Tetapi sejak akhir-akhir ini, suasana aman dan makmur tiba-tiba agak bergolak dengan keadaan semasa politik tanah air yang tak berkesudahan hingga masing-masing merebut kuasa hingga lupa asal-usul dan erti syukur. Dalam ekonomi semasa dunia yang agak kurang stabil, seeloknya pada waktu begini lebih menumpukan kepada usaha untuk memakmurkan bumi Malaysia yang bertuah tanpa mengira fahaman politik tetapi lain pula jadinya yang tak habis-habis memporak-perandakan suasana makmur sehingga menjejaskan ekonomi semasa.
Bagi yang berkhidmat makan gaji mungkin tidak terasa permasalahan ini tetapi yang berkerja di industri pembuatan khususnya kilang-kilang, perbankan dan institusi kewangan menghadapi saat-saat getir yang sukar untuk dilalui ketika ini. Apatah lagi kepada pemegang-pememang saham yang mempunyai risiko amat tinggi dengan kejatuhan nilai pasaran semasa baik dalam negara mahupun pelaburan luar negara.
Melalut jadinya dari tajuk asal dengan apa yang nak diceritakan pada awalnya iaitu berkenaan dengan Yee Sang yang di angkat oleh Izzo dan rakan-rakan sebelum ini. A-Choi, sahabat berbangsa Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina yang lalu sempat mengajak rakan-rakannya yang berbilang bangsa termasuk warga luar yang berbangsa Arab dari Timur Jordan untuk "mengangkat" Yee Sang.
Kali pertama Izzo "mengangkat" Yee Sang beramai-ramai ini dan ketika itu dapat melihat senyuman semua orang yang sentiasa inginkan kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan yang berpanjangan. Yee Sang seumpama Melting Pot dapat dianalogikan sebagai sesuatu perkara yang mempunyai pelbagai unsur dapat membentuk kesepaduan atau dengan kata yang lebih tepat "Bersatu Kita Teguh".
Yee Sang lebih enak dan kelihatan dengan menyerlah jika lebih banyak warna terdapat dalamnya serta rasa yang pelbagai. Ini sendiri diakui Oleh Izzo kerana memakan Yee Sang tersebut yang mempunyai lebih 17 campuran dapat menghasilkan rasa yang cukup enak walaupun pelbagai rasa yang ada. Tiada seorang pun yang mengangkal keenakan Yee Sang dengan hasil campuran yang pelbagai.
No comments:
Post a Comment