Monday, March 30, 2009

Dasar Laut di Pulau Redang


Memang puas hati bila ke Pulau Redang kali ini. Bukannya kali pertama Izzo ke pulau ni, tapi dah berkali-kali. 4 tahun lalu Izzo ke Redang Kalong Resort dan kali ini ke tempat yang sama lagi kerana resort ini agak sunyi berbanding resort lain yang terletak di belakangnya serta mempunyai teluk dan pantainya tersendiri di Pulau Redang. Kadar penginapan untuk 3 hari 2 malam cukup berbaloi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang amat baik. Nak merasai kemewahan di Berjaya Redang memang tak mampu.
Selama ini, jika ke mana-mana pulau hanya sekadar menjalankan aktiviti snorkelling tetapi kali ini lebih dari itu kerana buat kedua Izzo menghayati alam yang lebih tenang di dasar laut dengan menyelam skuba di Pulau Redang. Terdapat lebih 20 tapak menyelam di Pulau Redang dan antara tapak menyelam yang paling cantik di Semenanjung Malaysia.
Terpegun dengan keindahan alam dan dasar laut secara dekat, banyak lagi khazanah laut yang lebih cantik dan tak dapat dilihat dengan mata kasar sekiranya hanya berada di daratan. Nikmat hidup apabila berada di dasar laut yang hanya mendengar desiran pernafasan diri sendiri dan penyelam lain di samping gelombang-gelombang air yang diulik dari mainan rumpai dan ikan-ikan, membuatkan diri berasa cukup tenang dan Izzo bersyukur seketika kerana berpeluang menyelam walaupun kurang dari 1 jam.
Jika seronok snorkelling, Izzo hanya berkesempatan menyelam tanpa tong oksigen dan hanya beberapa saat sahaja tetapi kali ini menggunakan peluang yang ada sepenuhnya buat kali kedua dengan tong oksigen walaupun Izzo masih belum mempunyai lesen menyelam secara sah. Bila agaknya nak perolehi lesen tersebut? Mungkin dalam tahun ini juga.
Di bawah dasar laut sedalam 18 meter, mainan lincah "Nemo" yang banyak kelihatan, tapak sulaiman, ikan pari, penyu, ikan yu, kuda laut, labah-labah laut serta bermacam warna dan bentuk hidupan ikan lagi memang menarik namun tak semua sempat dirakam dengan kamera sony cybershot khusus untuk dalam air. Ini ditambah dengan kecantikan batu karang dan juga lambaian rumpai yang menjadikan habitat kepada haiwan-haiwan berkenaan bermain.

Sememangnya ini menyelam merupakan pengalaman yang indah dan pastinya Izzo akan menyelam lagi dan lagi selepas ini.

Thursday, March 26, 2009

Kisah Benar

Apabila kerap membaca Di Celah-celah Kehidupan yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan setiap minggu, Izzo cuba mendalami realiti kehidupan yang berlaku oleh masyarakat di sekeliling. Nyata, banyak rencah dan asam garam kehidupan yang berlaku dalam masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini seorang rakan yang Izzo kenali (En. M) turut berkongsi ceritanya dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Kisahnya seperti yang diluahkan kepada Izzo;

"En. M baru-baru ini gagal dalam cintanya dengan seorang gadis begitu juga dengan Cik Z yang semakin bertambah usianya. Mereka diperkenalkan oleh hubungan sesama keluarga masing-masing yang cuba menyatukan mereka di jinjang pelamin. En. M menerima dengan hati terbuka dan juga Cik Z yang boleh dikatakan "malu tapi mahu".

Cik Z akhirnya berjaya mendapatkan nombor telefon En. M dari sumber khasnya dan menghubungi En. M yang menunjukkan perasaan ketidakselesaan beliau dalam situasi tersebut. Cik Z juga mencadangkan agar mereka bertemu sesama sendiri sebelum keluarga En. M membuat risikan terhadap keluarga Cik Z. En. M bersetuju dan seelok-eloknya berjumpa untuk kali pertama sebelum berlanjutan ke peringkat seterusnya jika ada keserasian diantara mereka.

