Penempatan Sumatera Utara dan pandangan udara
Indonesia yang Izzo dapat ambil pengajaran dari lawatan-lawatan sebelum ini, terlalu ramai penipu yang suka mengambil kesempatan terhadap pariwisata antarabangsa tidak terkecuali dari Malaysia meskipun dapat bertutur dalam rumpun bahasa yang sama. Tak sampai satu jam menjejakkan kaki di Sumatera Utara telah ada penipu iaitu pemandu teksi dimana pemandu teksi berkenaan meminta tambang sebanyak RM20 seorang memandangkan Izzo menaiki bersama 2 rakan yang lain walaupun perjalanan menaiki teksi berkenaan hanya 3-4km sahaja. Tanpa mempedulikan pemandu penipu berkenaan, kami bertiga hanya membayar Rp 50,000 atau bersamaan, RM 16 sahaja untuk semua dan terus meninggalkan pemandu penipu berkenaan. Secara logik akal, tiada tambang teksi dalam jarak berkenaan dengan harga RM60 di Malaysia.
Terus menaiki bas ke Berastagi yang jaraknya 70 km dari Medan dan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam. Tambang seorang adalah Rp8,000 sahaja. Jalan berliku-liku memang menyeronokkan dan dapat melihat sendiri masyarakat tempatan yang majoritinya suku Batak berniaga di sepanjang jalan. 2 rakan yang lain, sedap diulik perasaan sambil memejamkan mata dan tidur bagai nak rak sepanjang perjalanan. Hebat sekali melihat aksi oleh konduktor bas berkenaan yang begitu berani dan boleh memanjat bas berkenaan ketika bas sedang bergerak ketika di selekoh.Berastagi merupakan daerah yang dingin (1330m) dan terletak Tanah Tinggi Karo. Pekan ini terkenal dengan 2 objek wisata alam iaitu Gunung Sibayak (2172m) dan Gunung Sinabung (2417m). Kami hanya menyaksikan permandangan 2 gunung berapi yang terkenal berkenaan dengan hanya berjalan kaki selama 30 minit ke Bukit Gundaling yang hanya bersebelahan di pekan Berastagi.
Bunga-bunga Carnation di Berastagi
Izzo dan Gunung Sinabung di atas Bukit Gundaling
Aksi pelik 2 ekor anjing
Suhu yang dingin pada waktu malam di Pekan Berastagi menyebabkan kami hanya berada di kawasan Wisma Sibayak Guest House sahaja memandangkan kepenatan perjalanan sepanjang hari. Lebih menarik jika mendaki Gunung Sibayak kerana kebanyakkan pariwisata asing mendaki gunung tersebut.
Izzo di Pekan Berastagi dan Gunung Sibayak
p/s : Terima kasih Jue Daniel. Gunung Sinabung dan bukannya Gunung Sibanung
2 comments:
sibanung or sinabung???
tetiba hari tu ada seseorang bertukar jadi raksasa gorgon, mujur pemandu teksi tu tak kena telan huahauahauauauau
raksasa gorgon yang pakai tudung bertukar jadi gorgonita kot
Post a Comment