Lokasi : Gunung Tebu, Besut Terengganu
Tinggi : 1,039 meter atau 3,408 kaki
Masa Perjalanan : 9 pagi - 4 petang
Tahap pendakian : Penat ler jugak.
Seperti yang dijanjikan, bila sampai di puncak, kita boleh nampak Laut China Selatan dan Pulau Perhentian (jika cuaca mengizinkan). Jawapannya ya, Izzo dapat lihat Laut dan Pulau Perhentian apabila matahari terbit awal pagi.
Izzo tak makan tebu pasalnya akan hilang segala susuk dalam badan ni. Haha, itu jangan dipercayai kerana tipu semata-mata. Tapi memang Izzo kurang minat dengan tebu dan tak ada selera bila lihat orang lain minum air tebu. Rasa macam mencucuk badan apabila tengok air tebu di jual terutamanya di Bazar Ramadhan.
Gunung Tebu, tak ada sebatang tebu pun sepanjang pendakian mungkin sekadar nama sahaja. Tapi gunung ini unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Mungkin kubur ahli-ahli silat yang bertapa di puncak gua ini. Terdaat batu besar dalam tulisan jawi yang menunjukkan mereka dari negeri jiran di Kelantan.
Terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut an tak jauh dari pekan Jabi. Dari Kuala Terengganu pastinya melalui Kampung Anak Ikan. Hutan Lipur tersebut adalan permulaan untuk mendaki gunung Tebu. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok renjer sebelum memulakan pendakian dan permit mendaki sebanyak RM5.
Check point : Batu Mat Hassan, Sungai Y, Jendela Dunia dan seterusnya Puncak Gunung Tebu.
No comments:
Post a Comment