Mereka bertemu di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka tanahair iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ketika bertemu, Cik Z menceritakan kepada En. M tentang hidupnya, dan serba sedikit kekurangan dan kelebihan yang terdapat pada dirinya. Kedua-duanya bersetuju untuk merahsiakan pertemuan ini dari pengetahuan pihak keluarga masing-masing. Cik Z dapat menerima apa jua keadaan En. M dan hanya bergantung kepada keputusan En. M untuk tindakan selanjutnya.

En. M yang merupakan seorang yang suka menyimpan masalah peribadinya difahamkan oleh keluarganya sebelum ini bahawa umur mereka adalah sebaya tetapi apabila bertemu di dapati usia En. M adalah lebih muda berbanding Cik Z. Di dalam hatinya , beliau tidak dapat menerima bakal teman hidupnya lebih berusia berbandingnya dan terus tidak memberikan apa-apa maklum balas sama ada menelefon atau menghantar sms kepada Cik Z. Pendek kata, En. M tidak berminat untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat selanjutnya.

Selang hampir 2 minggu selepas pertemuan tersebut, tiba-tiba En. M mendapat panggilan dari nombor telefon 017*431*04 yang memperkenalkan dirinya kakak kepada Cik Z. Panggilan itu disambut tiba-tiba dikejutkan dengan berita mengenai Cik Z kini jatuh sakit akibat buatan/ ubat guna-guna En. M dan keluarganya yang menemui seseorang di Kelantan dan mengubati agar Cik Z terus mengingati En. M. En. M agak pelik dengan situasi berkenaan dan agak tertawa mengapa perlu berjumpa seseorang atau "bomoh" untuk berbuat sedemikian sedangkan beliau tidak berminat untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Kakak Cik Z turut berkali-kali menuduh En. M melakukan perbuatan syirik tersebut adakalanya memaksa untuk En. M mengaku sedangkan En. M menganggap itu adalah perkara yang mengarut sama sekali sedangkan beliau masih tidak menceritakan pertemuannya dengan Cik Z sebelum ini kepada keluarganya. Bagaimana mungkin En. M dan keluarganya mempunyai masa untuk melakukan perbuatan syirik berkenaan sedangkan keluarganya juga tidak pernah untuk mempercayai golongan sedemikian dan lebih-lebh lagi menyekutui Allah.

Kakak kepada Cik Z mendapat tahu bahawa En. M dan keluarganya melakukan perbuatan itu adalah dari tilikan Cik Z sendiri dengan seseorang guru agamanya dalam tarekat pengajiannya yang katanya dapat melihat apa yang berlaku kepadanya. Menurutnya lagi, tilikan oleh guru agamanya memang betul dan tepat serta boleh dipercayai. En. M menganggap perkara ini sememangnya satu situasi yang begitu "kelakar" baginya dan bukti awal lagi menunjukkan siapa yang bertemu golongan sedemikan sebenarnya.

En. M yang tiba-tiba merasakan dirinya dipermainkan dan juga maruah keluarganya yang turut dilibatkan dalam perkara ini, lantas menghubungi keluarganya dan menceritakan segalanya yang belaku kepadanya dan keluarganya akibat tuduhan liar berkenaan. Keluarga En. M terus menghubungi pemilik nombor telefon berkenaan iaitu kakak kepada Cik Z dan turut menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk berhadapan dengan perbuatan syirik lagi di laknat oleh Allah.

Akhirnya En. M menerima panggilan telefon dari Cik Z sendiri yang menceritakan diri Cik Z tidak menyukai En. M. Ironinya Cik Z sentiasa teringatkan En. M sepanjang masa sehingga Cik Z jatuh sakit akibat buatan En. M dan keluarganya. Luahan rasa oleh Cik Z kepada En. M menunjukkan bahawa Cik Z berharap agar En. M menjadi yang halal buatnya.

Pandangan En. M, beliau cuba untuk memahami maksud perkataan "angau" dan maksudnya adalah pengidapnya hilang selera makan dan tidur tak lena yang oleh mengundang pelbagai penyakit".

Izzo menerima cerita ini dari En. M dan tanpa merujuk kepada Cik Z. Rasanya Izzo tak perlu mencari Cik Z dan mengetahui cerita dari pihaknya pula kerana ini akan mengundang lagi permasalahan kerana mungkin Izzo dianggap sebagai penyibuk dalam permasalahan mereka. En. M yang suka berdiam diri akhirnya berkongsi ceritanya walaupun agak berat untuk membuka mulut pada awalnya serta En. M mahukan pandangan Izzo secara terbuka walaupun beliau sedia berhadapan dengan 1001 perkara yang bakal menyusul.

