Sejak tahun 2007, bumi Mahsuri ini menerima anugerah Geoforest Park pertama di Asia Tenggara. Dianggarkan wujud kira-kira 350juta tahun dahulu. Punyalah lama tempat ni. Nun jauh bahagian utara Pulau Langkawi dan hanya kurang 1 batu nautika bersempadan dengan perairan Thailand.
Aktiviti pertama, sempat meneroka gua kelawar dan aktiviti memerhatikan sekumpulan helang atau eagle watching. Sebelumnya eagle feeding, namun disebabkan pihak pengurusan tidak membenarkan lagi aktiviti memberi makanan kepada helang kerana dikhuatiri mengancam pola pemakanan dan rantaian makanan haiwan pemangsa tersebut. Tengok ajalah helang berkenaan.
Tak sah kalau tak bermain-main dengan Helang bila dah sampai di Langkawi ini kerana ini lambangnya.
Terbang Helang
Mercu tanda Kilim yang terkenal
bersama rakan-rakan
Tasik Mempelam
Pulau Anak Tikus
Gua Langsir
Selesai melawat semua tapak-tapak geoforest di Kilim, kami sempat melawat untuk menikmati makanan yang sangat lazat di restoren terapung di dalam kawasan Kilim ini. Di sini dapat juga menyaksikan makanan laut yang dipelihara di sangkar dan terus dimasak. Izzo bukan penggemar makanan laut kecuali ikan.
Seronok bermain dengan pari
No comments:
Post a Comment