Kebanyakan pengunjung di pantai ini bangun awal untuk menyaksikan panorama indah sewaktu matahari terbit. Paling menarik, ramai yang mandi pantai sewaktu pagi.
Pengalaman berada di Pantai Bulabog, Boracay di Filipina sememangnya tidak dapat dilupakan kerana keindahan pantai berkenaan, kejernihan air, pasir yang memutih serta suasana tak terucap apabila matahari terbit melengkapkan panorama indah berada di Pulau Boracay ini.