Tuesday, August 12, 2008

Kenapa Perlu Menukar Siaran?

Izzo lebih menggemari siaran Radio Muzik atau Muzik.FM ketika memandu. Sebabnya, informasi yang berguna sama ada berita semasa serta gabungan juga lagu-lagu terkini, evergreen dan lagu-lagu hits. Selain itu, berita setiap jam turut disampaikan oleh suara-suara DJ yang klasik di Radio yang tak jemu di dengar sejak Izzo berada pada zaman remaja sekolah lagi.

Apa yang berbeza dengan radio-radio lain terutama radio swasta yang popular, Muzik.FM masih memperdengarkan azan ketika masuk waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur dan waktu sekitarnya. Mungkin jadi resam dan kebiasaan kepada Izzo dan secara jujur Izzo katakan, volume radio tu akan diperlahankan atau juga terus tukar ke siaran lain.

Izzo pernah chatting dengan seorang rakan tentang hal ini. Yaa, perkara ini mungkin biasa berlaku dan Izzo memikirkan mengapa nak di tukar siaran ketika azan yang menandakan masuk waktu solat sama ada di TV atau pun radio? Kenapa yerr?

Pernah dulu Izzo menjawab kepada ayah ketika menukarkan ke siaran TV lain daripada siaran yang asal di mana siaran terebut menyiarkan azan ketika masuk waktu solat. Agak nakal bunyinya, "Saya dah hafal azan tu, lagipun saya sendiri pun boleh azan". Mungkin jawapan sebegitu terkeluar pasal dia selalu menegur saya mengalihkan siaran.

Kebetulan beberapa ketika setelah chatting dengan sahabat berkenaan perkara ini, petang itu Izzo seperti biasa memandu dan mendengarkan radio Muzik.FM dan apabila masuk waktu Solat Asar, Izzo menukar siaran ke radio lain. Secara kebetulan terus DJ wanita tersebut ketawa berdekah-dekah dan mengilai seumpama suara sang hantu yang menilai. Seram sejuk juga dibuatnya dan meremang bulu roma... Aaaaaa. Mungkin itu padah yang Izzo terima.

3 comments:

Anonymous said...

pasti ke yang ketawa berdekah2 tu adalah DJ wanita? bukan hantu? hahahahhahaahah

Mother of Two said...

mungkin juga tu hantuuu.. sbb hantu pun buleh masuk dalam frekuensi(betul ker ejaannya tu) radio...

keep posting.

Kamaruzaman Ibrahim said...

Salam Izzo,

Apa kata lps-lps ni, biarkan saja azan berkumandang kat corong radio tu... sbb mendengar sesuatu yg baik juga, kita akan dpt pahala. Insya'allah !!!