Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Tuesday, August 5, 2008

Wanita Kelantan

Kegigihan Wanita Kelantan berkali-kali dipaparkan oleh media dan dokumentari termasuklah Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3, Anggerik Milenium, WW, Atlas Nusantara serta pelbagai jenis majalah yang berbentuk percetakan yang lain.



Tiada rahsia di sebalik kejayaan mereka selain kesabaran, kegigihan dan semangat keusahawanan yang ada. Ia bukan hanya dapat dilihat di Pasar Siti Khatijah sahaja namun kegigihan Wanita Kelantan ada di mana-mana. Di beberapa tempat, dominasi wanita dalam perniagaan adalah mengatasi lelaki.

Aset penting yang dimiliki oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini wajar dimanfaatkan untuk kemakmuran dan kesejahteraan semua sama ada pembeli, peniaga, peraih, pemborong dan pembekal. Adalah diharapkan kegigihan dan kejayaan mereka terutamanya dalam perniagaan menjadi penanda aras untuk wanita-wanita lain di dunia ini.