Saturday, October 6, 2012

Jom mencandat sotong

Sekitar di antara Mei hingga Oktober ketika bulan terang, mencandat sotong menjadi kebiasaan di Laut China Selatan. Pulau Kapas di Terengganu amat terkenal dengan aktiviti ini. Mungkin di situ lebih mesra pelancong dengan kemudahan yang disediakan. Tapi Izzo yang kenal rapat dengan Penghulu Mukim Kuala Pahang, berpeluang untuk ke laut bersama-sama beliau dan juga nelayan tempatan untuk mencandat sotong. Ha, bukan senang nak dapat dan berpeluang merasai hidup sebagai nelayan walaupun seketika.

Bermula di jeti LKIM Kuala Pahang, kami seramai 6 orang termasuk 4 lagi rakan lain bertolak jam 6 petang menuju ke tengah laut yang dikatakan lubuk sotong kira-kira sejam setengah perjalanan yang sejauh 12 batu nautika dengan kelajuan bot 8knott. Mabuk laut?? tidak. 

 Tok Penghulu Hassan.


Bot mula meninggalkan jeti LKIM yang terletak di muara Sungai Pahang. Ketika Izzo kerap berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur menaiki pesawat, muara Sungai Pahang jelas kelihatan dan kerap pilot mengumumkan pesawat berada di ruang udara Pekan Bandar DiRaja. Kini Izzo berada di muara berkenaan dan turut kelihatan beberapa pesawat di atasnya. Barangkali ketika itu juga pilot turut membuat pengumuman sedemikian.

 Meninggalkan muara Sungai Pahang


 Sunset dari atas bot

Alhamdulillah dapat solat Maghrib atas bot. Namun tinggal tidak sesekali. 


Tiba di kawasan yang dikatakan lubuk sotong, rupa-rupanya lebih 20 bot telah berada di situ dan turut menjalankan aktiviti yang sama. OOoooo memang ramai rupanya. Apa lagi, sauh telah dilabuhkan dan kami mula candat sotong. Candat diletakkan dalam air kira-kira 6 ke 7 meter dan tak sampai 30 saat, candat Izzo dah mengena. Haaa sangat teruja apabila Izzo orang pertama yang dapat sotong sedangkan nelayan lain pun tak dapat lagi. Itu ajalah kot lepas tu selang 5 minit baru dapat.

 Bot lain yang turut berada di tengah laut

Rasanya 3 jam lebih kot kami di tengah laut, ada yang muntah. Hahahaha. Itu dan biasa bagi yang pertama kali ke laut. Izzo pun turut rasa kepeningan. Maunya tak pening 3 jam bot berhenti dengan ombak yang kuat. Makan limau dan baring sekejap.

Jam 1130 kami balik ke jeti tapi kali ini perjalanan lebih singkat kerana mengikut arus dan arah angin. Kira-kira jam 1245 tiba di Jeti dan mengagihkan hasil tangkapan.




Sotong yang mula dicandat kelihatan cerah dan lutsinar. Tapi apabila telah dicampur ais ia mula kelihatan putih dan sepertimana sotong lain di pasar. Yang penting sotong ditangkap sendiri Izzo dan segar. Bolehlah nak bawa balik untuk isteri kesayangan dan anakanda menikmati sotong segar sebab Izzo sendiri tak makan sotong.
Keseluruhannya kami dianggarkan mendapat lebih dari 30 kg sotong malam itu. Itu hasil tangkapan kami seramai  orang. Tapi, nelayan lain di bot itu lebih 100 kg. Memang tak adil untuk dibandingkan antara kami dengan mereka.


Apabila ditanya kepada tekong bot, bila masanya waktu paling banyak sotong. Jawapan selamat beliau, "tak tahulah, semua tu dalam air, bergantung kepada rezeki".

Apa-apa pun matlamat nak mencandat sotong dah tercapai.

No comments: