Sunday, November 22, 2009

Pendakian Bukit Lalang

Setelah janji oleh seorang sahabat untuk mendaki bukit lalang ini dibatalkan, Izzo hanya mengambil keputusan untuk berada di rumah sahaja sambil menonton dokumentari tentang negarawan ulung, Tun Dr Mahathir di saluran 555 Astro. Selepas habis, adinda Sofian mengajak Izzo untuk mendaki bukit tersebut. Mmmmm, seolah-olah dia tahu pula yang Izzo berhajat ke situ. Walaupun jam telah menunjukkan jam 11 dalam keadaan cuaca redup, kami terus bersiap untuk ke sana yang terletak kira-kira 20 minit sahaja perjalanan dari Mines.

permatang ke puncak

Izzo sengaja menamakannya Bukit Lalang kerana lebih sesuai untuk nama berikut daripada dipanggil dengan nama sebutannya. Perjalanan yang bermula dari kawasan ladang kelapa sawit dan terus memasuki kawasan belukar serta terus ke kawasan puncak di bukit lalang ini. X-Trail Izzo diuji di kawasan kelapa sawit tersebut dan melaluinya tanpa sebarang masalah mendaki bukit.

lalang di Bukit Lalang

Sofian yang tercungap-cungap


Tiba di puncak, angin bertiup kencang dengan dikelilingi lalang serta permandangan 360 yang berbeza di setiap sudut. Ada kawasan perumahan, ladang kelapa sawit, hutan simpan, serta kawasan hutan yang telah ditebang untuk pembangunan.

Izzo @ Bukit Lalang


Kelihatan beberapa jurugambar amatur yang mendaki sama ada dalam kumpulan kecil, kumpulan berkeluarga mahupun warga emas yang mendaki bukit tersebut. Pengalaman yang seronok pada hujung minggu untuk diisi dengan aktiviti sebegini.

4 comments:

zamz said...

ahaksss... best kan gi cnie...
klu dapat naik subuh tgk sunrise best..
tapi giler ramai orang... sesakk

IZZO said...

cadangan asal memang nak naik selepas subuh tapi member batalkan. naik tengah hari pun best sebab angin kencang di atas sana

zamz said...

tghr kurang orang.. xderk la sesak sgt

IZZO said...

tak ramai naik waktu tengah hari. tapi hari tu aku naik waktu tu angin kuat di atas