Sunday, July 13, 2008

Pendakian Bukit Tabur

Mungkin ramai warga kota yang tak tahu tempat ni. Tapi lokasinya hanya di pinggir kota Kuala Lumpur dan terletak di antara Plaza Tol Gombak dan Stesen LRT Terminal Putra, Gombak. Namun pintu masuk untuk mendaki Bukit Tabur di Empangan Klang Gate berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Aktiviti mendaki yang hanya mengambil masa separuh hari cukup untuk menguji kekuatan dan ketahanan fizikal terutama kepada sesiapa yang jarang beriadah. Selain itu, aktiviti sebegini bagus juga untuk persediaan kepada mana-mana aktiviti pendakian lain yang lebih mencabar.

Sebenarnya, Izzo menjadualkan untuk mendaki seawal jam 7.30 pagi. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk Empangan Klang Gate, Izzo terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang tertangguh dan terpaksa berpatah balik ke Stesen Minyak Petronas, Taman Melawati. Akibatnya, pendakian bermula jam 8.00 pagi selepas regangan dilakukan. Agak lewat juga kerana matahari dah mula naik.


Tarahan bukit di Taman Melawati


Permandangan dari kawasan permatang di sepanjang Bukit Tabur.., OK dan menarik. Dapat menyaksikan keseluruhan permandangan Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tasik Buatan Empangan Klang Gate, serta tidak terkecuali Genting Highlands.

Kuala Lumpur

Aktiviti mendaki pada kebiasaannya mengambil masa selama 1 jam 30 minit hingga ke perhentian terakhir. Namun masa tersebut bergantung kepada pendaki yang lain yang kadang kala membantutkan aktiviti pendakian anda kerana trek yang sempit dan terhad terutamanya rock climbing yang memerlukan bantuan tali. Kebiasaannya juga, berpatah balik ke pintu masuk sekitar jam 11.30 pagi terpulang kepada berapa lama tempoh rehat di atas puncak.

1 comment:

laily said...

hmm siapa kata pemandangan kat Malaysia tak cantikkan. Akak suka gambar yang izzo amik cantik