Pandangan Izzo secara terbuka;

1. Restu dari keluarga amat penting kepada pasangan yang bakal satukan. Izzo lebih menyukai pilihan keluarga kerana restunya tetapi dalam kes ini En. M dan Cik Z agak keterlaluan kerana Cik Z telah memburukkan keluarga En. M dengan mengaitkan dengan amalan yang di anggap syirik. Peluang untuk Cik Z mungkin tertutup untuk diterima oleh ahli keluarga En. M.

2. Faktor umur di mana lelaki lebih muda dari wanita menunjukkan lelaki tersebut tidak mahukan ego beliau di tindas oleh mana-mana wanita. Perkara ini mungkin sama seperti pendapatan wanita melebihi pendapatan lelaki walaupun kehidupan kini kebanyakkan pasangan sudah dapat menerima 2 faktor tersebut. Izzo bersetuju dengan faktor pertama kerana, Izzo kerap menerima nasihat dari golongan yang berusia seperti lelaki berumur 50an yang telah mengatakan isterinya sudah putus keinginan dalam nafkah batinnya sedangkan lelaki pada ketika itu masih lagi bertenaga. Tetapi akhir-akhir ini banyak pula personaliti terkenal yang wanitanya berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda.

3. Kisah bomoh/ dukun/ pawang/ tukang tilik/ ahli agama/ tarekat/ ubat guna-guna dalam kes ini menunjukkan betapa terdesaknya seseorang untuk meneruskan kehidupan. Kepercayaan kepada golongan ini menyebabkan berlakunya tuduhan melulu kepada pihak lain tanpa mengetahui masalah dan perkara yang sebenar.

4. Menasihatkan agar En. M supaya berdiam diri buat seketika ini dan supaya lebih mengingati Allah kerana keadaan sebegini beliau perlukan kekuatan walaupun seorang pendiam dalam beberapa perkara.

Monday, March 23, 2009

Ujian Personaliti

Diambil dari http://www.quizbox.com/personality
Keputusan untuk Izzo,

Your view on yourself:
You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education:
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

Friday, March 20, 2009

PDRM???

Mungkin ramai di antara kita sering mengalami kesesakan lalulintas akibat kemalangan. Kadang-kadang kenderaan yang kita pandu terus tidak bergerak selama 30 minit di atas jalanraya mahupun lebuhraya akibat kesesakan tambahan lagi ramai pemerhati yang memperlahankan kenderaan untuk melihatnya.

Perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia kerana pemandu di negara-negara lain yang Izzo telah melawat sebelum ini turut melakukan perkara yang sama iaitu memperlahankan kenderaan masing-masing hanya untuk melihat keadaan kemalangan yang berlaku sama ada di laluannya ataupun di laluan berasingan. Keadaan sesak meskipun adalah kawalan polis yang mengawal lalulintas.

Kemalangan selama ini yang Izzo lihat adalah kenderaan biasa iaitu kereta, motorsikal, van dan juga kenderaan perdagangan seperti bas dan lori. Tetapi kemalangan kali ini melibatkan kenderaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terbalik di atas lebuhraya yang menuju ke Putrajaya.

Yer, meskipun pihak penguasa tersebut kerap mengingatkan pemandu lain tentang aspek keselamatan jalanraya, tetapi pemandu (polis) berkenaan juga manusia biasa. Berapa agaknya kelajuan yang dipandu anggota berkenaan sehingga terbalik? Bagaimana keadaan pemandu terbabit. Tak sempat pula nak catat no pendaftaran kenderaan berkenaan.

Thursday, March 19, 2009

Episod berangan tak sudah

Pertama sekali, terima kasih kepada rakan karib Izzo iaitu Senutha, http://www.senstation.blogspot.com/ yang mengirimkan gambar ini.

Kedua, Izzo tergelak habis apabila melihat gambar ni sebab terfikir bila pula majalah tersebut wujud, tapi rupa-rupanya itu adalah palsu semata-mata.


Ketiga, Izzo nak berkongsi dengan semua apa benda tu. Walaupun mengetahuinya gambar majalah itu palsu.

Keempat, Izzo nak bagi tahu rakan tersebut yang bernama Senutha, memang banyak buat kejutan dari semasa ke semasa. Hahahahaha