Monday, March 30, 2009

Dasar Laut di Pulau Redang


Memang puas hati bila ke Pulau Redang kali ini. Bukannya kali pertama Izzo ke pulau ni, tapi dah berkali-kali. 4 tahun lalu Izzo ke Redang Kalong Resort dan kali ini ke tempat yang sama lagi kerana resort ini agak sunyi berbanding resort lain yang terletak di belakangnya serta mempunyai teluk dan pantainya tersendiri di Pulau Redang. Kadar penginapan untuk 3 hari 2 malam cukup berbaloi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang amat baik. Nak merasai kemewahan di Berjaya Redang memang tak mampu.
Selama ini, jika ke mana-mana pulau hanya sekadar menjalankan aktiviti snorkelling tetapi kali ini lebih dari itu kerana buat kedua Izzo menghayati alam yang lebih tenang di dasar laut dengan menyelam skuba di Pulau Redang. Terdapat lebih 20 tapak menyelam di Pulau Redang dan antara tapak menyelam yang paling cantik di Semenanjung Malaysia.
Terpegun dengan keindahan alam dan dasar laut secara dekat, banyak lagi khazanah laut yang lebih cantik dan tak dapat dilihat dengan mata kasar sekiranya hanya berada di daratan. Nikmat hidup apabila berada di dasar laut yang hanya mendengar desiran pernafasan diri sendiri dan penyelam lain di samping gelombang-gelombang air yang diulik dari mainan rumpai dan ikan-ikan, membuatkan diri berasa cukup tenang dan Izzo bersyukur seketika kerana berpeluang menyelam walaupun kurang dari 1 jam.
Jika seronok snorkelling, Izzo hanya berkesempatan menyelam tanpa tong oksigen dan hanya beberapa saat sahaja tetapi kali ini menggunakan peluang yang ada sepenuhnya buat kali kedua dengan tong oksigen walaupun Izzo masih belum mempunyai lesen menyelam secara sah. Bila agaknya nak perolehi lesen tersebut? Mungkin dalam tahun ini juga.
Di bawah dasar laut sedalam 18 meter, mainan lincah "Nemo" yang banyak kelihatan, tapak sulaiman, ikan pari, penyu, ikan yu, kuda laut, labah-labah laut serta bermacam warna dan bentuk hidupan ikan lagi memang menarik namun tak semua sempat dirakam dengan kamera sony cybershot khusus untuk dalam air. Ini ditambah dengan kecantikan batu karang dan juga lambaian rumpai yang menjadikan habitat kepada haiwan-haiwan berkenaan bermain.

Sememangnya ini menyelam merupakan pengalaman yang indah dan pastinya Izzo akan menyelam lagi dan lagi selepas ini.

3 comments:

zz said...

aip! bila nak bawak ija gi jln2 plak??huhu.. jeles je tgk abg zul byk jln2..huhu..

IZZO said...

kena daftar cepat dengan abg zul

zz said...

daftar je kan?? lain2 ditanggung oleh abg kan??hehehe