda berminat untuk menukar dengan nombot plat yang Izzo akan dapat dalam tempoh seminggu nanti, amatlah dialu-alukan.
Tak perlu nak sedih-sedih dan kecewa sebab nombor plat yang Izzo dapat dalam tempoh seminggu ni tidak mengecewakan dan juga menarik minat yang teramat sangat orang lain terutamanya jurujual di Edaran Tan Chong Motor. Banyak lagi pilihan lain pada masa akan datang. Yang wajibnya plat Kuala Lumpur untuk WWW dalam 4 tahun lagi dan juga plat Sandakan SS **** S di jangka dalam tempoh 3 tahun nanti.
Ok, Chow.......
2 comments:
tak sabo ni nak naik WR* **** hehehe. vroooomm...vrommm..
sabar jerr lakan..x ader rezeki ngan no yg dihajatkan...
Post a Comment