Monday, March 16, 2009

SMS

1. Dari seorang anak saudara.
"Anjang ni x reti sms pendek ke? patut anjang reply sms sllu lmbt"


2. Dari rakan sekerja.
"Kalo layan sms dgn ko mmg skema abis. Mcm nk buat report utk ksn"


3. Dari rakan di Sabah.
"Sms ko zul memg mcm tu. Ni yg aku suka bila baca sms dri ko"


4. Dari rakan di Kuantan.
"Ko ni buat abis mase/ruang saje taip pnjg2. Cubale blajo taip ringkas mcm aku ni. X penat jari ke taip?"


Apabila berbual melalui sms memang Izzo tak pandai yang menggunakan perkataan yang pendek dan ayat-ayat yang ringkas. Itu bukan bermaksud skema tapi itu merupakan tabiat semulajadi Izzo bila menaip sms. Sebabnya, Izzo tak mahu penerima sms salah faham ataupun tidak faham apa yang dihantar. Semakin hari semakin banyak ringkasan sms yang pelik dan kadang-kadang Izzo sendiri tidak memahami apabila membaca terutamanya dari golongan remaja sekolah.

3 comments:

Sen's Station said...

Ingat lagi game kita kat Manukan dulu...?

hehehehehehe

IZZO said...

Game tak jadi. Muza main tak serius

Sen's Station said...

Muza....komen sket...!!!!