9 & 10 Nov 2008
Tepat 24 jam Izzo berada di Allahabad. Transit di antara perjalanan ke Kolkata dan Delhi.
Kota ini dikenali sebagai Kota Allah dan diberi oleh komuniti Islam yang hidup secara minoriti di sini. Seperti yang sudah dijangkan, banyak cabaran ketika berada di bandar ini terutama dari segi budaya, persekitaran, serta bunyi hon kenderaan yang teramat bising.
Upacara penyucian diri di Sg. Yamuna
Boat man
Pertemuan Sg. Ganges dan Sg. Yamuna
Tanpa tujuan lain ke sini kecuali niat Izzo hanya untuk melawat, terdapat ribuan penganut hindu menyucikan diri mereka di tempat pertemuan 2 sungai yang ternama di India ini. Ada diantara mereka mengabdikan sepenuhnya dan bermastautin hanya menggunakan khemah sepanjang hayat di sini.Bangau di Sg. Yamuna
Kebanyakkan pengembara suka melawat Varanasi dimana tempat penyucian diri terbesar di India tetapi Izzo memilih Allahabad kerana pertemuan sungai ini. Waktu yang paling ideal untuk melawat adalah pagi ketika matahari naik dan pada ketika itu kemuncak kepada upacara penyembahan selain waktu matahari terbenam.
Langkah Izzo diteruskan dengan melawat kota Allahabad. terus terang Izzo katakan, hanya biskut yang dipaket dan pisang sahaja yang mampu dimakan selama 24 jam berada di sini atas faktor persekitaran yang sangat tidak mengizinkan.
2 comments:
teringat adegan 'ayat ayat cinta'...
canteknye gambo bangau tu..nak cilok nak copy paste bley dakkk????
Post a Comment