Tuesday, May 6, 2008

Abadi


Atas segala kelumrahan Nya
kita pasti temui hari ini
hari menghiris hati kerana pergi
dan kelmarin yang tak pernah terduga
seluruhnya merangkul kembali


Sekian musim yang kini bernama sejarah
telah melorek kasih
dan merimbun mesra bertambah
takkan pernah diletakkan harga

Antara kita,
ku simpul mati di lubuk nubari
mesra ini kenangan abadi
satu kehidupan yang pasti
seperti panas terik
desiran hujan dingin
kini keriangan kembali
siang jalan bersinar
Bebaskan dirimu
kerana kita mencari
abadi

2 comments:

Anonymous said...

monologue

Anonymous said...

Well, all I can say is. Im hungry.