Thursday, March 26, 2009

Kisah Benar

Apabila kerap membaca Di Celah-celah Kehidupan yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan setiap minggu, Izzo cuba mendalami realiti kehidupan yang berlaku oleh masyarakat di sekeliling. Nyata, banyak rencah dan asam garam kehidupan yang berlaku dalam masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini seorang rakan yang Izzo kenali (En. M) turut berkongsi ceritanya dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Kisahnya seperti yang diluahkan kepada Izzo;

"En. M baru-baru ini gagal dalam cintanya dengan seorang gadis begitu juga dengan Cik Z yang semakin bertambah usianya. Mereka diperkenalkan oleh hubungan sesama keluarga masing-masing yang cuba menyatukan mereka di jinjang pelamin. En. M menerima dengan hati terbuka dan juga Cik Z yang boleh dikatakan "malu tapi mahu".

Cik Z akhirnya berjaya mendapatkan nombor telefon En. M dari sumber khasnya dan menghubungi En. M yang menunjukkan perasaan ketidakselesaan beliau dalam situasi tersebut. Cik Z juga mencadangkan agar mereka bertemu sesama sendiri sebelum keluarga En. M membuat risikan terhadap keluarga Cik Z. En. M bersetuju dan seelok-eloknya berjumpa untuk kali pertama sebelum berlanjutan ke peringkat seterusnya jika ada keserasian diantara mereka.

Mereka bertemu di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka tanahair iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ketika bertemu, Cik Z menceritakan kepada En. M tentang hidupnya, dan serba sedikit kekurangan dan kelebihan yang terdapat pada dirinya. Kedua-duanya bersetuju untuk merahsiakan pertemuan ini dari pengetahuan pihak keluarga masing-masing. Cik Z dapat menerima apa jua keadaan En. M dan hanya bergantung kepada keputusan En. M untuk tindakan selanjutnya.

En. M yang merupakan seorang yang suka menyimpan masalah peribadinya difahamkan oleh keluarganya sebelum ini bahawa umur mereka adalah sebaya tetapi apabila bertemu di dapati usia En. M adalah lebih muda berbanding Cik Z. Di dalam hatinya , beliau tidak dapat menerima bakal teman hidupnya lebih berusia berbandingnya dan terus tidak memberikan apa-apa maklum balas sama ada menelefon atau menghantar sms kepada Cik Z. Pendek kata, En. M tidak berminat untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat selanjutnya.

Selang hampir 2 minggu selepas pertemuan tersebut, tiba-tiba En. M mendapat panggilan dari nombor telefon 017*431*04 yang memperkenalkan dirinya kakak kepada Cik Z. Panggilan itu disambut tiba-tiba dikejutkan dengan berita mengenai Cik Z kini jatuh sakit akibat buatan/ ubat guna-guna En. M dan keluarganya yang menemui seseorang di Kelantan dan mengubati agar Cik Z terus mengingati En. M. En. M agak pelik dengan situasi berkenaan dan agak tertawa mengapa perlu berjumpa seseorang atau "bomoh" untuk berbuat sedemikian sedangkan beliau tidak berminat untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Kakak Cik Z turut berkali-kali menuduh En. M melakukan perbuatan syirik tersebut adakalanya memaksa untuk En. M mengaku sedangkan En. M menganggap itu adalah perkara yang mengarut sama sekali sedangkan beliau masih tidak menceritakan pertemuannya dengan Cik Z sebelum ini kepada keluarganya. Bagaimana mungkin En. M dan keluarganya mempunyai masa untuk melakukan perbuatan syirik berkenaan sedangkan keluarganya juga tidak pernah untuk mempercayai golongan sedemikian dan lebih-lebh lagi menyekutui Allah.

Kakak kepada Cik Z mendapat tahu bahawa En. M dan keluarganya melakukan perbuatan itu adalah dari tilikan Cik Z sendiri dengan seseorang guru agamanya dalam tarekat pengajiannya yang katanya dapat melihat apa yang berlaku kepadanya. Menurutnya lagi, tilikan oleh guru agamanya memang betul dan tepat serta boleh dipercayai. En. M menganggap perkara ini sememangnya satu situasi yang begitu "kelakar" baginya dan bukti awal lagi menunjukkan siapa yang bertemu golongan sedemikan sebenarnya.

