Thursday, May 13, 2010

Monday, May 10, 2010

Mekah

Tangga Kaabah
Mina
Jabal Rahmah
Ladang Unta

Mekah dalam pembangunan semula
Gua Hira' Arafah


Thursday, April 29, 2010

Madinah Al-Munawwarah

"Ya Allah, berikanlah aku kecintaan kepada Madinah seperti cinta aku terhadap Mekah bahkan melebihinya." Bukhari no. 1889.
Kota ini adalah kota hijrah Rasulullah S.A.W, kediaman serta pusat dakwah beliau. Kota ini juga bersemayam jasad suci baginda Rasulullah S.A.W di Raudhah yang terdirinya Masjid Nabawi.
Tiba di sini, jiwa terasa amat tenang tanpa dengan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran di di sekeliling Masjid Nabawi. Persekitaran yang amat bersih dan penduduknya yang baik serta peramah. Sebagaimana sejarah Baginda Rasulullah S.A.W, Madinah atau dikenali kota Yatsrib sebelum ini menyaksikan penghijrahan baginda dari Mekah. Selepas tiba di Madinah, Baginda merangka perlembagaan untuk menyatupadukan masyarakat pada ketika itu iaitu puak Muhajirin dan Ansar.
Ziarah di Kota Madinah, Izzo bersama ibu bapa dan jemaah lain di bawa ke Makam Al-Baqi' yang terletak berhampiran Masjid Nabawi, Masjid Quba yang merupakan masjid pertama atas dasar taqwa yang dibina sebaik Baginda Rasulullah tiba di Madinah.

Bukit Uhud

Ladang Kurma

Tidak ketinggalan, jemaah turut dibawa ke Bukit Uhud yang mengisahkan sejarah Perang Uhud yang berlaku pada 625 Masihi, Kilang percetakan Al-Quran dan Pasar Kurma. Ziarah turut dibawa ke Masjid Qiblatain yang membawa maksud masjid 2 kiblat yang menyaksikan perpindahan arah Qiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram, pada ketika itu Baginda Rasulullah sedang menunaikan solat dan menerima wahyu dari Allah S.W.T.

Masjid Quba

Masjid Qiblatain

3 malam menginap di Madinah, tempoh tersebut begitu amat singkat dan memang perlu mengunjunginya lagi. Kali pertama Izzo mengerjakan solat di Masjid Nabawi terasa amat tenang dan menginsafi kebesaran Islam serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi setiap orang.


Izzo mengakhiri Ziarah di Madinah ini dengan bersiap sedia memakai pakaian ihram serta niat ihram di Bir Ali selepas solat Zohor untuk ke Mekah dan mengerjakan Umrah. Madinah dan Masjid Nabawi, Izzo terpaksa tinggalkan buat seketika dan merinduinya sepanjang masa.

Bukit di Hadapan Bir Ali

Tuesday, April 27, 2010

Masjid Nabawi

"Maha Suci Allah"

Perkataan yang mula keluar apabila sampai di Madinah kerana Masjid Nabawi antara bangunan yang mula-mula Izzo lihat sebaik sahaja tiba di Kota yang turut dikenali sebagai Kota Yatsrib ini. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dengan menaiki bas mengambil masa 7 jam dan tiba di hotel kira-kira jam 3 pagi. Agak keletihan dan tidur dalam perjalanan tersebut.

Amat teruja melihat kecantikan dan kemahsyuran Masjid ini. Selesai solat Subuh, kami dibawa ke Raudhah iaitu Kebun-kebun Syurga di dalam Masjid ini dan disebelahnya terletaknya Makam Rasullullah S.A.W serta Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Jika masjid ini kelihatan begitu cantik, Raudhah teramat cantik dan begitu kagum melihat senibina Islam yang cukup indah. Tak dapat lagi bagaimana Izzo nak luahkan disini kecantikan Raudhah dan membuatkan perasaan rindu kepada Masjid Nabawi semakin menebal.


Alhamdulillah, Ayahanda sempat mengerjakan solat di Raudhah walaupun menggunakan kerusi roda. Alhamdulillah, ucapan "Assalamualaikum" dari rakan-rakan kepada baginda Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat, Izzo telah sampaikan.
Masjid Nabawi kini semakin cantik kerana dihias dengan payung-payung gergasi disekelilingnya meskipun 90% kawasan siap dilitupi melainkan kawasan di Tanah Perkuburan Baqi'. Masjid yang amat besar ini dan mampu memuatkan lebih 600,000 jemaah pada satu-satu masa turut dilengkapi dengan informasi dan papan tanda dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu/Indonesia. Kebenaran untuk bergambar turut diperolehi oleh pengawal keselamatan namun bergambar di dalam Raudhah adalah tidak dibenarkan.

Selesai Ziarah Wida', terasa sayu untuk meninggalkan Raudah dan salam untuk Baginda Rasullullah serta sahabat-sahabatnya buat beberapa ketika. Insya'Allah Izzo akan ke sini lagi.

Thursday, April 22, 2010

Cairo-Jeddah

MS 671 KUL CAI
27 Mac 2010
ETD 1430 ATA 1435
ETA 1730 ATA 1730
Boeing 777-200ER, SU-GBR
Seat 43B,
Load Factor 100%

Selesai melawat Memorial Perang dan Makam Anwar Sadat, kami terus dibawa ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo di Heliopolis. Masa menunggu agak lama iaitu 3 jam kami berada tiba sebelum penerbangan. Selesai daftar masuk berkumpulan, ayahanda terus ditolak oleh petugas CAI ke pintu 5 untuk pelepasan namun masih belum dibuka. Kami berpeluang menjelajahi kawasan bebas cukai disamping menunaikan solat Zohor dan Asar.


Balai berlepas, pintu 5 tersebut agak kecil dan sesuai untuk pesawat A320 atau B737 sahaja sedangkan pesawat yang digunakan adalah B777-200ER yang memuatkan 319 penumpang. Ditambah dengan 5 penumpang yang menggunakan kerusi roda.

Balai berlepas di Terminat 1 namun pesawat berada di Terminal 3. Semua penumpang dibawa ke menaiki bas dan Izzo yang mengiringi ayahanda dan bonda menggunakan kren khas untuk penumpang kurang upaya. Agak jauh juga dan perjalanan tersebut mengambil masa lebih 5 minit di antara pintu berlepas dan pesawat. Namun, bantuan khusus untuk penumpang OKU di CAI amat baik. Sewaktu penumpang yang lain masuk ke pesawat menaiki lori tangga, kami 3 beranak menaiki kren khas untuk OKU. Susah nak merasa naik kren ni.

Penerbangan yang agak singkat dengan menggunakan pesawat B772 oleh kerana jumlah penumpang di antara 2 bandar ini amat tinggi terutamanya untuk jemaah mengerjakan umrah.

Perkhidmatan oleh crew EgyptAir kali ini jauh berbeza layanannya berbanding sektor KUL - CAI kerana lebih kasar dan 2 insiden memarahi penumpang berlaku depan Izzo. Nada "Shut-up" dengan jeritan yang kuat kepada salah seorang penumpang agak kasar untuk kita sebagai rakyat Malaysia tetapi mungkin Bangsa Arab atau Mesir menganggap perkara biasa.

Perasaan teruja kali ini berlebih-lebihan kerana kali ini Izzo akan mendarat dan menjejakkan kaki ke negara Arab Saudi. Mensyukuri kepada Allah S.W.T kerana Izzo berpeluang berada disini untuk mengerjakan Ibadah Umrah. Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, perasaan tersebut semakin menyelubungi dalam hati dan bertuah dapat berada negara Arab Saudi.