Merangkai kata-kata romantis dari nama-nama negara.
HOLLAND = Hope Our Love Lasts And Never Dies
ITALY = I Trust And Love You
LIBYA = Love Is Beautiful, You Also
FRANCE = Friendships Remain And Never Can End
CHINA = Come Here.... I Need Affection
BURMA = Between Us, Remember Me Always
NEPAL = Never Ever Part As Lovers
INDIA = I Nearly Died In Adoration
KENYA = Keep Everything Nice, Yet Arousing
CANADA = Cute And Naughty Action that Developed into Attraction
KOREA = Keep Optimistic Regardless of Every Adversity
EGYPT = Everything's Great You Pretty Thing!
Utara membawa berita Selatan membawa utusan Timur membawa makmur Barat membawa rahmat
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Yer la tu..
Entah betul atau tidak?
Yang pasti Izzo bukan seorang perokok. Dah tau merokok tu membahayakan kesihatan, buat apa nak merokok. Isyyy
Foto ini dirakam oleh seorang rakan/ jiran baru-baru ini. Nampak macam betul merokok tapi macam tipu pun ada jugak. Mungkin hanya sekadar bergaya pegang rokok berkenaan dengan kepulan asap.
Sunday, February 22, 2009
Pulau Ketam
Jika minat kepada makanan laut, elok juga untuk melawat Pulau Ketam yang tak jauh dari Pelabuhan Klang. Izzo yang alah dengan makanan laut termasuk bau bahan mentah berkenaan pergi ke sana dengan seorang rakan ingin melihat kehidupan kampung nelayan di sini termasuk tempat penternakan ikan secara tradisional. Cuaca panas terik ditambah dengan bau bahan mentah hasil tangkapan laut yang meloyakan membuatkan pening kepala ketika berada di Pulau Ketam.
Sewaktu asyik melihat suasana kampung nelayan yang di dominasi kaum Cina di Pulau Ketam, ada juga rupanya Balai Islam di sini yang menjadi penganut minoriti di sini di kalangan penduduk Pulau Ketam sendiri. Tapi yang paling seronok apabila Izzo terserempak dengan seorang kanak-kanak lelaki yang baru balik dari sekolah sedang berpayung dirinya walhal membiarkan sahaja teman wanita/kawan/kakak/adik perempuannya menarik 2 beg. Berapa kanak-kanak lelaki tu membayar upah untuk menarik beg agaknya?
Friday, February 20, 2009
Tiada jiwa di Kota Medan
Tengah hari Sabtu, Izzo menaiki bot pulang dan tiba di Parapat pada 12.15 tengah hari dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Medan dengan menaiki kenderaan yang telah di sewa khas pada jam 1.30 tengah hari. Secara kebetulan terdapat pasar harian di pekan tersebut. Perkara tidak di ingini sekali lagi berlaku diakibatkan kes penipuan kedua. Perjalanan terpaksa ditunda pada jam 2.30 petang sedangkan bilangan penumpang telah mengcukupi pada jam 1.30. Penumpang yang sepatutnya bertolak pada jam 1.30 telahpun bertolak. Alasan yang diberikan oleh pengusaha tersebut iaitu CV Raja Taksa Trans sangat tidak munasabah dan ternyata menipu kami. Tetapi, kami yakin kami tetap akan sampai juga ke Medan pada petang tersebut. Fikiran positif di otak kanan berfikir, itu hanya kelewatan walaupun disengajakan.
Tiba di Medan betul-betul di tempat penginapan yang dituju iaitu sekitar Mesjid Raya. Selepas mengharungi 4 jam setengah di dalam van dan menghantar kesemua penumpang lain ke tujuan masing-masing, keadaan memang memenatkan dan hari sudah pun gelap. Malam minggu di Medan di habiskan dengan melihat gelagat wargakota di sekitar Mesjid Raya.
Mesjid Raya, Medan
Tiada tujuan lain berada di Kota ini selain mendapatkan saguhati untuk dibawa pulang. Memandangkan hari berkenaan adalah hari minggu, tak banyak toko di buka. Seawal pagi kami ke Pasar Pusat untuk melihat gelagat peniaga di situ, namun tak banyak yang gelagat menarik yang ditemui. Kemudian berpindah ke Istana Maimoon, tempat bersejarah di kota ini yang menyaksikan ramai pariwisata Malaysia mengunjungi bangunan ini. Penipuan berlaku lagi ketika tiba di Istana berkenaan akibat pemandu beca meminta wang yang berlebihan dari apa yang patut kami bayar sewaktu rundingan harga sebelumnya. Tak pasal-pasal, pemandu berkenaan dimarahi oleh seseorang dan ditinggalkan begitu sahaja.
Selepas menikmati sarapan tengah hari pada jam 1030 pagi, kemudiannya berangkat ke Pasar Ikan Lama untuk membeli-belah. Walaupun namanya Pasar Ikan, tetapi tiada seekor pun ikan yang dijual sebaliknya syurga kepada wanita untuk membeli pakaian serta kelengkapan rumah. Hampir 85% pengunjung adalah dari Malaysia di Pasar Ikan Lama ini. Sesudahnya, kami hanya berjalan kaki ke Sun Plaza. Menghabiskan masa selama hampir 2 jam di kafe J.Co di gedung membeli-belah itu, kami seterusnya ke Merdeka Walk pula dengan harapan mencari kraftangan dari Medan namun jawapannya tetap hampa. (Kraftangan dikenali sebagai "Kerajinan Tangan" dalam Bahasa Indonesia). Akibatnya sekali lagi, Izzo dan rakan-rakan menghabiskan masa di Pizza Hut hampir 2 jam. Entah mengapa, masa berlalu teramat perlahan ketika berada di sini.
