Kadang-kadang apa yang dicitakan hanya segelintir sahaja yang menjadi realiti. Itulah lumrah kehidupan, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kadang-kadang pucuk yang dicita tetapi ulam pula yang mendatang. Keinginan yang beriringan dengan harapan sentiasa diuji dengan pelbagai situasi. Yang pastinya realiti dalam kehidupan ini sentiasa menguji mana-mana individu dan itulah dinamakan ketentuan olehNya yang mempunyai hikmah tersendiri.
Kisah cinta 3 segi yang berlaku oleh Ms.A dan Mr.H dan seseorang insan lagi cukup klise dan masing-masing mengharapkan kebahagiaan kelak. Ms. A yang Izzo kenali merupakan gadis manis, periang, ceria berkarisma serta individu yang mempunyai karier yang professional. Gadis genit yang peramah ini sering kali menjadi siulan dan menerima usikan dari sesiapa sahaja dan tidak dapat dinafikan ramai yang meminatinya.
Beliau tidak pernah putus dengan cinta sejak zaman persekolahan kemudian bersilih ganti bercinta ke pengajian tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan. Pasti, ramai yang meminatinya walaupun kerap kali bertukar teman lelaki. Mr.H tidak terkecuali meminatinya dan mengambil masa beberapa bulan untuk memenangi hati Ms.A dan membawa harapan untuk meneruskan hubungan mereka ke jinjang pelamin. Masing-masing mempunyai harapan dan bersedia untuk memasuki alam perkahwinan dalam tempoh yang mereka tetapkan.
Dalam pada itu, Ms.A tidak sebegitu serius dalam perkara tersebut dan masih menfokuskan kepada pembangunan kerjayanya hingga beberapa kali menangguhkan hasrat untuk berkahwin dengan Mr.H. Pada masa yang sama juga, Ms.A mengenali pelanggan/ rakan niaganya serta intim dan bukan lagi terhad sebagai seorang pelanggannya sahaja. Pelanggan Ms.A tersebut turut diperkenalkan kepada Mr.H secara kebetulan apabila Ms.A sepatutnya mempunyai temujanji dengan Ms.H. Pelanggan tersebut berpangkat Dato’ dan berusia lebih 60 tahun serta pernah menggemparkan negara dengan beritanya beberapa tahun lepas.
Hubungan intim Ms.A dengan pelanggannya menjejaskan hubungannya dengan Mr.H hingga Mr.H sendiri dapat menghidu dan memerhati sendiri bagaimana intimnya hubungan mereka. Pelanggan Ms.A berkenaan pernah menjanjikan sesuatu yang lebih indah kepada Ms.A tetapi masih menangguh untuk mengahwinnya.
Pada masa yang sama juga, Ms.A masih meneruskan hubungan dengan Mr.H tetapi agak dingin berbanding sebelumnya. Ms.A agak tertekan dan beranggapan dirinya bersalah kerana bertindak sedemikian dan menceritakan hubungan sebenar beliau dengan pelanggannya kepada Mr.H. Ms.A mengakui beliau meminati lelaki berusia dengan alasan lelaki berusia lebih bertanggungjawab, romantis, penyayang serta lebih menghargai gadis sepertinya. Ms.A sanggup untuk menjadi isteri kedua sekiranya Mr.H tidak menerimanya.
Keadaan yang amat genting ini, menyebabkan Mr.H merasakan dirinya ditipu dan dipermainkan dengan tindakan Ms.A yang turut mempergunakan kelebihan dirinya untuk menjalinkan hubungan serentak dengan kedua-dua lelaki yang mencintai dirinya.
Ms.A hilang Mr.H tetapi masih menaruh harapan agar Mr.H dapat menerimanya kembali. Hubungan Ms.A dengan pelanggannya turut mendapat tentangan dari keluarganya serta isteri pelanggan itu sendiri iaitu Datin J.
Ms. A mungkin kehilangan kedua-duanya serentak tetapi hubungan dengan pelanggan tidak putus disitu sahaja kecuali untuk berkahwin kerana mereka masih berhubung dalam urusan perniagaan.
