Tiada rahsia di sebalik kejayaan mereka selain kesabaran, kegigihan dan semangat keusahawanan yang ada. Ia bukan hanya dapat dilihat di Pasar Siti Khatijah sahaja namun kegigihan Wanita Kelantan ada di mana-mana. Di beberapa tempat, dominasi wanita dalam perniagaan adalah mengatasi lelaki.
Aset penting yang dimiliki oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini wajar dimanfaatkan untuk kemakmuran dan kesejahteraan semua sama ada pembeli, peniaga, peraih, pemborong dan pembekal. Adalah diharapkan kegigihan dan kejayaan mereka terutamanya dalam perniagaan menjadi penanda aras untuk wanita-wanita lain di dunia ini.
2 comments:
salam,
thanks for visit my blog. my mum in law pun org kelate. mmg dia seorg peniaga kain yg gigih.pagi2 dah bgn pas smyg subuh start van terus pegi menjual kain.
keep posting...
salam, mak mertua kak rose dari kelate, dia rajin sangat-sangat, bahkan lebih banyak buat kerja, x henti-henti, kuat betul stamina diaorang
Post a Comment