Destinasi kemudiannya sekali lagi ke Pasar Pusat untuk aktiviti membeli belah terakhir di Kota Medan. Walaupun jam menunjukkan 3.30 petang kami menaiki teksi dan balik ke penginapan semata-mata untuk mengambil beg. Tiba di Bandara Polonia, Medan jam 4 petang walaupun penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 8.10 malam. Leka di Bandara hingga terlelap dan menyaksikan ketibaan penumpang lain yang datang secara bergerombolan menaiki bas untuk tujuan yang sama seperti kami.
Walaupun penerbangan lewat pada jam 9.30 malam, akhirnya semua senyum kerana dapat juga membeli barang yang diingini di kedai bebas cukai walaupun harganya agak mahal.
Hari minggu yang cukup panjang di Medan untuk dihabiskan. Jiwa kota ini bukan untuk Izzo untuk membeli-belah tekstil ataupun kelengkapan rumah. Tetapi pengembaraan kali ini di Sumatera Utara seronok juga dengan gelagat 2 pemandu yang dimarahi, hospitaliti yang baik terutamanys di Berastagi, permandangan mengasyikkan di Tanah Tinggi Karo, Tongging, Air Terjun Sipiso-piso dan semestinya Danau Toba.
Thursday, February 19, 2009
Danau Toba & Pulau Samosir
Danau Tona merupakan tasik gunung berapi di kawasan tanak tinggi. Tasik ini juga merupakan tasik paling dalam di dunia. Sejarahnya dipercayai terbentuk akibat kesan dari ledakan gunung berapi yang kemudiannya membentuk seakan-akan kawah. Selepas itu terisi oleh air dan menjadi seperti sekarang dikenali sebagai Danau Toba.
Izzo menaiki bot dari pekan Parapat selama 45 minit menuju ke Tuk Tuk, daerah tumpuan pariwisata yang mengunjungi Pulau Samosir. Kecantikan objek wisata alam di Indonesia tidak dapat disangkal dan perlu dipelihara dengan mapan oleh pihak pemerintahnya. Pembangunan lestari di kawasan ini menyebabkan ramai pariwisata tempatan dan asing, ahli cendiakawan dan pengkaji bumi tak putus untuk mengunjungi.
Ketika berada di sana, suasana redup dan amat baik di samping layanan yang cukup enak dari Samosir Cottage tempat di mana kami menginap pada malam tersebut. Bab, makanan halal tidak menjadi masalah di sini kerana terdapat 2 cafe yang menyediakan makanan halal.
Kebiasaannya pengembara asing menghabiskan masa sekurang-kurangnya 3 hari di Pulau Samosir/ Danau Toba dan ada di antara mereka menghabiskan masa berminggu-minggu lamanya untuk menikmati panorama yang indah, iklim yang tenang serta suasana yang mendamaikan di sini. Tetapi kami hanya satu malam sahaja. Agak rugi juga sebenarnya masa yang agak singkat tersebut tapi masih berpuas hati sebab dapat juga terjun dan mandi di Danau Toba itu sendiri. Ayat , "Anda tidak di boleh mengatakan anda sudah sampai ke Danau Toba, jika tidak mandi di tasik berkenaan" boleh digunapakai. Ayat perkena siapa yer?
Untuk mandi di Danau Toba seeloknya waktu pagi kerana air yang kurang berkocak walaupun lebih sejuk berbanding waktu petang yang mempunyai ombak yang tinggi serta angin yang kuat. Walaupun Izzo boleh berenang tapi memang kurang berani nak berenang sampai ke tengah sebab khuatir juga dengan apa yang ada di dalam tasik berkenaan serta teringat mitos-mitos lain berkaitan tasik.
Pulau Samosir yang lebih besar dari sebuah negara di selatan tanahair merupakan pulau yang cukup besar dan tak mampu untuk dijelajahi dalam sehari. Kami hanya menyewa basikal dan mengayuh ke pekan kecil Tomok kira-kira 10km dari semenanjung Tuk Tuk. Sepanjang perjalanan juga dapat melihat sendiri kehidupan warga tempatan suku Batak Toba.
Masa 2 hari 1 malam dihabiskan dengan bersantai di kawasan Tuk Tuk yang mempunyai penduduk yang ramah serta mereka sendiri dapat mengetahui kami pelancong dari Malaysia.
Untuk mandi di Danau Toba seeloknya waktu pagi kerana air yang kurang berkocak walaupun lebih sejuk berbanding waktu petang yang mempunyai ombak yang tinggi serta angin yang kuat. Walaupun Izzo boleh berenang tapi memang kurang berani nak berenang sampai ke tengah sebab khuatir juga dengan apa yang ada di dalam tasik berkenaan serta teringat mitos-mitos lain berkaitan tasik.
Subscribe to:
Posts (Atom)