Izzo yang mengenali Ms. A sejak zaman pengajian di universiti lagi dan Ms.A merupakan seorang gadis yang sentiasa bersilih ganti mempunyai kekasih meskipun kekasihnya sering kali diperalatkan untuk kepentingan Ms.A sendiri. Walaupun Ms.A rakan, tetapi Izzo tidak berpihak kepadanya dalam perkara ini. Sikap “playgirl”nya mengundang padah kepada diri sendiri kerana beliau masih menagih cintanya kepada Mr.H. Tetapi Izzo percaya, gadis sepertinya pasti dapat memikat lebih ramai lelaki selepas ini.
9 comments:
hahaahah...blog ni dah jadi ruangan cik sri siantan.
dalam soal ni, sudah terang lagi bersuluh pendirian Ms.A. So, kenapa Mr.H nak menunggu dan melukakan diri sendiri lagi? sudah gaharu cendana pula kan... bak kata nabil "lu pikir la sendiri".
sekian pesanan penaja untuk Mr.H. renung-renungkan, dan selamat beramal...
tak rapat sangat dengan Mr.H. kenal gitu-gitu saja.
Biarler dia
A'a laa Ms. X! I setuju sgt ape yg u ckp tue. Hm... Soal hati nie u x leh laaa nak "ASSUME" org tue mcm tue mcm nie then jump to the conclusion.
I think u x pernah letak urself in other's shoes. I bet u belum kenal sape Ms. A tue sebenarnyer! or mcm I ckp tadi... u just ASSUME. I nie bukan nak sebelah sape2, tapi bila baca ur post nie (i slalu gak masuk ur blog nie), seems mcm u yg FRUST x dapat dia kan?
Do u think ur effort utk memikat hati perempuan tue enuff ke? if dia x balas cinta u, means ur style is not right. Btol tak? I bukan ape. It's not good to blame others. And u act as u r the RIGHT person on earth. Beb, I just wanna share my opinion je... Or may be perempuan tue dah kenal laki ape tue.. Dato' tue lagi lama dari lu kan? Ahahaha... there's possibilities... U need to think first before u jump to the conclusion.
Well, keep on writing, aku suka baca blog ko! ko nie adventurous orgnyer. GOOD LUCK!!!
IzZO sebagai kawan kepada kpd Ms A sepatutnya melihat Ms A dari sudut yang berbeza. Bagi saya Ms A seorang yg jujur kepada Mr H. Sebelum mendirikan rumahtangga dia mahu Mr H mengetahui segala-galanya agar Mr H tidak salah anggap kepada Ms A. Saya percaya Ms A berbuat sebegitu kerana telah bersedia untuk menerima Ms H sebagai kekasih akhir di dalam hidupnya. Bagi saya cinta tidak kenal umur, hubgan Ms A dan Dato adalah pasti diluar kawalannya.Saya amat kagum dengan keputusan Ms A iaitu dengan berterus terang dgn Mr H yang mana sudah pasti dia sendiri mengetahui akan implikasinya iaitu Mr H akan hilang dari hidupnya, tetapi kerana berdiri diatas keikhlasan dan kebenaran Ms A tetap dgn keputusannya agar Mr H menerima dirinya seadanya. Mr H seharusnya berfikir kenapa Ms A masih mengharap kepada Mr H sedangkan dia tahu boleh dimiliki dan memliki yang lain? Berdasarkan sejarahnya, Izzo menyatakan dia mempunyai ramai kekasih yang silih berganti. Jika benar dia seorang "marketable" sudah pasti dia mudah melupakan Mr H. Tetapi kenapa masih dia masih lagi menanti Mr H?????
huish..bunyi mcm yang tukang bercerita ni menceritakan kisah diri sendiri je..ye tak? haha. Bila di kecewakan..memanglah sering kali kita salahkan orang lain, cuba cermin diri sendiri dulu sebelum luahkan perasaan tak tentu pasal, jangan sampai bole aibkan diri sendiri..terlajak kata tak boleh di undur ye.. :) - Ms.X
where Izzo?
i need his comment
Dari apa yg Ms.A tulis,apa yg i faham dia mmg suka kepada dato tuler. Mujur Mr.H sedar.
Tapinyer kenapa Ms.A tulis sebegitu? giler bayang kat Izzo ke?
Hahahaha
i rasa kenal dengan Ms.A dan Mr.H ni. i pun nk komen gak.
Mmg patut Mr.H tinggalkan Ms.A sbb mmg Ms.A minat giler kat Dato tu. dia pun pernah cakap kat i yang dia ada peluang nk kawin dengan Dato tu.
Haiyaa...
Dah macam-macam jadi ceritanya. Ada yang mengaku Ms.A, ada yang mengaku Ms.X, ada yang mengaku Ms.C. Tak pasal-pasal banyak yang salah faham dengan kisah benar ni dan ada juga yang nak kaitkan dengan diri sendiri.
Izzo tak tau siapa anonymous, Ms.A, Ms.X ataupun siapa-siapa lagi kecuali sesiapa yang meninggalkan komen dengan identiti yang Izzo kenali. Tak kisah siapa, tapi terima kasih sebab memahami dan membaca juga kisah benar ni walaupun kisahnya masih belum sepenuhnya disiapkan.
Perkara yang paling Izzo agak gelihati disini, ada komen yang perasan atau menghidu baunya adalah Ms.A dengan beridentiti orang lain tetapi sangkaan tersebut meleset sama sekali.
Ada yang memperbodohkan diri sendiri mempelbagaikan komen dan seterusnya menyokong tetapi (IP) internet ini dapat mengenalpasti semuanya dari pengguna yang sama. Mungkin juga insan ini terlalu menganggap dirinya sentiasa betul dan bagus sedangkan hasilnya sentiasa mendukacitakan.
Ceteknya pemikiran manusia yang selalu kerjanya selalu menyalahkan manusia lain sedangkan diri sendiri tenggelam umpama pesawat Air France yang hilang di Lautan Atlantik. (Dah melalut Izzo ni)
Izzo sememangnya bertanggungjawab dengan apa yang telah ditulis disini.Biar Izzo terangkan kisah selanjutnya dan beberapa identiti individu yang dimaksudkan tersebut.
Sebelum itu, kisah ini sememangnya merupakan kisah benar sebagaimana yang diminta oleh Ms.A untuk ditulis disini. Tidak hanya disini, kerana Ms. A juga menulis kepada Mingguan Malaysia untuk dimasukkan dalam ruangan "Di Celah-Celah Kehidupan" yang mungkin akan terbit tidak lama lagi.
Ms.A - Sememangnya namanya bermula dengan pangkal huruf A. Rakan sekolah Izzo sejak berumur 16 tahun dan berasal dari Kemaman, Terengganu. Kini, beliau menetap dan bertugas di Petaling Jaya dan seorang akauntan. Batu sahaja dinaikkan pangkat sebagai Senior Accountant di syarikatnya. Yer, Izzo mengenalinya sejak tahun 1995 lagi dan bersilih ganti mempunyai kekasihnya.
Mr.H - Sememangnya nama bermula dengan pangkal H. Berusia 32 tahun dan Izzo mengenalinya ketika menghadiri satu Seminar di Bangi pada tahun 2005. Beliau berkhidmat di Parcel C, Putrajaya. Adakalanya berhubung melalui telefon atas urusan rasmi. Mr.H mengenali Ms. A ketika lawatan ke pejabat Ms.A.
Dato' dan Datin J- Berita penyelewengan kuasa atau rasuah pada tahun 2003.
Tidak terhenti di sini sahaja kerana Ms.A kini pada (5.6.09) telah mempunyai buah hati terbarunya iaitu seorang ahli perniagaan yang telah mempunyai 2 isteri. Izzo tidak beri komen apa-apa tentang buah hati terbarunya kerana itu adalah citarasanya. Mungkin pembaca yang mengaku dirinya adalah Ms.A turut bersetuju dengan perkara ini.
Doakan kebahagiaan yang berpanjangan.
Sekian, harap maklum.
Izzo- Kisah cinta musim salju.
Post a Comment