Jakarta : kali ke 3 Izzo jejaki kota metropolitan yang didiami lebih 10 juta jiwa ini. Trip kali ini bersama anggota keluarga Izzo dan mentua termasuk nenek. 13 orang semuanya dan kami enjoy 4 hari di sana. Tak lain tak bukan, rombongan kali ini memang untuk membeli belah. Tapi, apabila bercuti menggunakan khidmat agen pelancongan ini, semuanya telah diatur dan tidak terasa bebas seperti mana kembara Izzo. Makan pun terhidang untuk semua.
KLM menanti kami
Sahabat lama Indra Novriansyah di Menteng
Kami semua pusing Jakarta berdasarkan jadual yang telah tersedia oleh ejen. Namun disebabkan hujan beberapa tempat termasuk Monumen Nasional, trip diteruskan ke tempat yang tak hujan iaitu Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yang luas itu. Tak sempat pun nak jelajah semua rumah tradisional Indonesia berdasarkan wilayahnya. Yang sempat rumah Minang, Acheh dan menaiki kereta kebal dan menyaksikan TMII dari atas.
Rumah minang di Taman Mini Indonesia Indah
Cable car di TMII
Bandung : kali ke2. Memang rombongan makcik-makcik sangat sebabnya kami habiskan masa 4 jam di Pasar Baru dan memang tak cukup. Entah apa yang dibeli pun tak tau. Tapi itulah hakikatnya, kalau boleh seharian disitu. Jalan-jalan yang terkenal seperti cihampelas dan ci ci ci yang lain termasuk toko kulit, toko sepatu, toko tas yang dijual harga kilang dilawati. Yes, Izzo tak beli apa-apa pun kecuali tasbih batu gunung berapi bila berada di Tangkuban Perahu.
Salah satu di factory outlet di Jalan Ci??
Bazar kasut, beg dan barangan kulit
Tangkuban Perahu memang tempat yang harus dilawati bila dah sampai di Bandung. Tempat lain yang ada pada pakej-pakej lain adalah Puncak tapi Izzo tidak memilih pakej tu sebab tujuannya memang nak habiskan masa yang lama untuk membawa rombongan shopping di Pekan Baru.
Menuju ke Tangkuban Perahu yang sesak
3 beranak di Tangkuban Perahu
Hari-hari terakhir, kami pulang ke Jakarta semula ke Jakarta. Namun hujan sepanjang hari di Jakarta dan Monas hanya dilihat dari jauh. Kami singgah solat di Masjid Istiqlal dan shopping di Mangga Dua sebelum terus ke CGK.
Ayahanda di Masjid Istiqlal
Bersama Angah dan Paksu di CGK. Paksu Sofian yang patah tangan pun boleh pi Jakarta
Baby bee dengan pramugari KLM
No comments:
Post a Comment