Monday, June 30, 2008

Euro 2008: Sepanyol Menang

SEPANYOL MENANG !!!
Jaringan tunggal Torres di minit ke-33

Menarik, Hebat & Mengagumkan..
Walaupun Sepanyol tidak diletakkan sebagai pasukan elit dan pilihan sebelum Kempen Euro kali ini dan tetapi Izzo meramalkan Sepanyol akan menang dan seterusnya menjuarai Euro 2008. Sepanyol membuktikan pasukan mereka bukan lagi hanya sekadar pelengkap kejohanan.

Yang penting, Sepanyol akan menerima seorang pelancong dari Malaysia mungkin pada tahun hadapan.

Friday, June 27, 2008

Euro 2008 : SEPANYOL DI AKHIR

HOLA SPAIN
VIVA SPAIN

Tekaan hampir berjaya.
Bumi Andalusia dah hampir dekat.

Bedasarkan sejarah bola sepak Euro, kali terakhir Sepanyol memenangi Euro pada tahun 1964 berbanding Jerman yang tiga 3 kali memenangi kejohanan ini. Begitu juga dengan rekod perlawanan di antara 2 pasukan ini yang lebih menyebelahi kepada Jerman. Berbekalkan reputasi dan momentum di Euro 2008, Sepanyol berpeluang besar untuk menjuarai Euro 2008.

Tiba-tiba Izzo menyokong Sepanyol.. Heyy come on!.
Izzo menyokong pasukan Sepanyol dan meramalkan Sepanyol menjuarai Euro 2008 sejak awal tahun ini lagi. Pagi Isnin waktu Malaysia jam 2.45 pagi nanti, Sepanyol akan menentang Jerman di Stadium Ernst Happel, Vienna Austria.

Kita akan tengok nanti..
Strategi yang bakal digarap oleh Luis Aragones.
Iker Casillas cemerlang menangkap bola di gawang gol.
Kekebalan Sergio Ramos dan Carles Puyol di kubu pertahanan.
Marcos Senna, Cesc Fabregas dan David Silva yang mantap di barisan tengah.
Gandingan Fernanto Torres dan David Villa di jentera serangan.

KITA TENGOK NANTI

Thursday, June 26, 2008

Realiti Malaysia

Asalnya tempat ini hanya dibuka oleh beberapa peniaga sahaja sekitar tahun 2002 dan mula dibuka pada waktu tengah hari hingga lewat petang. Namun, atas permintaan yang semakin meningkat, bilangan gerai pun semakin meningkat. Terletak berhampiran Universiti Tenaga Nasional, tempat ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna lalu lintas ke Putrajaya.

Secara realiti, inilah perkara yang berlaku hanya di sebelah gerai-gerai tersebut. Di mana silapnya peraturan, didikan, pemikiran atau mentaliti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia? Sifat mencintai kebersihan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar yang dipelajari sejak kecil semakin lenyap ataupun tidak pernah diamalkan. Jika di katakan masyarakat Malaysia sebagai “pengotor”, mungkin kita melenting atau tidak bersetuju tetapi inilah hakikatnya yang sebenar.


Tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang, semuanya sama. Tanpa mengira memiliki kenderaan mewah mahupun bersaiz kecil, mereka dengan senang hati membuang sampah melalui kenderaan. Tanpa mengira seseorang itu penyokong parti kerajaan yang memerintah atau parti pembangkang yang cukup fanatik membicarakan perihal politik, mereka tetap membuang sampah.



Mungkin ini yang terjadi lumrah dan tabii dalam kehidupan. Acap kali kita dengar orang lain dipersalahkan terutamanya pihak berkuasa, kerajaan atau sebaliknya. Bab-bab mengkritik, memberi komen dan menghentam entiti yang lain memang hak dan kebebasan individu tetapi perkara yang menyusahkan dan mendatangkan kemudaratan adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.

Tak perlu kita sebagai rakyat Malaysia menyalahkan pendatang asing sebagai mangsa atau kambing hitam untuk sebarang peristiwa yang mengaibka tetapi sebaliknya perlu akur dan sedar dengan kelemahan, kekurangan diri sendiri walaupun masing-masing berlumba-lumba menunjukkan super ego.

Teori realisme dan neo realisme dalam pengajian sains sosial tidak dapat menghalang tabii dan kehidupan seseorang individu meskipun dikawal oleh peraturan dan undang-undang. Norma kehidupan sebegini merupakan realiti kepada masyarakat khususnya Malaysia.

