Dahulu, no plat ini hanya diberi pilihan akibat kegagalan Izzo membida plat kegemaran iaitu 2212. Setelah lama memilikinya, 2000 ini mula sinonim dengan pemiliknya walaupun hati kecil berkehendakan yang lain.Setelah 8 bulan berlalu, banyak pihak mula berminat dengan 2000 ini sehingga mengesaki 2000 tersebut dibida dengan RM2000. Sangkaat itu meleset sama sekali kerana 2000 berkenaan hanya diberi pilihan kepada Izzo.
Sedang mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak Petronas di sekitar Lembah Klang, Izzo disapa oleh seorang lelaki berbangsa Tionghua yang berasal dari utara semenanjung berdasarkan pelatnya yang bertanyakan 2000 milik Izzo.
Cerita punya cerita, beliau berminat dengan 2000 dan menceritakan beliau turut memiliki 3 buah 2000 yang lain dan dibida dengan RM2000. Sesudahnya, jika Izzo bersetuju, beliau sanggup untuk memiliki 2000 Izzo dengan tawaran RM2000 darinya.
Dengan hanya memilik no. telefon lelaki berkenaan, Izzo tidak berminat untuk menukar mahupun menerima tawaran sebanyak RM2000 tetapi jika ditambah satu lagi digit dibelakangnya mungkin difikirkan semula.
3 comments:
tengok xtrail jari kelingking kembali sakit. trauma...
sampai berlekuk ler pintu depan tu.
keras giler jari orang tu
merah ni jabatn pnye warna koporat lak huhu...:))
Post a Comment