Seingat Izzo, kali pertama Izzo melawat tempat ini sewaktu Lawatan Sambil Belajar SKBG ke Kuala Lumpur dan Melaka pada tahun 1991 iaitu ketika Izzo masih murid-murid darjah 6 kira-kira 18 tahun yang lalu. Pada ketika itu, Rumah 4 Musim sedang mengalami musim salji dan baru-baru ini sempat juga melawat sekali lagi musim sajli di situ pada awal tahun 2009. Suhu di rumah sajli berkenaan di sekitar -2 darjah celcius dan boleh dikatakan sejuk bagi rakyat Malaysia.
Insya'Allah lepas ni boleh pula melihat musim bunga, musim panas dan seterusnya musim luruh di Taman Iklim Sederhana 4 Musim kerana kitarannya mengikut iklim sederhana 4 musim di hemisfera utara.
No comments:
Post a Comment