Friday, January 15, 2010

Antara yang selalu dikritik lembab tapi mereka yang selalu lembab

Persepsi di mata masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan terutama dari segi perkhidmat di kaunter semakin berubah. Masa yang ditunggu semakin berkurang begitu juga dengan borang yang diisi. Ini terbukti dengan kemudahan untuk memproses pasport di Malaysia adalah terpantas di dunia serta dilengkapi dengan cip keselamatan yang terkandung di dalamnya.

Begitu juga dengan persepsi pekerja di sektor korporat yang kerap kali menganggap perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat kerajaan masih lagi lambat. Namun lain pula hakikat dan realitinya.

Satu hari, Izzo balik ke Kuantan menolong ayahanda dan bonda menyelesaikan beberapa perkara dalam sehari.

1) Seawal 830pagi, kami sudah sampai di Pejabat Imigresen, Kuantan untuk permohonan pasport untuk ayahanda dan bonda serta memperbaharui pasport sendiri. Semuanya hanya dilayan dalam kurang dari 15 minit untuk pasport Izzo dan bonda sedangkan hampir 30 pelanggan yang lain turut berada untuk pelbagai urusan. Untuk ayahanda, terdapat sedikit masalah kerana kad pengenalan bermutu tinggi rosak dan cip tidak dapat dibaca. Ayahanda disuruh untuk mendapatkan kad pengenalan sementara di Jabatan Pendaftaran di bangunan bersebelahan. Tanpa melengahkan masa, kami ke Jabatan Pendaftaran untuk urusan memperbaharui kad pengenalan. Pelanggan lebih dari 50 orang dan masa yang diambil kurang dari 20 minit untuk segala urusan termasuk foto yang diuruskannya. Balik semula ke Jabatan Imigresen di bangunan bersebelahan dan masa yang diambil kurang dari 10 minit sedangkan pelanggan masih ramai. Memandangkan, pasport di proses dalam 1 jam, kami keluar dari Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota Kuantan untuk menyelesaikan perkara lain. Semua kaunter cukup mesra dan ramah dan tak lokek dengan senyuman.

2) Destinasi berikutnya adalah Pejabat Tabung Haji, Jalan Mahkota untuk urusan pengeluaran wang ayahanda dan bonda. Perkhidmatan yang agak pantas dan mesra. Masa yang diambil kurang dari 15 minit.

3) Terus ke Maybank Jalan Beserah sekitar jam 10 pagi untuk kontra dari akaun ASB ke akaun Maybank. Pelanggan lebih dari 20 orang tetapi hanya satu kaunter dibuka. Maka untuk proses satu persatu dan menunggu giliran, masa yang diambil hampir 1 jam dengan layanan kaunter yang tak tahu nak senyum dan petugas wanita di kaunter layak ditugaskan sebagai warden penjara.

4) Seterusnya ke Ambank di Jalan Beserah hanya untuk mengambil sijil akhir tamat bayaran kenderaan. Izzo mendapatkan angka giliran dan terpaksa menunggu dalam 25 giliran dan masih hanya ada 1 kaunter di buka sedangkan terdapat 3 lagi kaunter yang kosong. Masa yang diambil untuk mengambil sijil berkenaan lebih 1 jam sedangkan Izzo dilayan di kaunter hanya kurang dari 3 minit.

5) Balik ke Pejabat Imigresen untuk mengambil semula pasport, kami hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sedangkan masih ramai lagi pelanggan di situ.

Ini belum lagi ditambah dengan keadaan semasa Izzo yang telah 5 kali menghubungi Standard Chartered Bank sejak Oktober 2009 bagi menggantikan kad kredit akibat cip yang rosak. Namun hingga hari ini masih belum digantinya. Telefon berkali-kali semuanya ada dalam rekod yang Izzo telah menghubungi mereka namun itu hanya sekadar rekod untuk mengambil tindakan tetapi realitinya belum ada tindakan.

Izzo pernah juga menunggu Maybank reply lebih 45 minit untuk mendapatkan SMS no TAC dari perkhidmatan Maybank2U. Pernah juga menunggu lebih dari 25 minit untuk dapat bercakap melalui telefon dengan Pegawai Khidmat Pelanggan CIMB dan akhirnya terus terputus.

Dewasa ini urusan dengan pihak bank semakin lembab, lembab dan lembab. Namun terpaksa juga berhadapan kerana terpaksa dan tiada pilihan. Jadi, sekarang ini, tiada lagi masalah berurusan dengan kaunter di pejabat kerajaan sebaliknya berbalik ke sektor korporat terutamanya bank.

1 comment:

laily said...

memang perkhidmatan kerajaan sekarang semakin baik, syabas. walaupun masih ada yang merungut rasanya semua to kes terpencil. Hospital kerajaan pun sekarang semaikn baik perkhidmatannya walaupun beban kerja yang banyak pekerja hospital masih mampu memberi senyuman, berbeza pula dengan hospital swasta kalau kita tidak datang berinsurans susahnya nak di layan mereka takut kita tak mampu bayar. pernah sekali akak menemankan adik ke hospital swasta, doktor dan jururawat berbincang, ingatkan berbincang berkaitan nyawa pesakit tapi sebaliknya berkaitan insuran pesakit samada mencakupi rawatan yang akan diberi atau tidak. Tapi hospital kerajaan semua warga akan diterima bahkan yang bukan wargapun diterima dengan tangan yang terbuka, cuma org yang datang terlalu ramai maka masa menunggu menjadi terlalu panjang, bukan kesalahan pekerja keadaan ini tidak dapat dielakkan.