Tuesday, May 13, 2008

Ulasan Buku : The Secret


Buku yang berjudul "The Secret" dikarang oleh Rhonda Byrne merupakan terbitan Beyond Words pada November 2006. Buku ini telah dihadiahkan kepada Izzo oleh Puan Mariana Tinggal, seorang pegawai kanan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah pada 21 Jun 2007 sebelum Izzo berpindah balik ke Kuala Lumpur. Terima kasih Mariana. Izzo baru berkesempatan membaca buku ini ketika perjalanan dengan menaiki keretapi selama 30 jam dari Ho Chi Minh City ke Hanoi sewaktu kembara Izzo di Indo-China hujung tahun 2007.

The Secret merupakan buku yang menceritakan penguasaan diri dan menggunakan format dokumentari sebagaimana yang diterjemahkan oleh pengarangnya. Buku ini turut menceritakan "hukum saling berkaitan" dan falsafah ini adalah perkara yang berkaitan dengan maksud "rahsia".

Sepertimana yang digambarkan oleh penulis, ia menjadikan perasaan dan pemikiran seseorang menjadi nyata dalam mengharungi kehidupan yang semakin kompleks kerana pengarang turut mengaitkan iklim dan persekitaran yang saling berkaitan diantara menusia dalam hubungan fizik, emosi dan aktiviti harian. Selain itu, pengarangnya turut membawa anggapan bahawa setiap orang mempunyai kekuasaan yang umumnya lebih cenderung menyembunyikan prinsip ini.

Selain itu, buku ini turut memuatkan kata-kata dari tokoh dan sarjana sejarah yang diibaratkan sebagai "guru" iaitu Hermes Trismegistus, Aristotle, Plato, Isaac Newton, Henry Ford, Albert Eistein serta tak terkecuali pencipta telefon Alexander Graham Bell.

Izzo mengesyorkan buku ini dibaca untuk mereka yang berminat mengenali dan memahami kekuatan diri masing-masing kerana setiap insan memiliki aura dalaman dan kelebihan masing-masing yang belum diselongkar sepenuhnya.

2 comments:

RinG said...

buku ni memang best! kalau minat buku ni, try la pulak buku 'who moved my cheese' .. buku lama, xbest jgk.

Anonymous said...

Well, all I can say is. Im hungry.