Showing posts with label Ringgit. Show all posts
Showing posts with label Ringgit. Show all posts

Tuesday, June 17, 2008

Ringgit Bukan Dollar


Bunyinya sedap iaitu “Dollar” tetapi matawang berkenan tidak digunakan di Malaysia kerana hampir keseluruhan transaksi urusniaga di Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia (RM) atau disebut Ringgit.

Apa nak jadi dengan segelintir orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang menyebut Dollar? Ini biasanya berlaku apabila orang yang dikatakan cerdik ini bercakap dengan dalam bahasa Inggeris sehinggakan sanggup menukar Ringgit menjadi Dollar. Matawang tetap matawang dan kata nama khusus tersebut tidak boleh ditukar atau di alihkan kepada bahasa lain.

Tidak kira seseorang itu berpangkat menteri sekalipun, ahli politik, ahli ilmuan, orang yang berpangkat Tan Sri, Datuk, usahawan, peniaga, jurujual mahupun orang kebanyakan supaya tidak lagi membahasakan Ringgit sebagai Dollar apabila bercakap terutamanya apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Bunyinya memang sedap di dengar namun layak untuk meletakkan mereka ini sebagai “mereka yang nak tunjuk pandai tapi tak cerdik”.

Teringat kembali kisah yang berlaku ketika Izzo menaiki pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada tahun 2006. Memandangkan penerbangan berkenaan di sektor domestik, maka semua urusniaga penjualan makanan dan cenderamata adalah menggunakan RM. Seorang penumpang dari England duduk di sebelah Izzo yang baru menghabiskan percutiannya di Pulau Sipadan pada ketika itu. Di dalam pesawat, beliau berminat untuk membeli t-shirt Manchester United versi AirAsia dengan harga di sekitar RM45. Pramugari yang bertugas menyatakan kepada penumpang tersebut,
“This t-shirt 45 Dollar sir”. Penumpang berkenaan membalas kembali, “I don’t have any Dollar now but I have only Malaysian Ringgit and Pound Sterling. As far as I concerned, all transactions here didn’t use Dollar. I not sure either you refer to US Dollar, Singapore Dollar or Australia Dollar”. Bunyinya hampir begitu tapi Izzo mungkin terlupa dialog yang sebenarnya. Kemudian, barulah pramugari berkenaan menjelaskan harganya adalah 45 Ringgit dan bukannya Dollar.

Sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan berkenaan sebutan matawang juga menunjukkan rendahnya masyarakat kita mudah di pengaruhi oleh dunia luar. Akibatnya kita sendiri yang rasa malu kerana mungkin terlalu seronok dan berasa dirinya hebat. Sesiapa yang terbaca dan terkena janganlah cepat melatah dan terasa pula.

Ini adalah pandangan Izzo yang boleh diluahkan untuk kebaikan bersama.