Thursday, June 19, 2008

Isu Minyak : Pemikiran Izzo

Isu minyak di Malaysia berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kenaikan kos bahan api utama dunia ini semakin meruncing bukan sahaja di Malaysia tetapi turut merupakan isu utama di dunia. Sorotan kenaikan harga minyak dunia seperti yang diramalkan yang akan mencecah USD200 satu tong dijangka bakal mengundang peningkatan kadar inflasi hampir di seluruh dunia. Malaysia harus juga bersedia untuk perkara itu dan mengerti kitaran 13 tahun permasalahan ekonomi dunia.

Selaku salah sebuah negara pengeluar minyak, walaupun bukannya antara negara utama dalam OPEC, Malaysia turut menerima tekanan harga di samping mengurangkan kebergantungan pihak pemerintahan untuk rakyat supaya dapat membayarnya menghampiri harga asal. Tiada pemimpin yang hebat dari pelusuk mana yang mampu untuk mempertahankan harga tersebut waima pemerintahan George Bush sekalipun di Malaysia. Subsidi yang semakin mengecil mengajar rakyat Malaysia satu hari nanti supaya dapat membayar dengan harga asal sebegaimana yang diamalkan oleh negara-negara G8.

Mungkin kita terlupa, bahan api ini digunakan hampir setiap individu dan pemilik kenderaan. Dari situ kita juga dapat mengandaikan golongan yang dikatakan mampu untuk memiliki kenderaan dan berada di golongan pertengahan secara purata ini adalah meluas dan kuantiti yang banyak seperti mana piramid di peringkat pertengahan dan nilai min berdasarkan ilmu statistik. Kemampuan untuk memiliki kenderaan dan berpendapatan yang lebih juga menjelaskan mereka selesa dan mendapat “manfaat” dari konteks pembangunan dan kehidupan yang telah diusahakan oleh pihak pemerintah kepada golongan tersebut sebelum ini. Izzo turut mengakuinya dan boleh diperkatakan berada di golongan ini.

Izzo menulis kali ini dengan melihat dari pemikiran yang lain secara lateral, tiba masanya manfaat yang diperoleh hasil dari limpahan ekonomi negara sebelum ini dibalikkan kembali kepada negara sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln.. ,
“tak perlu bertanya apa pihak pemerintah lakukan untuk kita, sebaliknya perlu bertanya apa yang patut kita lakukan untuk pihak pemerintah/ negara”. Malaysia yang kian menuju negara maju hanya beberapa tahun sahaja lagi patut untuk mengurangkan subsidi dan kebergantungan dari pihak pemerintah. Terlalu banyak subsidi selama ini yang telah diberikan secara langsung atau pun tidak dan mungkin pihak yang menerimanya tidak menyedari perkara itu. Seeloknya golongan sedemikian bersyukur dengan apa yang telah diterima namun pada masa yang sama lebih mengkritik daripada menyampaikan idea yang lebih membina untuk dinikmati bersama.

Analoginya seperti bayi yang mula dibelai dari kecil. Diajarnya bertatih, dan kemudian berjalan dan seterusnya berlari. Hingga pada satu peringkat menjelang dewasa ia boleh hidup berdikari. Pertolongan dari ibu bapa secara langsung tidak lagi diperolehi sebaliknya mereka pula yang menolong ibu bapanya.

Yang pasti, keputusan oleh Kerajaan Malaysia mengurangkan subsidi minyak pastinya ada alasan yang kukuh. Mungkin tak ramai yang membaca, memahami, melihat dan mendengar penjelasan serta langkah-langkah yang diwartakan oleh pihak kerajaan bertindak sedemikian namun sama ada di surat khabar, televisyen atau media perdana yang lain sebaliknya terus menghukum dan menyifatkan pihak kerajaan tidak berhati perut berdasarkan pandangan satu pihak sahaja terutamanya media alternatif. Golongan sebeginilah yang banyak menerima dan menggunakan manfaat selain menikmati limpahan hasil kemakmuran negara hampir setiap hari dan setiap ketika.

Golongan mewah sebagaimana yang berkereta Mercedez mempunyai status yang tersendiri dan adalah menjadikan harapan agar mereka dapat memahami kewajaran penerimaan subsidi kepada mereka untuk terus diberi atau sebaliknya berbanding kemampuan dan kuasa beli yang telah mereka nikmati selama ini. Namun di sebalik itu, masih ada lagi golongan yang kurang bernasib baik seperti OKU dan golongan yang tergolong dalam kelompok kemiskinan yang tinggal dan mendiami ceruk-ceruk rantau seperti Baling di Kedah dan Tongod di Sabah yang selama ini jarang sekali menikmati subsidi bahan api tersebut.

