Thursday, April 29, 2010

Madinah Al-Munawwarah

"Ya Allah, berikanlah aku kecintaan kepada Madinah seperti cinta aku terhadap Mekah bahkan melebihinya." Bukhari no. 1889.
Kota ini adalah kota hijrah Rasulullah S.A.W, kediaman serta pusat dakwah beliau. Kota ini juga bersemayam jasad suci baginda Rasulullah S.A.W di Raudhah yang terdirinya Masjid Nabawi.
Tiba di sini, jiwa terasa amat tenang tanpa dengan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran di di sekeliling Masjid Nabawi. Persekitaran yang amat bersih dan penduduknya yang baik serta peramah. Sebagaimana sejarah Baginda Rasulullah S.A.W, Madinah atau dikenali kota Yatsrib sebelum ini menyaksikan penghijrahan baginda dari Mekah. Selepas tiba di Madinah, Baginda merangka perlembagaan untuk menyatupadukan masyarakat pada ketika itu iaitu puak Muhajirin dan Ansar.
Ziarah di Kota Madinah, Izzo bersama ibu bapa dan jemaah lain di bawa ke Makam Al-Baqi' yang terletak berhampiran Masjid Nabawi, Masjid Quba yang merupakan masjid pertama atas dasar taqwa yang dibina sebaik Baginda Rasulullah tiba di Madinah.

Bukit Uhud

Ladang Kurma

Tidak ketinggalan, jemaah turut dibawa ke Bukit Uhud yang mengisahkan sejarah Perang Uhud yang berlaku pada 625 Masihi, Kilang percetakan Al-Quran dan Pasar Kurma. Ziarah turut dibawa ke Masjid Qiblatain yang membawa maksud masjid 2 kiblat yang menyaksikan perpindahan arah Qiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram, pada ketika itu Baginda Rasulullah sedang menunaikan solat dan menerima wahyu dari Allah S.W.T.

Masjid Quba

Masjid Qiblatain

3 malam menginap di Madinah, tempoh tersebut begitu amat singkat dan memang perlu mengunjunginya lagi. Kali pertama Izzo mengerjakan solat di Masjid Nabawi terasa amat tenang dan menginsafi kebesaran Islam serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi setiap orang.


Izzo mengakhiri Ziarah di Madinah ini dengan bersiap sedia memakai pakaian ihram serta niat ihram di Bir Ali selepas solat Zohor untuk ke Mekah dan mengerjakan Umrah. Madinah dan Masjid Nabawi, Izzo terpaksa tinggalkan buat seketika dan merinduinya sepanjang masa.

Bukit di Hadapan Bir Ali

1 comment:

Kamaruzaman Ibrahim said...

Ermm.. gambar2 & coretan Izzo ni rasa mcm melambai2 Kman utk berziarah lagi ke Tanah Suci. Moga diperkenankan Allah. Amin :)