En. M yang tiba-tiba merasakan dirinya dipermainkan dan juga maruah keluarganya yang turut dilibatkan dalam perkara ini, lantas menghubungi keluarganya dan menceritakan segalanya yang belaku kepadanya dan keluarganya akibat tuduhan liar berkenaan. Keluarga En. M terus menghubungi pemilik nombor telefon berkenaan iaitu kakak kepada Cik Z dan turut menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk berhadapan dengan perbuatan syirik lagi di laknat oleh Allah.

Akhirnya En. M menerima panggilan telefon dari Cik Z sendiri yang menceritakan diri Cik Z tidak menyukai En. M. Ironinya Cik Z sentiasa teringatkan En. M sepanjang masa sehingga Cik Z jatuh sakit akibat buatan En. M dan keluarganya. Luahan rasa oleh Cik Z kepada En. M menunjukkan bahawa Cik Z berharap agar En. M menjadi yang halal buatnya.

Pandangan En. M, beliau cuba untuk memahami maksud perkataan "angau" dan maksudnya adalah pengidapnya hilang selera makan dan tidur tak lena yang oleh mengundang pelbagai penyakit".

Izzo menerima cerita ini dari En. M dan tanpa merujuk kepada Cik Z. Rasanya Izzo tak perlu mencari Cik Z dan mengetahui cerita dari pihaknya pula kerana ini akan mengundang lagi permasalahan kerana mungkin Izzo dianggap sebagai penyibuk dalam permasalahan mereka. En. M yang suka berdiam diri akhirnya berkongsi ceritanya walaupun agak berat untuk membuka mulut pada awalnya serta En. M mahukan pandangan Izzo secara terbuka walaupun beliau sedia berhadapan dengan 1001 perkara yang bakal menyusul.

Pandangan Izzo secara terbuka;

1. Restu dari keluarga amat penting kepada pasangan yang bakal satukan. Izzo lebih menyukai pilihan keluarga kerana restunya tetapi dalam kes ini En. M dan Cik Z agak keterlaluan kerana Cik Z telah memburukkan keluarga En. M dengan mengaitkan dengan amalan yang di anggap syirik. Peluang untuk Cik Z mungkin tertutup untuk diterima oleh ahli keluarga En. M.

2. Faktor umur di mana lelaki lebih muda dari wanita menunjukkan lelaki tersebut tidak mahukan ego beliau di tindas oleh mana-mana wanita. Perkara ini mungkin sama seperti pendapatan wanita melebihi pendapatan lelaki walaupun kehidupan kini kebanyakkan pasangan sudah dapat menerima 2 faktor tersebut. Izzo bersetuju dengan faktor pertama kerana, Izzo kerap menerima nasihat dari golongan yang berusia seperti lelaki berumur 50an yang telah mengatakan isterinya sudah putus keinginan dalam nafkah batinnya sedangkan lelaki pada ketika itu masih lagi bertenaga. Tetapi akhir-akhir ini banyak pula personaliti terkenal yang wanitanya berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda.

3. Kisah bomoh/ dukun/ pawang/ tukang tilik/ ahli agama/ tarekat/ ubat guna-guna dalam kes ini menunjukkan betapa terdesaknya seseorang untuk meneruskan kehidupan. Kepercayaan kepada golongan ini menyebabkan berlakunya tuduhan melulu kepada pihak lain tanpa mengetahui masalah dan perkara yang sebenar.

4. Menasihatkan agar En. M supaya berdiam diri buat seketika ini dan supaya lebih mengingati Allah kerana keadaan sebegini beliau perlukan kekuatan walaupun seorang pendiam dalam beberapa perkara.

8 comments:

zz said...

aip...ieja nih..hurm...org tu bila plak nak kawen??gagagaga..

IZZO said...

izzo?
tengah tunggu ieja

Sen's Station said...

well said, Izzo

zz said...

eleh..ckp kat mama n wa btul2 kang!padan muka!hahahaah...

zz said...

abg zul, kwn ija tny abg zul nih sepupu syeikh muzaffar ke?? hahaaha.. kalo abg zul sepupu dia, ija pon sma laa kan?? (nak jugak tuh)gagagaag..
abg zul keje kat ofis mana??

IZZO said...

sheikh muzaffar katanya.
di mines sekarang.
Ija di mana?

zz said...

ija kat utm skudai...
insyallah 2010 grade..doakan ek??

zz said...
This comment has been removed by the author.