Semestinya pengurangan subsidi bahan api yang dinikmati oleh kita selama ini, dapat juga dirasai oleh golongan ini di mana pastinya perbelanjaan pembangunan dan program pembasmian kemiskinan rancak dilakukan. Tidak itu sahaja, pengurangan subsidi minyak ini membolehkan perkembangan pembangunan sosial yang lain termasuk pembinaan sekolah, penambahan biasiswa, infrastruktur luar bandar dan juga jaringan pengangkutan awam hendaknya yang mungkin kita terlupa. Inilah yang dinamakan pembangunan yang lebih seimbang dan mapan untuk manfaat semua pihak dan tidak hanya membelanjakannya kepada subsidi minyak semata-mata. Jika selama ini, ada di antara kita memahami konsep
“give & take”, inilah masanya untuk kita “give” kepada negara yang selama ini hanya kita “take” sahaja.

Kita juga memahami dan bersetuju untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 dan pengurangan subsidi oleh kerajaan (tidak hanya kepada bahan api sahaja) adalah salah satu di antaranya. Perkara yang penting di sini adalah pemikiran rakyat dan kesediaan untuk berhadapan dengan masalah sebegini.

Jika kita merungut dengan harga minyak yang melambung, alternatif penggunaaan pengangkutan awam boleh digunakan. Jika anda seorang yang lambat dan alasan menyalahkan kesesakan lalu lintas serta kelewatan pengangkutan awam, anda perlu menjadi manusia yang awal dan lebih berdisiplin serta menghormati masa tidak seperti beberapa pemimpin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, yang sampai hari ini masih lagi lewat meskipun mempunyai pemandunya sendiri di samping “outrider” khas untuknya. Teringat saranan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berkata, “Ubah cara hidup anda!!”.


Izzo pasti dan yakin, jentera perancangan pembangunan dan pelaksanaan negara bukan sekadar main-main dalam pembuatan keputusan terutamanya membabitkan kesejahteraan rakyat dan hala tuju pembangunan negara. Kebijaksanaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan berterusan yang cemerlang akan terus diberikan untuk Malaysia yang tercinta ini dalam menempuh hari-hari akan datang.

Tuesday, June 17, 2008

Ringgit Bukan Dollar


Bunyinya sedap iaitu “Dollar” tetapi matawang berkenan tidak digunakan di Malaysia kerana hampir keseluruhan transaksi urusniaga di Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia (RM) atau disebut Ringgit.

Apa nak jadi dengan segelintir orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang menyebut Dollar? Ini biasanya berlaku apabila orang yang dikatakan cerdik ini bercakap dengan dalam bahasa Inggeris sehinggakan sanggup menukar Ringgit menjadi Dollar. Matawang tetap matawang dan kata nama khusus tersebut tidak boleh ditukar atau di alihkan kepada bahasa lain.

Tidak kira seseorang itu berpangkat menteri sekalipun, ahli politik, ahli ilmuan, orang yang berpangkat Tan Sri, Datuk, usahawan, peniaga, jurujual mahupun orang kebanyakan supaya tidak lagi membahasakan Ringgit sebagai Dollar apabila bercakap terutamanya apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Bunyinya memang sedap di dengar namun layak untuk meletakkan mereka ini sebagai “mereka yang nak tunjuk pandai tapi tak cerdik”.

Teringat kembali kisah yang berlaku ketika Izzo menaiki pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada tahun 2006. Memandangkan penerbangan berkenaan di sektor domestik, maka semua urusniaga penjualan makanan dan cenderamata adalah menggunakan RM. Seorang penumpang dari England duduk di sebelah Izzo yang baru menghabiskan percutiannya di Pulau Sipadan pada ketika itu. Di dalam pesawat, beliau berminat untuk membeli t-shirt Manchester United versi AirAsia dengan harga di sekitar RM45. Pramugari yang bertugas menyatakan kepada penumpang tersebut,
“This t-shirt 45 Dollar sir”. Penumpang berkenaan membalas kembali, “I don’t have any Dollar now but I have only Malaysian Ringgit and Pound Sterling. As far as I concerned, all transactions here didn’t use Dollar. I not sure either you refer to US Dollar, Singapore Dollar or Australia Dollar”. Bunyinya hampir begitu tapi Izzo mungkin terlupa dialog yang sebenarnya. Kemudian, barulah pramugari berkenaan menjelaskan harganya adalah 45 Ringgit dan bukannya Dollar.

Sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan berkenaan sebutan matawang juga menunjukkan rendahnya masyarakat kita mudah di pengaruhi oleh dunia luar. Akibatnya kita sendiri yang rasa malu kerana mungkin terlalu seronok dan berasa dirinya hebat. Sesiapa yang terbaca dan terkena janganlah cepat melatah dan terasa pula.

Ini adalah pandangan Izzo yang boleh diluahkan untuk kebaikan bersama.