Showing posts with label Jazz. Show all posts
Showing posts with label Jazz. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Dua Dua Satu Dua

Sememangnya nombor plat yang cantik layak untuk kereta yang canggih sahaja. Begitu juga dengan kereta Jazz keluaran Honda yang terbaru ini sebab dapat memiliki nombor plat berkenaan secara tak sengaja. Tuannya menamakan kereta ini sebagai "Adriana Lima". Tak dapat memiliki nombor plat tersebut, dapat bergambar pun, jadilah.




Pada asalnya, cadangan kami adalah untuk menukar secara suka sama suka nombor plat ini dengan nombor yang dimiliki Izzo. Pemiliknya kereta ini, sahabat Izzo sendiri telah bersetuju untuk proses pertukaran berikut.


Aaaaaa.. berlaku lagi perkara yang mendukacitakan sebabnya permohonan pertukaran nombor plat berkenaan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Makan hati berulam jantung lagi nampaknya.


Tapi, hasrat berkenaan tak pernah padam. Izzo yakin satu hari nanti pasti dapat jua memilikinya.