Semestinya pesawat berkenaan adalah Boeing 737-400 milik Malaysia Airlines dan mempunyai 5 anak kapal termasuk ketua pramugaranya. Malaysia Airlines dengan pesawat berkenaan menempatkan 2 anak kapal di kelas perniagaan termasuk ketua pramugara manakala 3 selebihnya di tugaskan di kelas ekonomi. Dalam keadaan biasa, ketua pramugara jarang sekali menjalankan tugas melayan penumpang secara langsung kerana beliau lebih menumpukan kepada tugas dokumentasi dan pengawasan kabin secara keseluruhan termasuk membuat pengumuman dalam pesawat. Namun dalam sebarang situasi dan keadaan yang mendesak, beliau turut membantu dan menjalankan tugas yang sama sebagaimana pramugara dan pramugari yang lain.

Berkenaan gambar yang disertakan, ketua pramugara berkenaan sedang berbual dengan salah seorang penumpang di kelas ekonomi. Dalam kes yang biasa, komunikasi berkenaan berlaku dalam masa yang singkat dan ringkas dan biasanya untuk memenuhi permintaan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penumpang. Tetapi masa yang lebih dari 5 minit memungkinkan tanggapan boleh di buat sama ada penumpang tersebut adalah sahabat, sanak saudara atau mereka yang mempunyai pertalian dengan ketua pramugara berkenaan.
Apa yang lebih mengejutkan, ketua pramugara berkenaan duduk di sebelah penumpang berkenaan dan secara kebetulan kerusi tersebut adalah kosong. Pada pandangan Izzo, yang banyak mempelajari dunia penerbangan dan mementingkan perkhidmatan yang baik dari anak-anak kapal terutamanya dari Malaysia Airlines, keadaan sebegini adalah salah sama sekali dan bercanggah dengan tatalaku seorang anak kapal dalam pesawat yang sedang bertugas sekalipun beliau mempunyai kepentingan terhadap penumpang berkenaan. Ini yang dinamakan nilai, etika dan integriti dalam perkhidmatan.

Izzo bukannya berkhidmat dengan Malaysia Airlines untuk memberikan jawapan dan komen yang lebih lanjut namun perkara yang berlaku sebegini membangkitkan soal realiti dan integriti “The Best Cabin Crew In The World” yang cukup sinonim dengan Malaysia Airlines.
Ini adalah sekadar analisis gambar dari pandangan Izzo yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
5 comments:
Mungkin memang dia tengah membincangkan perkara yang sangat penting dan mungkin kebetulan kerusi tu kosong. Lagipun siapalah kita untuk menghukum kerana kita tidak tahu perkara sebenar.
mungkin perkara yg dibincangkan memang penting dan kebetulan kerusi tu mmg kosong. Siapalah kita untuk menghukum, kerana kadang-kadang sesuatu tu bukan seperti apa yang kita nampak.
Zul...
Awak mesti akan suka J-Drama "Attention Please"...
Do watch if you get a chance...at-
http://www.crunchyroll.com/group/CRSeries_-_Attention_Please
sy tak merasakan beliau bersalah kerana andaian2 tuan yang menganggapi mereka ialah sedara,kenalan etc. Adakalanya, pramugara berbuat sedemikian kerana penumpang mempunyai masalah dan perlukan perhatian sbg cthnya penumpang fobia pertama kali naik kapal terbang etc. Ini berdasarkan pengalaman sy sbg bekas pramugara. Plz think positif bro.
bekas pramugara MAS
This is a nice blog. I like it!
Post a Comment