Melihat kepada Piramid ini, memang layak disenaraikan ke dalam 7 keajaiban dunia dan dibina hanya untuk kubur kepada Firaun pada 2000 tahun sebelum masihi dan dibina selama 20 tahun. Tempoh pembinaan agak lama kerana batu-batu yang diperolehi adalah dari limpahan banjir Sg. Nil yang terlekat di sekitar Cairo dan Giza.Izzo dan kumpulan sempat juga singgah kurang dari 5 minit ke Sphinx. Melihat kepada hidungnya yang telah patah, kesian pula kepada dia. Dibina menyerupai Firaun Kufu yang menggambarkan perwatakannya garang seperti singa tetapi hati yang lembut seperti manusia. Apa boleh buat, hanya untuk bergambar dengan cepat kerana bas yang dinaiki tidak dibenarkan berada lama di hadapan Sphinx berkenaan.
Selesai melawat Piramid Agung Giza, rombongan dibawa ke perusahaan perfume milik Adinda Allahyarham Dodi Al-Fayed yang hanya terletak di hadapan Piramid. Pemasaran yang cukup berkesan sehinggan hampir semua membeli perfume asli tanpa sebarang campuran alkohol. Izzo dan bonda turut membeli 3 bauan masing-masing untuk ayahanda, bonda dan Izzo.
Destinasi diteruskan ke kilang tekstil yang menyaksikan banyak penjualan egyptian cotton, kilang pembuatan kertas papyrus serta hasil produk dari kulit binatang terutamanya unta. Selesai makan tengah hari di restoren yang sama, kami langsung dibawa ke hotel yang betul-betul berada di tengah-tengah Kota Metropolitan Moden Cairo.

Selesai check-in, ayahanda dan bonda keletihan dan Izzo terus untuk memilih berjalan kaki di Cairo. Terasa bebas seketika kerana kali ini peluang untuk berseorangan. Izzo bersiar-siar di Kota yang dikenali Kota Seribu Menara ini, hingga ke kawasan pulau dan di sisiran sungai terpanjang di dunia iaitu Nil. Tiada Sg. Nil tiadalah Mesir. Betapa rakyat Mesir mengagumi dan menyanjungi Sg. Nil. Suhu agak dingin namun debu banyak berterbangan kesan daripada asap kenderaan yang terlalu banyak dan tiupan debu bawaan dari padang pasir.
Malam hari, selesai makan malam, Izzo dan keluarga berjalan di kawasan sekitar menyaksikan kawasan beli-belah yang sibuk. Permandangan yang berbeza kawasan di sini. Harga cukup berpatutan dan kos relatif yang lebih murah berbanding Malaysia.
1 comment:
nak tengok minyak wangi nyer hehe
canteknya piramid..
Post a Comment